Saturday, September 4, 2010

Yong Vui Kong Wajib Mati?


anak muda Sabah Yong Vui Kong telah dijatuhkan hukuman mati di Singapura kerana mengedar dadah. dari kaca mata Singapura yang tegas dalam penguatkuasaan undang-undangnya, Yong Vui Kong adalah pemangsa. Tetapi bukankah Yong merupakan mangsa daripada sistem pendidikan yang gagal, kehancuran institusi negara dan kemiskinan masyarakat?

lebih-lebih lagi, Yong hanya seorang remaja yang usianya belum genap 18 tahun semasa kejadian ini berlaku. apa yang menimpa ke atas dirinya menggagalkannya untuk membezakan antara garis yang hitam dengan yang putih. kini, beliau telah insaf setelah menganuti Buddha, apakah tiada ruang untuk perikemanusiaan dalam undang-undang yang tegas?

apakah ia disebabkan Singapura antara negara yang paling bersih dari rasuah? kerana ramai bakat Malaysia yang diserap ke negara itu, kerana dasar di Singapura yang kelihatan adil, malah dapat menonjolkan politik perkauman di Malaysia, maka masyarakat Cina cenderung untuk mempercayai bahawa sistem kehakiman di situ adalah adil, dan kerajaan Singapura melayan semua pesalah yang dihukum mati dengan saksama.

tetapi pandangan ini dicabar sekarang. setelah menelaah buku Once a Jolly Hangman:Singapore Justice in the Dock yang ditulis Alan Shadrake, kita terpaksa menilai semula sistem kehakiman Singapura.

jikalau dikatakan tiada diskriminasi warna kulit ketika kerajaan Singapura menguatkuasakan undang-undang, maka amatlah sukar untuk kita menjelaskan mengapa warga Singapura yang berketurunan India, Shanmugam Murugesu dijatuhkan hukuman mati, tetapi wanita Jerman, Julia Bohl yang juga dijatuhkan dengan hukuman sama, tidak perlu berdepan dengan tali gantung selepas tekanan daripada Jerman. hukuman penjara lima tahun-nya, berakhir dengan hanya tiga tahun.

lebih-lebih lagi, seorang warga UK Michael McRae terlibat dengan penjenayahan bunuh di Singapura, dan melarikan diri ke Australia, malah mengaku bersalah di Australia. Australia yang membantah hukuman mati enggan memberi kerjasama ketika Singapura cuba untuk mengekstradisi pesalah itu. akhirnya Singapura yang bangga dengan ketegasan penguatkuasaan undang-undangnya itu, terpaksa berganjak langkah untuk menjamin supaya tidak menjatuhkan hukuman keras ini. akhirnya, Michael McRae terlepas daripada hukuman mati, dan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun.

pada tahun 2005, pihak berkuasa Singapura telah membenarkan peguam Australia untuk bertemu dengan warga mereka yang dijatuhkan hukuman mati, tetapi dengan sengaja menundakan pemohonan peguam dari Malaysia, Ngeow Chow Ying untuk menemui Yong Vui Kong, minggu lalu.

secara individu, aku membantah hukuman mati. contoh-contoh di atas diketengahkan untuk menjelaskan bahawa biarpun betapa tegasnya penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang didakwa di Singapura, tetapi ianya juga memegang kepada dua kayu ukur (double standard), terutamanya apabila berdepan dengan negara yang lebih maju dari segi ekonominya.

saya cuma ingin bertanya, adakah kesalahan Yong Vui Kong lebih berat daripada kesalahan yang dilakukan Julia Bohl atau Michael McRae, sehingga Yong diwajibkan mati?

kalau kita gagal menyelamatkan Yong Vui Kong yang jahil kerana terlalu muda, apakah kerajaan, parti politik dan masyarakat sivil dapat memastikan bahawa kita tidak akan mempunyai lebih ramai Yong Vui Kong pada masa depan?

Friday, September 3, 2010

Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) & Demokrasi.

