Wednesday, June 30, 2010

Emigrasi Warga Malaysia

Statistik menunjukkan seramai 3800 - 4000 warga malaysia melepaskan atau melucutkan atau menukar kerakyatan mereka pada tahun 2009 untuk menjadi warga negara lain. jadi kenapa berlakunya emigrasi ini? kenapa mereka menukar kerakyatan & kewargaan mereka? kebanyakkan orang mengatakan mereka melakukan emigrasi ini kerana masalah ekonomi dalam kekeluargaan,berkahwin dgn orang dari negara lain & sekaligus menetap disana. hahaha. pendapat pendapat tipikal begini langsung aku tidak setuju. 100 peratus tidak benar.

Sebenarnya perkara ini berlaku kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan negara ini,malaysia. ada peribahasa mengatakan hujan emas di negeri orang lebih baik hujan batu di negeri sendiri. hahaha. ini bukan soal hujan emas di negeri orang,lebih baik hujan batu di negeri sendiri. tapi ada sesuatu yang tidak kena & wujudnya faktor penolak kerana permasalahan politik yang wujud di negara ini. ingin aku tegaskan disini kepada orang-orang yang malas membaca dan malas berfikir, politik itu luas maksud & maknanya. kebanyakkan orang-orang malaysia terutamanya tipikal melayu bila cakap "politik" saja pasti mereka akan cakap politik ini adalah permasalahan parti,pilihanraya,tampal poster,cabut undi. hahaha. baghal.

Wujudnya ketidakselesaan di dalam hati mereka terutama dengan konsep yang wujud di dalam negara, contohnya konsep ketuanan melayu. Konsep ini kalau dikaji secara mendalam tidak menguntungkan & mewujudkan sifat-sifat rasist didalam masyarakat. ini secara tidak langsung menjauhkan lagi jurang antara kaum & sekaligus menghakis multiracial yang di laungkan oleh mereka. konsep & sistem ini juga menyebabkan tidak adanya kesamarataan.

Sebab yang seterusnya adalah kerana tidak ada Meritokrasi di dalam negara ini. Meritokrasi tu apa? ingin aku jelaskan disini meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan mengikut kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan,pangkat dan status sosial. sistem ini ternyata lebih adil & produktif berbanding sistem kerajaan yang digunakan di malaysia. Antara negara yang menyokong & menggunakan sistem adalah singapura. kebanyakkan orang yang berfikir & berpelajaran mereka ini memilih untuk berpindah kerana mereka umpama tidak di terima & dihormati di sini. faktor ini lah yang menolak mereka, keterampilan & pemikiran mereka tidak di terima jadi mereka memilih untuk berpindah walaupun jiwa & hati mereka adalah malaysia. mereka juga mahu berpindah kerana memikirkan masa depan, future mereka di negara ini. sampai bila mereka mahu hidup mereka terus di anggap sebagai warga kelas kedua?. ruang demokrasi ataupun kebebasan di dalam aspek kerjaya mereka juga tidak pernah wujud di negara ini. maksud aku di sini kebebasan untuk berkarya dalam konteks seni yang melibatkan politik,human right,justice,menyebarkan perkara yang benar itu tidak ada & tidak di benarkan di negara ini. malah ianya di anggap salah dari undang-undang di sini. jadi sampai bila harus begini? nak tunggu ada perubahan kerajaan baru ada keterbukaan ini? bila? sesuatu perubahan ataupun new wave ini tidak akan berlaku secara serta merta, perubahan itu akan bergerak secara perlahan & tidak pernah ada perubahan yang wujud secara serta merta. mungkin 10 tahun lagi baru berlaku,mungkin 20 tahun, 30 tahun,40 tahun baru berlaku. sampai bila nak menunggu? jalan buntu? so mereka-mereka ini memilih untuk mencari alternatif lain iaitu dengan melakukan emigrasi. kebebasan berkarya ini penting untuk meningkatkan lagi mutu dalam hasil karya. sekatan-sekatan melalui sistem yang karut-marut seperti internal security acts yang wujud jelas sekali menjejaskan hasil karya ini untuk ke satu tahap lebih tinggi. ini bukan demokrasi namanya, ini law of the jungle. sampai bila budaya politik diktatoris ini hendak di teruskan. sampai bila? sampai bila harus menunggu akan wujudnya satu revolusi pembudayaan baru di negara ini?. sampai bila nak hidup di dalam negara yang masih mengamalkan structure feudalism ni? sampai bila nak nak hidup dalam negara yang masih pakai old british law sedangkan british sendiri pun dah tak pakai?

2 comments:

  1. Kita semua adalah hambaNYA yang diberi kebebasan memilih hala tuju yang semestinya terbaik untuk diri kita.Namun begitu, kita perlu bekerja keras, perlu berjuang untuk mencapai apa yang kita inginkan, sekaligus menempa kejayaan di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. statistik terbaru yg diperolehi untuk tahun 2010 adalah sebanyak hampir 7000 orang rakyat mlaysia mnukar krakyatan. aishh. malaya2. ni belom masok 2011 lg ni. masalah dlman malaya nmpknya makin terok.

    ReplyDelete