Wednesday, June 30, 2010
Emigrasi Warga Malaysia
Sebenarnya perkara ini berlaku kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan negara ini,malaysia. ada peribahasa mengatakan hujan emas di negeri orang lebih baik hujan batu di negeri sendiri. hahaha. ini bukan soal hujan emas di negeri orang,lebih baik hujan batu di negeri sendiri. tapi ada sesuatu yang tidak kena & wujudnya faktor penolak kerana permasalahan politik yang wujud di negara ini. ingin aku tegaskan disini kepada orang-orang yang malas membaca dan malas berfikir, politik itu luas maksud & maknanya. kebanyakkan orang-orang malaysia terutamanya tipikal melayu bila cakap "politik" saja pasti mereka akan cakap politik ini adalah permasalahan parti,pilihanraya,tampal poster,cabut undi. hahaha. baghal.
Wujudnya ketidakselesaan di dalam hati mereka terutama dengan konsep yang wujud di dalam negara, contohnya konsep ketuanan melayu. Konsep ini kalau dikaji secara mendalam tidak menguntungkan & mewujudkan sifat-sifat rasist didalam masyarakat. ini secara tidak langsung menjauhkan lagi jurang antara kaum & sekaligus menghakis multiracial yang di laungkan oleh mereka. konsep & sistem ini juga menyebabkan tidak adanya kesamarataan.
Sebab yang seterusnya adalah kerana tidak ada Meritokrasi di dalam negara ini. Meritokrasi tu apa? ingin aku jelaskan disini meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan mengikut kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan,pangkat dan status sosial. sistem ini ternyata lebih adil & produktif berbanding sistem kerajaan yang digunakan di malaysia. Antara negara yang menyokong & menggunakan sistem adalah singapura. kebanyakkan orang yang berfikir & berpelajaran mereka ini memilih untuk berpindah kerana mereka umpama tidak di terima & dihormati di sini. faktor ini lah yang menolak mereka, keterampilan & pemikiran mereka tidak di terima jadi mereka memilih untuk berpindah walaupun jiwa & hati mereka adalah malaysia. mereka juga mahu berpindah kerana memikirkan masa depan, future mereka di negara ini. sampai bila mereka mahu hidup mereka terus di anggap sebagai warga kelas kedua?. ruang demokrasi ataupun kebebasan di dalam aspek kerjaya mereka juga tidak pernah wujud di negara ini. maksud aku di sini kebebasan untuk berkarya dalam konteks seni yang melibatkan politik,human right,justice,menyebarkan perkara yang benar itu tidak ada & tidak di benarkan di negara ini. malah ianya di anggap salah dari undang-undang di sini. jadi sampai bila harus begini? nak tunggu ada perubahan kerajaan baru ada keterbukaan ini? bila? sesuatu perubahan ataupun new wave ini tidak akan berlaku secara serta merta, perubahan itu akan bergerak secara perlahan & tidak pernah ada perubahan yang wujud secara serta merta. mungkin 10 tahun lagi baru berlaku,mungkin 20 tahun, 30 tahun,40 tahun baru berlaku. sampai bila nak menunggu? jalan buntu? so mereka-mereka ini memilih untuk mencari alternatif lain iaitu dengan melakukan emigrasi. kebebasan berkarya ini penting untuk meningkatkan lagi mutu dalam hasil karya. sekatan-sekatan melalui sistem yang karut-marut seperti internal security acts yang wujud jelas sekali menjejaskan hasil karya ini untuk ke satu tahap lebih tinggi. ini bukan demokrasi namanya, ini law of the jungle. sampai bila budaya politik diktatoris ini hendak di teruskan. sampai bila? sampai bila harus menunggu akan wujudnya satu revolusi pembudayaan baru di negara ini?. sampai bila nak hidup di dalam negara yang masih mengamalkan structure feudalism ni? sampai bila nak nak hidup dalam negara yang masih pakai old british law sedangkan british sendiri pun dah tak pakai?
Mereka Berkata.