Sebut sahaja perkataan ‘demokrasi’ dan ‘Malaysia’ dalam ayat yang sama, dan anda sudah pasti akan dihadapkan dengan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang lebih dikenali dengan namanya dalam Bahasa Inggeris, iaitu Internal Security Act (ISA). Tetapi apakah sebenarnya ISA, mengapakah ia dikatakan bertentangan dengan hak demokratik, dan apakah isu-isu yang menggarisi pengamalannya di Malaysia? Sememangnya,bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah menggunakan serangan-serangan pengganas di Amerika Syarikat pada 11hb September 2001 dan kegiatan pengganas yang lain untuk memunasabahkan pengamalan akta tersebut di Malaysia. Berhadapan dengan ini, ia menjadi sangat penting untuk memahami topik ini dengan terperinci.

pada dasarnya, ISA merupakan sesuatu akta drakonian lagi ketinggalan zaman yang sudah lama digunakan untuk “menutup kepincangan diri,” dalam kata-kata Nashir Hashim. Ia merupakan akta pencegah yang diluluskan pada awal tahun 1960-an, semasa zaman Kecemasan, sebagai cara sementara untuk mendiamkan pergolakan sosial dan kebangkitan pihak Komunis. Di bawah akta ini, pihak polis dapat menaham sesiapa selama 60 hari, tanpa waran tahanan dan tanpa keperluan orang itu dihadapkan dengan makhamah. Selepas tamatnya tempoh 60 hari itu, Menteri Dalam Negera dapat melanjutkan tempoh tahanan sehingga 2 tahun, tanpa memberikan apa-apa bukti kepada makhamah, dan ini dapat dilanjutkan lagi tanpa akhir. Sememangnya, akta ini sudah lama digunakan untuk mendiamkan tentangan terhadap kerajaan dan untuk mencabuli hak-hak asasi rakyat seperti hak berbicara, kebebasan daripada pemenjaraan rambang, dan hak berkumpul.

maka, tidak hairanlah bahawa akta ini seringkali menjadi sasaran kepada kritikan oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, biarpun di dalam atau di luar negara. Mengapa? Jawapannya sebenarnya bukan susah difahami – ISA mencabuli hak-hak asasi manusia, seperti yang dipertahankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu. Pada tahun 2001, ISA juga telah dikutuk oleh laporan Human Rights Watch, iaitu penjamin hak asasi yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Namun, pada masa yang sama, Mahathir telah mempertahankan penggunaan ISA, dengan alasan bahawa ia digunakan untuk menentang kumpulan-kumpulan pemberontak yang menentang keselamatan negara. Menurut Mahathir, demokrasi penuh tidak dapat berakar di Malaysia kerana rakyat akan berkelakuan ‘seperti monyet mendapat bunga’ – monyet itu tidak dapat menghargai bunga dan akan merosakkannya.

namun, retorik seperti ini – sebagaimana dengan retorik ‘nilai-nilai Asia’ – sudah lama berkumandang, dan kelemahan-kelemahannya dapat dilihat dengan jelas. Misalnya, mengapakah ISA seringkali juga digunakan untuk mendiamkan pembangkang politik, agama atau sosial? Jawapan kepada soalan ini akan menjadi jelas apabila kita mengkaji penggunaan ISA dengan lebih terperinci.

Menutup kepincangan diri

lebih kurang enam puluh tahun yang lalu, apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri diluluskan, ia sebenarnya tertakluk kepada kajian semula makhamah. Namun, sejak itu, akta ini telah dipinda lebih 20 kali, dan tidak lagi perlu dipertimbangkan semula oleh makhamah. Dalam erti kata lain, kuasa mutlak telah diberikan kepada Kementerian Dalam Negera untuk menahan sesiapa yang dikatakan ‘mengancam keselamatan negara,’ tanpa rujukan kepada makhamah, tanpa rujukan kepada undang-undang antarabangsa.