Mereka berkata kepada dunia…
Kalau mereka kata Mahatma Gandhi itu tokoh berjiwa rakyat
Kalau mereka kata Abraham Lincoln itu tokoh demokrasi
Kalau mereka kata Nelson Mandela itu pejuang hak asasi menentang diskriminasi kaum
Kalau mereka kata Sun Tzu itu strategis seni peperangan
Kalau mereka kata Mother Teresa itu ikon kemanusiaan yang penuh kasih sayang
Kalau mereka kata Albert Einstein itu genius sains yang tidak terlawan
Kalau mereka kata Martin Luther King itu ikon impian Amerika
Kalau mereka kata Gengis Khan itu panglima tentera yang hebat
Kalau mereka kata Salahuddin Al-Ayyubi itu jeneral yang disegani kawan dan lawan
Kalau mereka kata Willian Shakepears itu sasterawan yang ulung
Kalau mereka kata Plato itu ahli falsafah yang hebat
Kalau mereka kata Khalid al-Walid itu panglima yang tidak tidur dan tidak membiarkan musuhnya tidur
Kalau mereka kata Zhu Ge Liang itu arkitek peperangan yang tidak dapat diduga
Kalau mereka kata Al Gore itu aktivis keamanan global
Kalau mereka kata Immanuel Kant itu pelopor revolusi pencerahan Eropah
Kalau mereka kata Che Guavara itu anak muda pembawa obor perubahan
Kalau mereka kata Imam Khomeini itu ikon revolusi Islam
Kalau mereka kata Confucius itu genius falsafah China
Kalau mereka kata Mao Zedong itu ahli politik yang handal
Walau mereka menyenarai ratusan ribuan malah jutaan tokoh yang ada di dunia
Maka ketahuilah kesemua kualiti yang ada pada tokoh-tokoh itu terkumpul pada seorang manusia.
Maka ketahuilah manusia itu bernama:
Muhammad bin Abdullah
Saturday, June 12, 2010
Revolusi Jalanan @ Reformasi Kutu
Aku terjaga! aku tidak bermimpi? aku masih disini. Pandangan mataku berbinar-binar. Oh tuhan... dan kawan baikku, si pemikir sasau yang selalu merungut kekaparan itu masih wujud di sisiku. Dia tertidur puas beralaskan sehamparan surat khabar berbahasa cina edisi entah bila.
Dia tidur berdengkur-dengkur. keruhannya macam bunyi lembu melenguh. Aku mengejutkannya, dia mengeliat malas, lalu membalikkan tubuhnya. Dia menyambung semula tidurnya. Dia tidak mendengar apa-apa yang sedang bising itu. Aku mengejutkannya sekali lagi. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Sekarang dia memandang ke arahku dengan perasaan terganggu & mual. Riak wajahnya tampak masih kebingungan tak tahu apa-apa,terpinga-pinga,macam budak bodoh. Dia kelihatan sangat bodoh.... macam seekor lembu tua yang sudah kekenyangan tapi masih juga mahu meragut jerami kering.
Akan tetapi dia mula bersuara, mengeluh kelaparan, "laparnya perutku ini! ada apa-apa makanankah untukku?"
"Makan, makan, makan. Itu saja yang kau mahu & tahu. Hei kau tulikah? apa yang dah terjadi sekarang? bisingnya macam 1 dunia ni dilanggar kawanan garuda.
Dia masih binggung! Dia mengonyoh-gonyoh kelopak matanya. Kemudian dia menggulung sehelai daun rokok, mengisi tembakau, menyalakan api, lalu menghisapnya dengan penuh nikmat.
"Apa? apa dah jadi? pagi-pagi buta begini kau dah memenuhi lubang telingaku dengan bebelan berbisamu, merosakkan semangat & jiwaku dengan kata-kata yang negatif. Macam manalah kita semua nak maju ke depan. Tunggulah malam nanti, kawan! aku tak mahu peduli dengan dunia yang sakit otak ini. Aku nak tidurlah, bodoh, dari semalam aku berjaga macam hantu raya."
"Kau dengar tak bunyi bising disana? apa yang sedang mereka rayakan tu?"
Kawanku mulai terkesima & mulai sedar dimana dirinya berada sekarang.... dibawah jambatan yang melintasi sebatang sungai, sungai yang mengalir malas membawa isi muatan yang kotor. Sungai beku, kata kawanku.
Kini kami bangun. Kami berjalan terhegeh-hegeh keluar dari bawah kolong jambatan ditepi sungai itu. Oh, aku ternampak pusuan manusia yang berhimpun di jalanan di seberang jambatan, di dataran bebas itu, semacam ulat-ulat di dalam mangkuk najis tandas awam.
Oh tuhan.... apa dah jadi! apa semua ini? suatu keajaiban siang buta begini! puluhan ribu manusia srdang berarak di jalanan. Hah, apa yang mereka semua mahu? mereka mahu apa, hah?. Aku bingung. Kawanku nanar.
Manusia yang mencipta lautan besar itu berteriak-teriak, "Revolusi, Revolusi, Revolusi" di atas jalanraya. Mereka membawa sepanduk & poster-poster protes yang tertulis kata-kata yang bombastik. Mereka melaung-laung.
Kami berdua segera bergegas menuju ke sana. Ini bakal suatu sejarah besar! tentu ramai manusia yang penyibuk mahu dirinya juga tercatat dalam sejarah sebegini, fikirku (satu bantaian psikologi untuk semua kaki sibuk : anda semua tak tahu malu pada diri sendiri ke, hah? malulah sikit!)
Oh tuhan.... seumur hidup aku, aku tak pernah menyaksikan perarakkan yang sebegini besar & kecoh! aku ingin bertanya kepada kawan ku, apakah kami sedang melalui suatu mimpi, atau kami dilamun khayal, atau juga sesat di dalam rimba marijuana yang saujana. Itu orang atau rimbunan pohon-pohon renek marijuana atau ketulan-ketulan syabu?.
Lihatlah! di atas podium pentas sana, seorang tokoh besar sedang menyampaikan pidatonya. Aku pernah nampak tokoh itu dimana-mana. Oh, barangkali dialah tokoh yang melancarkan revolusi satu negara, satu nusantara itu! satu siri revolusi untuk membersihkan negara daripada penjahat-penjahat besar yang mengamalkan "korupsi-nepotisme-kronisme" & entah apa-apa lagi. Sekarang beliau sedang berpidato dengan penuh semangat nun di atas sana.
Kata-katanya yang bersalut tebal dengan retorik memukau para khalayak. Ucapannya diselingi laugan "revolusi" yang bergemuruh.
"Kita sekalian harus berjuang, tumbangkan kerajaan diktator yang maha zalim itu".
Mereka kini mulai berarak-arak di jalanan. Bilangan manusia kian bertambah ramai. Ini macam satu perayaan dalam hikayat-hikayat lama. Kami pun turut menyertainya. Aku lihat ramai juga kawan-kawan seperayauanku berada disini.
Oh, adalah mereka sudah berhenti kerja di ladang anggur itu? adakah mereka kini menjadi tokoh pejuang revolusi yang aktif, bekerja keras, & praktikal. Pembangun & pengimpi negara U-topia atau masyarakat madani sepenuhnya?
Aku mulai berasa ingin ketawa & mual sendiri.... apalah nak jadi dengan dunia ni!. Kawanku mula mengomel, "apa ini semua? aku ini terlalu kebulur! kau tak laparkah? dari semalam lagi kita tidak makan, bukan?. Kalaulah.... aku harap sesuatu akan terjadi. Eh, kau lihatlah mereka semua ini akan ke mana. Ayuh kita ikut mereka, laungkan sama perkataan keramat itu,"revolusi", tak peduli apa maksudnya! arrgghh, dah lama aku tak berteriak begini!"
Dan kawanku yang binggung itu mulai membuat bising, menjerit-jerit, melaung-laung, "revolusi, revolusi, revolusi", macam orang gila. Sungguh dia macam orang yang sasau.
Sekarang kami ditolak arus lautan manusia yang deras. Aku lihat kawanku asyik melirik penuh bernafsu ke arah kedai-kedai makanan di pinggiran jalan. Kedai-kedai itu sebahagiannya sedang ditutup dengan tergesa-gesa. Aku tahu apa yang bermain dalam fikiran para pemilik kedai itu. Aku faham apa yang sedang bermain difikiran kawanku itu.
Aku tidak berminat dengan semua itu. Aku juga lapar seperti dirinya. Tapi, aku telah terlihat tubuh seorang gadis genit seperti makanan. Tubuhnya mengiurkan nafsuku. Ia persis ketulan-ketulan daging ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) di mataku. Ia membangkitkan rangsangan-rangsangan dalam diriku.
Aku menarik tangan kawanku & berkata "jika kita berpisah, jumpa aku ditempat biasa". Kini kawanku mula menyingkir ke tepi jalan & aku berkata kepadanya bahawa aku dah tak larat lagi mengikuti perarakan gila yang entah sampai ke mana ini, lebih baik kita sekadar menontonnya dari jauh. Kawanku mendengar nasihatku kali ini.