kepalsuan alasan bahawa akta ini digunakan untuk menjaga keselamatan negara dapat dilihat jika kita mengkaji siapa yang ditahan di bawah akta ini. Sememangnya, segelintir daripada mereka ini merupakan ahli-ahli kumpulan pengganas. Namun, perkataan penting di sini adalah ‘segelintir.’ Majoriti besar daripada tahanan ISA merupakan mereka yang menentang politik pihak berkuasa, seperti pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti pembangkang, ahli-ahli akademi, ahli-ahli kesatuan pekerja, serta aktivis sosial, aktivis alam semulajadi dan aktivis hak perempuan.
kes tahanan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di bawah ISA memang dikenali ramai – ISA telah digunakan untuk memenjarakan Anwar dan penyokong-penyokongnya semasa kebangkitan gerakan reformasi pada tahun 1997-1998 – tetapi akta ini juga telah digunakan untuk menindas rakyat lain yang menentang Mahathir. Misalnya, pada tahun 1990, beberapa ahli politik dari sebuah parti pembangkang di Sabah, iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), telah ditahan di bawah ISA kerana PBS dilihat sebagai cabaran utama kepada kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya negeri itu. Akta ini juga pernah digunakan untuk menindas penganut agama yang bertentangan dengan agama ortodoks kerajaan –penganut-penganut agama Islam Shia merupakan satu contoh.
pada tahun 2001, ISA telah digunakan untuk melemahkan sebuah parti pembangkang, Keadilan, sebelum ulangtahun kedua pemenjaraan Anwar. Beberapa ahli parti tersebut, termasuk Timbalan Presiden Keadilan Tian Chua, dan seorang aktivis sosial, Hishamuddin Rais, ditahan di bawah akta itu. Pihak berkuasa telah mendakwa behawa sepuluh aktivis yang ditahan itu sedang berancang untuk menumbangkan kerajaan, walaupun tidak terdapatnya bukti untuk menyokong dakwaan ini. Pada bulan Julai dalam tahun yang sama, pihak berkuasa telah menahan dua orang aktivis pelajar, iaitu Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Mohamad Fuad Mohamad Ikhwan, di bawah ISA. Parti-parti pembangkang yang lain juga telah menjadi sasaran kerajaan Barisan Nasional. Misalnya, pada bulan Ogos 2001, sepuluh orang yang berkaitan dengan atau menyokong Parti Se-Islam Malaysia (PAS) telah ditahan kerana dikatakan merupakan sebuah ‘kumpulan pengganas.’ Salah seorang daripada mereka merupakan Nik Adli Nik Aziz, anak kepada seorang pemimpin PAS.
beberapa hari selepas serangan 11hb September di Amerika Syarikat, Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi telah memunabahkan kegunaan ISA sebagai “tindakan pencegah.” Beberapa minggu selepas itu, beberapa ahli ‘Kumpulan Mujahadin Malaysia’ atau KMM telah ditahan di bawah akta tersebut. PAS telah mendakwa bahawa tindakan tersebut merupakan ‘usaha politik’ dan mereka yang ditahan itu tidak dikaitkan dengan apa-apa bukti yang kukuh. Serangan-serangan ke atas demokrasi rakyat masih berterusan sehingga hari ini, dan telah mendadak dengan serangan-serangan pengganas di Indonesia dan Filipina baru-baru ini.
ISA bukan sahaja bercanggah dengan hak asasi manusia – malah, kumpulan-kumpulan seperti Amnesty International pernah mendakwa bahawa banduan-banduan di bawah ISA seringkali tertakluk kepada penyeksaan fizikal dan psikologi, termasuk serangan fizikal, ancaman terhadap ahli-ahli keluarga dan kekurangan masa rehat. Misalnya, semasa kes makhamah Anwar, pihak polis telah mengaku bahawa proses mendapat ‘pengakuan’ daripada banduan-banduan dengan pemaksaan merupakan perkara yang biasa.

Akta-akta penindasan yang lain


di samping Akta Keselamatan Dalam Negeri, kerajaan Barisan Nasional juga telah menggunakan akta-akta yang lain untuk menindas aktiviti politik damai, kebebasan akhbar dan kebebasan akademik. Misalnya, Akta Cetakan dan Penerbitan (Printing Presses and Publications Act) memerlukan kesemua penerbitan mendapat lesen cetakan tahunan, yang dapat ditarik balik tanpa sebab. Penerbitan-penerbitan luar negara tertakluk kepada penapisan tegas oleh Kementerian Dalam Negara, dan mana-mana terbitan yang dipercayai mengambil pendirian yang terlalu kritikal terhadap kerajaan dapat diharamkan sepenuhnya, secara yang berlaku dengan majalah Far Eastern Economic Review pada tahun 2001. Majalah Asiaweek juga mengalami takdir yang sama, kerana Mahathir mengatakan bahawa gambarnya dalam edisi majalah itu membuatnya kelihatan seperti “orang bodoh.” Maka, tidak menghairankan juga bahawa hampir kesemua akhbar aliran utama berada di bawah kawalan secara langsung parti-parti Barisan Nasional atau sekutu-sekutu Mahathir.