"Politik, oh politik, aku tak faham. Apakah yang mereka mahukan? mereka semua kini macam orang yang sasau, terlebih candu, overdose".
"Ya, ya apa yang mereka boleh buat dengan berarak begini! mereka ingin menyalak bukit agaknya". "Ini akan menjahanamkan kita seluruhnya. Ini akan membentuk suasana chaos, anarki. Anarki hanya memulangkan keuntungan lumayan kepada pihak tertentu. Ahhhh, pedulikanlah apa mahu jadi!"
Kami menyisih diri ke pinggir jalan. Nafasku mengah, sesak & badanku berpeluh lencun.
"Mereka semua fahamkah apa yang mereka laungkan itu? apakah sekarang ini kita sedang hidup dizaman Karl Marx di Germany? ini Malaya ke? adakah sekarang kita hidup di zaman menuntut keadilan ke atas para penindas yang akan membunuh jiwa rakyat?".
"Aku fikir sebilangan besar mereka hanya manusia-manusia yang sakit mental. Mereka yang tertekan oleh konflik-konflik seharian di tempat kerja, baru bergaduh dengan bini, risaukan hutang yang bertimbun-timbun, frust bercinta atau didustai yang mata duitan. Mungkin juga mereka baru saja di isytihar bankrap. Atau macam-macam lagi sebab yang psikik! lihatlah riak wajah mereka! dalam dunia yang penuh konflik jiwa ini, manusia memerlukan suatu peristiwa yang boleh dilibati secara langsung untuk memperolehi sedikit katarsis. Inilah ubat yang sesuai untuk mereka menghapuskan segala tension mereka itu. Mereka sendiri tak faham apa itu revolusi. Macam kau lah, kau sendiri suka melihat suatu kejadian, tapi kau tak mahu pedulikan kesakitan yang dialami oleh mereka. Begitulah manusia, kaki penyibuk, jahil, munafik, hipokrit & kemabukan rasa. Dan para penulis politik pro-revolusi itu akan menulis bahawa gerakan ini disokong oleh seluruh rakyat jelata. Hahahahaha....ya,benar, tetapi hakikatnya ia disokong manusia yang sakit mental kerana tekanan zaman yang semakin kompleks".
"Ya, kau betul!".
"Kau ingat lagi antara saripati pemikiran Sigmund Freud si yahudi itu....... menjerit memang seronok & melegakan urat saraf yang tegang macam juga fenomena histeria. Bagus juga sekali-sekala ada peristiwa begini. Aku harap masyarakat kota yang sakit tenat ini akan beroleh ubat segera & tidak sakit jiwa lagi untuk seketika. Tak payah berjumpa pakar sakit jiwa atau mengambil candu lagi. Doktor jiwa akan pupus akhirnya nanti".
Kawanku ini seorang Nostradamus yang baik juga, selain pemikir jalanan...... perarakan ini semakin menjadi kalut dan bertambah tidak terkawal. Mereka kini berhadapan dengan pasukan polis pengaman rusuhan.... mulailah batu, botol & objek-objek keras berterbangan.
Aku bertanya kawanku, "siapa yang memulakan pertempuran ini?".
"Aku tak mahu menfitnah sesiapa....cuba kita berhenti jadi hakim, siapa benar atau siapa salah. Cuba kita fikir sendiri, apabila manusia berkumpul terlalu ramai, apakah yang akan terjadi?. Bukankah ia akan memudaratkan keadaan, tidak kira mereka di pihak benar atau tidak".
Kini dihadapan kami terjadilah pertempuran..... ramai para demontrastor ini lari bertempiaran.... sebahagiannya telah merosakkan premis-premis perniagaan & membakar tong-tong sampah..... menghuru-harakan lalu-lintas.... suasana tidak terkawal lagi....semburan air pemedih mata terpaksa dilepaskan...
Keadaan kacau bilau. Dalam suasana anarki itu aku berbuat sesuka hatiku..... aku teraba buah dada seorang gadis, kemudian merabanya... memeluk tubuhnya...dia menjerit & aku tak mahu peduli apa-apa.... sehinggalah suatu objek yang keras mengenai kepalaku.... terasa berbinar-binar seluruh pandanganku... terasa bintang-gemilang sedang berlaga di langit....