mereka yang menyokong akta-akta seperti ini seringkali mengatakan bahawa alam Internet tidak tertakluk kepada apa-apa penapisan atau cengkaman oleh kerajaan, dan maka menunjukkan kesetiaan kerajaan kepada hak-hak demokratik. kenyataan ini jelasnya adalah silap jika kita mengkaji usaha kerajaan untuk mendiamkan satu laman web, iaitu Malaysiakini. Semasa krisis ekonomi pada tahun 1997, pihak berkuasa telah mendakwa bahawa Malaysiakini telah menerima pembiayaan dari unsur-unsur luar negara, seperti George Soros (yang Mahathir berkata adalah bertanggungjawab bagi krisis ekonomi itu), tetapi dakwaan itu tidak pernah dibuktikan. Sepanjang tahun itu, laman web Malaysiakini diancam oleh dakwaan-dakwaan serupa, dan dikatakan akan dihadapkan dengan makhamah jika menerbitkan apa-apa rencana yang “mengancam ketenteraman negara.”

tetapi siapakah yang menentukan apa yang ‘mengancam ketenteraman negara’? Jawapannya adalah jelas jika kita melihat bahawa Marina Yusoff, bekas Timbalan Presiden Keadilan, pernah didenda RM5000 kerana mengatakan bahawa pihak berkuasa telah meletusan rusuhan anti-kaum Cina pada tahun 1969 berikutan kekalahan dalam pilihanraya tempatan. Sememangnya, kerajaan Barisan Nasional menggunakan akta-akta seperti ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka pada tangga kuasa, dan melemahkan sesiapa yang mengancam kedudukan mereka.

pada masa yang sama, pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam perlu membuat sumpah kesetiaan, iaitu sumpah ‘Akujanji,’ kepada raja, negara dan kerajaan (bagaimana pula jika mereka tidak menyokong raja, negara atau kerajaan Barisan Nasional?). Ahli-ahli akademi dan pelajar-pelajar universiti juga perlu membuat sumpah yang sama, di bawah mana seseorang perlu menurut setiap arahan kerajaan, biarpun arahan yang sudah wujud atau yang bakal diluluskan. Sesiapa yang memungkiri sumpah ini dapat diberi amaran agar tidak “mengancam kestabilan perkhidmatan awam,” dipindahkan ke tempat bekerja yang lain atau dipecat sama sekali, seperti yang telah berlaku kepada lebih lima puluh pensyarah universiti pada tahun 2001.


Menuju hak demokratik


dalam usaha mempertahankan hak-hak demokratik rakyat Malaysia, dan berhadapan dengan penggunaan ISA untuk mendiamkan aktiviti politik, beberapa kumpulan hak asasi seperti Aliran, Hakam dan Suaram telah membentukkan sebuah pertubuhan payung bernama AIM (Gerakan Mansuhkan ISA atau Abolish ISA Movement). Pada masa yang sama, media alternatif di Malaysia terus memainkan peranan penting sebagai sumber maklumat mengenai pencabulan hak asasi manusia dan perkembangan-perkembangan serupa. Namun, gerakan-gerakan seperti ini hanyalah permulaan. Di hati masalah ini terletak pelbagai isu asas, seperti apa yang dimaksudkan oleh demokrasi, siapakah akan mencapai hak-hak demokratik itu, dan dengan cara apakah ia akan dicapai.


ia tidak dapat dinafikan bahawa majoriti rakyat di Malaysia menentang penggunaan akta-akta kejam seperti ISA. Tetapi apakah balasan kerajaan Barisan Nasional? Ia menyerang sesiapa yang berani bersuara, dan menakutkan sesiapa yang ingin bersuara. Mengapa? Bukankah rakyat yang telah melantik kerajaan ini semasa pilihanraya? Jika kita yang melantik kerajaan ini, maka bukankah juga kita yang menguasainya? Di sinilah terletaknya masalah asasnya. Setiap lima tahun, kita menikmati rasa kuasa sementara dengan membubuhkan tanda pada kertas undi, iaitu untuk melantik seorang ahli parlimen (jika kita bernasib baik, hasil pengundian itu tidak akan dipalsukan, seperti yang telah didedahkan dalam pilihanraya di Sabah). Tetapi adakah ahli-ahli parlimen itu bertanggungjawab kepada rakyat yang melantik mereka? Imbasan keadaan politik di Malaysia akan memberikan jawapan yang jelas – tidak.

hak kita sebagai warganegara Malaysia dicabuli oleh usaha-usaha kerajaan. misalnya, kita tidak dibenarkan berdemonstrasi untuk menuntut hak-hak asasi, kita tidak dapat menubuhkan kesatuan pekerja yang bebas, kita tidak dibenarkan bersuara atau mengadakan mesyuarat awam dengan bebas, kita tidak dapat mengatur aksi permogokan tanpa serangan kerajaan jika mengalami keadaan bekerja yang melarat, dan seperti yang dirasai oleh Parti Sosialis Malaysia baru-baru ini, kita tidak dibenarkan menubuhkan parti rakyat dengen bebas. tetapi terdapat isu yang lebih asas daripada ini lagi. Misalnya, adakah anda dibenarkan melantik pengurus atau penyelia anda di tempat bekerja? Mereka ini mengambil keputusan-keputusan yang mempunyai kesan pada kehidupan kita, tetapi kita tidak dibenarkan walau sedikit pun hak demokratik, terutama sekali di tempat bekerja.

dari segi politik, Malaysia pada hari ini mengalami keadaan-keadaan yang tidak jauh berbeza dengan Rusia di bawah pemerintahan Tsar pada awal abad ke-20. hak-hak asasi rakyat dicabuli, dan aktivis-aktivis sosial terpaksa beratur dengan sulit. Tetapi ini telah berubah dengan penumbangan Tsar oleh revolusi pekerja pada tahun 1905. Selepas revolusi itu, salah seorang tokoh sosialis bernama Leon Trotsky telah memperkembangkan teori ‘revolusi berterusan.’ Teori itu menyatakan bahawa sesuatu dunia yang lebih adil hanya dapat dicapai melalui perjuangan demi sosialisme – tetapi lebih daripada itu, perjuangan demi sosialisme tidak dapat dan tidak patut dipisahkan daripada perjuangan demi demokrasi. dalam erti kata lain, dalam mengambil langkah-langkah menuju sosialisme, para pekerja juga akan mengambil langkah untuk meninggalkan pencabulan hak asasi dan mencapai hak-hak demokratik.

sememangnya, Malaysia pada hari ini mempunyai perbezaan dengan Rusia selepas tahun 1905. Kelas pekerja di Malaysia adalah jauh lebih besar daripada di Rusia pada masa tersebut. Tetapi apakah makna ini bagi rakyat Malaysia pada hari ini? dari sudut pandangan sosialis, hak-hak demokratik seperti yang dibincangkan di atas tidak dapat ‘dihadiahkan’ dari luar atau dari atas. dalam erti kata lain, ia tidak mencukupi untuk ahli-ahli politik memenangi hak-hak itu bagi rakyat. dalam kata-kata Karl Marx, pembebasan kelas pekerja mestilah menjadi usaha kelas pekerja sendiri. Iaitu, hak-hak demokratik (dan perjuangan demi sosialisme) perlulah diperjuangkan oleh rakyat sendiri, dan lebih khusus lagi, oleh golongan rakyat yang menciptakan segala kekayaan dalam masyarakat, iaitu kelas pekerja.

dari segi, reformasi undang-undang yang masih berteraskan pemerintahan parlimen dan sistem kapitalis tidak akan mengubah masalah asas. Apakah gunanya pemansuhan ISA jika kehidupan kita di tempat bekerja masih menyerupai penindasan oleh diktator? Ini bukanlah sama dengan mengatakan bahawa pihak sosialis tidak menyokong usaha-usaha untuk membasmi akta-akta yang ketinggalan zaman. Sebaliknya, pihak sosialis memperdebatkan bahaa demokrasi sebenar terletak dalam tangan berjuta-juta pekerja yang berpusat di tempat-tempat bekerja – di kilang-kilang, pejabat-pejabat, sekolah dan universiti.

bayangkanlah jika anda dan rakan-rakan anda di tempat bekerja membentukkan sebuah majlis pekerja, yang melantik seorang wakil ke majlis pekerja perbandaran (dan majlis pekerja perbandaran itu melantik wakil ke majlis pekerja daerah, dan seterusnya). Wakil itu dapat dipanggil balik pada bila-bila masa (bukannya setiap lima tahun jika kita bernasib baik), dan dia tidak menikmati kehidupan yang istimewa – sebaliknya, mereka berkongsi kehidupan yang sama dengan para pekerja yang mereka mewakili. Dalam erti kata lain, mereka benar-benar adalah bertanggungjawab kepada golongan yang melantik mereka. Inilah yang dimaksudkan oleh pihak sosialis apabila mereka berucap mengenai “demokrasi dari bawah.”