Ketika itulah aku sedar bahawa aku telah terpisah dengan kawanku. Dia berambus entah ke mana.
Seorang polis pengaman rusuhan melihatku.
Aku gementar....aku menyelusupkan diri.... terjumpa lorong kecil.... memasuki sebuah bangunan tinggal yang gelap & berbau tahi lipas.... menyorok disitu untuk beberapa ketika...seorang gadis yang kelihatan sesat, panik dan kecemasan berlegar-legar di situ... aku menyambar pergelangan tangannya, memekup mulutnya & mendorong tubuhnya masuk ke dalam bangunan.... kejadian ini berlaku secara mendadak & spontan. Ia diluar kawalan fikiran warasku.
Inilah habuan revolusi untuk tubuhnya yang cantik & mengiurkan itu, yang telah bertukar menjadi ayam goreng apabila dilihat oleh mataku!.
Dia kini tergelitak macam bangkai haiwan buas di atas simen yang berhawa dingin. Separuh pengsan aku "Merevolusikan" tubuhnya. Dia memandangku, ,memeluk tubuh, ketakutan, trauma.
Diatas aspal lorong kecil sebuah bangunan yang tersembunyi, aku ternampak seorang wanita muda sedang serakah diperkosa.... aku hanya ketawa besar,terpingkel-pingkel, macam dirasuk hantu jembalang. Si perogol itu betul-betul kasar, tak romantik langsung, bebelku, lalu aku ketawa lagi! pandangan mata perogol itu, yang terus menghala ke arahku, menunjukkan dirinya sedang menikmati keamatan kelazatan yang sungguh enak, lalu fana.... sehingga aku fikir dia rela ditembak mampus dalam keadaan begitu!.
Bola matanya terpersil memandangku kosong, sehingga aku berhenti ketawa & berasa takut pula! seolah-olah aku ini tidak wujud di hadapannya.
Di tempat biasa, aku lihat kawanku itu sedang rakus melahap seketul peha ayam goreng. Dia memandang ke arahku, tersenyum sinis & bertanya mengapa pula dahiku bengkak. Ini membuat aku sakit hati, sangat sakit hati. Kemudian dia Meneguk air mineral di dalam botol dengan gelojohnya.
"Celaka" aku menyumpah, "mereka fikir kepala aku ini dibuat dari besi kersani ke".
Kawanku tersengih sumbing, "inilah hasil revolusi, inilah revolusi sejati yang aku ingin perjuangkan untuk orang-orang sasau seperti kita, tapi ayam ini sedap juga. Oh, kalaulah setiap hari ada perarakan gila begini, tentu kita tidak payah bekerja. Berilah tepukan gemuruh kepada para politikus yang bergasak itu!".
Kami pun ketawa terbelahak!.
Belum habis ketawa, seorang wartawan televisyen asing tercegat dihadapan kami. Wartawan itu menfokuskan kameranya ke arah kami, sambil menghalakan muncung mikrofon. Kawanku yang sedang kekenyangan itu selamba menjawab soalan-soalannya. Aku terlongo mendengarnya. Entah bila dia belajar bahasa inggeris.
"Revolusi ini perlu diteruskan,tuan(dia sendawa, eeerrrkk). Sebarkan berita ini ke seluruh dunia. Kerajaan yang teramat zalim ini harus diganti dengan kerajaan yang baru. Mahu tidak mahu hanya dengan cara revolusi jalanan yang menyeluruh. Hancurkan negara ini, bina negara baru!! revolusi ini perjuangan rakyat jelata, satu suara rakyat yang tertindas untuk membina suatu masyarakat yang U-topia atau syurga di dunia realiti. Revolusi ini wajib di adakan setiap hari".
Dan entah apa-apa lagi kawanku itu membebel, membuat diriku terlalu mual & ingin muntah.
Oh, inilah sudut pandangan sejarah yang akan dilupai & tidak difikir atau dikaji kesahihannya oleh para sejarahwan beribu-ribu tahun akan datang, jika dunia ini masih berputar.
Kalian semua jangan lupa, aku masih ada, persis Plato kepada Socrates yang akan menulis & mencatat idea-idea kawanku yang tidak di iktiraf oleh masyarakat, malah di reject dari laman buku sejarah.