dan inilah yang diperjuangkan oleh pihak sosialis, kerana perjuangan demi sosialisme tidak dapat dipisahkan daripada perjuangan demi demokrasi tulin. Pemansuhkan akta-akta seperti ISA hanya dapat dicapai oleh usaha rakyat sendiri, dan perjuangan dari bawah ini melibatkan pembebasan demokrasi dari bawah dan perjuangan demi sosialisme.

Thursday, September 2, 2010

Sosialisme Untuk Malaysia


Pada asasnya sosialisme adalah satu bentuk sistem pemerintahan yang merangkumi semua peringkat pentadbiran yang berteraskan hak sama rata (equality) yang ciri-ciri utamanya ialah demokrasi, kebebasan dan keadilan.

dalam konteks Malaysia, sosialisme mampu untuk mengimbangi semula kacau-bilau yang dicetuskan oleh dasar kapitalisme – dasar yang membolehkan golongan kaya menjadi semakin mewah manakala golongan miskin terus menderita – yang dikecohkan lagi dengan dasar mengutamakan satu kaum dalam semua bidang.

pada dasarnya, diskriminasi positif adalah sesuatu yang selaras dengan prinsip sosialisme di Malaysia. Tetapi satu-satu kaum tidak harus ditonjolkan atas alasan mahu mencapai taraf sama rata dengan kaum-kaum yang lain.

penyelesaian melalui sosialisme ialah dengan mengutamakan keperluan golongan miskin dan tidak berupaya seperti orang cacat, orang sakit, kanak-kanak dan orang tua.

dasar diskriminasi positif yang memberi keutamaan kepada golongan yang ketinggalan dalam pelbagai bidang adalah asas perjuangan sosialisme di Malaysia.

dalam kehidupan sosial, sosialisme di Malaysia perlu memastikan sekularisme (pemisahan di antara agama dan kerajaan) wujud dalam masyarakat yang benar-benar demokratik.

sosialisme yang menolak ketuanan mana-mana kaum di Malaysia turut tidak dapat menerima penguasaan (domination) mana-mana agama di negara ini.

ini untuk mengelakkan agama-agama dan kepercayaan lain serta penganut-penganut mereka menjadi warga kelas dua.

untuk mewujudkan keadilan yang berteraskan hak sama rata, sekularisme menjadi pilihan sosialis di Malaysia.

dalam hal ini, sekularisme yang diperlukan ialah dasar dan pelaksanaan yang memastikan tidak ada mana-mana agama yang menguasai kerajaan dan pihak berkuasa, dan sebaliknya, iaitu tidak ada kerajaan dan pihak berkuasa yang menguasai mana-mana agama.

kebebasan beragama dalam apa jua bentuk serta pemilihan untuk menganut atau menukar agama adalah hak mutlak setiap rakyat. Tidak ada sesiapa atau mana-mana undang-undang boleh menyekat hak asasi ini.

hak-hak beragama juga termasuk hak membina rumah ibadat, menjalankan upacara agama dan apa-apa kegiatan agama tanpa gangguan dari mana-mana pihak, termasuk kerajaan dan pihak berkuasa.

sosialisme di Malaysia harus wujud dalam keadaan di mana majoriti rakyat memilih untuk menerima hak sama rata dan sekularisme, bagi memastikan setiap rakyat bebas mengamalkan hak dan menunaikan tanggungjawab sosial. Ini adalah asas demokrasi yang dijamin di bawah sosialisme.

dari sini juga, kebebasan dan keadilan dapat dilaksanakan sepenuhnya. Hanya sikap terbuka dan kesanggupan untuk melaksanakan reformasi diri dan minda dapat membolehkan rakyat Malaysia menerima sosialisme sebagai sistem pemerintahan negara.

selagi fikiran dan hati masih dibelenggu oleh sikap perkauman dan keagamaan yang sempit, selagi itu Malaysia akan terus menjadi negara yang sentiasa diancam bom jangka rusuhan kaum atau agama yang boleh menghancurkan masyarakat dan negara.

sosialisme adalah keadilan, dan keadilan hanya wujud apabila ada hak sama rata. Jika satu kaum atau agama menganggap dirinya sebagai yang terbaik dari yang lain dan mahu kaum dan agama lain tunduk di bawahnya, selagi itu tidak akan wujud hak sama rata, dan mustahil untuk sesiapa sahaja berlaku adil.

dalam hal ini, sosialisme di Malaysia hanya boleh wujud jika ada persefahaman dan kerjasama antara rakyat tanpa mengira kaum, agama dan adat budaya, dan parti atau fahaman politik yang wujud pada masa ini. Ini adalah kerana parti-parti dan fahaman-fahaman politik yang ada hari ini terlalu mirip kepada kaum dan agama, menyebabkan sukar untuk duduk sama rata dan berbincang sebagai insan yang sama taraf.

persefahaman dan kerjasama antara rakyat akan menjadi asas perpaduan negara, iaitu sebagai dasar untuk membentuk nasionalisme Malaysia yang tulen.

diimbas kembali, sosialisme di Malaysia adalah demokrasi, hak sama rata, hak rakyat miskin dan ketinggalan, kebebasan, sekularisme dan nasionalisme.

sosialisme di Malaysia mesti menolak perkauman, keagamaan yang sempit dan sikap buruk seperti salahguna kuasa, rasuah, penyelewengan dan pilih kasih, kerana semua gejala-gejala ini adalah penghalang kepada kehidupan yang bersih, sejahtera dan adil.

Tuesday, August 31, 2010

Hishamuddin Rais : Negara Ciplak

Malay College Kuala Kangsar 'old boy', Universiti Malaya student leader who went into self-exile to escape arrest after a huge student protest in 1974.

Also an old-boy of ISA camp Kamunting ...

This Jelebu native filmmaker, author, activist, columnist, educator and the owner of the blog Tukar Tiub, tells us what Merdeka means to him.

You could bump into him in Kampung Baru enjoying authentic Minangkabau cuisine.


Wednesday, August 25, 2010

Buku Aktivisme Untuk Kanak-Kanak


Disini aku senaraikan beberapa buku-buku untuk memperkenalkan aktivisme untuk kanak-kanak. buku-buku sebegini sepatutnya dimiliki oleh ibu-bapa untuk mendidik dan mengasuh anak-anak kecil tentang apa itu aktivisme dan kenapa ianya penting dalam proses pembangunan minda kanak-kanak. melalui buku-buku sebegini kita akan membentuk satu generasi yang berfikiran kritis dan mendidik mereka supaya di kemudian hari nanti bahawa kita tidak sepatutnya menerima apa yang ada di dunia ini sebulat-bulatnya, mendidik mereka untuk mengubah dunia kepada satu era yang lebih baik, mengajar mereka supaya berdiri dan melawan ketidakadilan. buku-buku sebegini boleh didapati pusat-pusat ataupun toko-toko buku utama di sekitar kuala lumpur.

senarai buku :

Beatrice’s Goat by Page McBrier, illustrated by Lori Lohstoeter

“Beatrice was puzzled. A goat? What kind of gift was a goat? It couldn’t…start their charcoal fire…scrub their dirty clothes clean…keep an eye on [the children].” To her surprise, Beatrice learns that a goat is a very valuable gift, indeed. Her family can drink goat milk, sell the extra milk to earn some money, and even sell baby goats when the time comes. Soon, the family has enough money to send Beatrice to school. Skillful writing and beautiful illustrations convey the importance of organizations like the Heifer Project in a well-told story. Ages 5-9.

Get Involved! Social Justice Activist by Ellen Rodger and Jon Eben Field

Each book in the Get Involved! series focuses on a different type of activism. The authors explain the concept of activism, outline the issue, profile current activists, and give kids ideas of how to get involved. In this book, readers will explore social justice issues, such as poverty, homelessness, racism, gender inequality, and others. Most importantly, kids will learn about things they can do to promote social justice. Ages 8-11.

A Kid’s Guide to Giving by Freddi Zeiler

When 14-year-old Freddi decided to donate some money to a charity, she quickly became overwhelmed by the sheer number of charitable organizations. After doing tons of research, she wrote this book for other kids to use as a reference. In the introductory chapters Freddi explores why we give and how to raise money if one is so inclined. She also sensitively warns kids about groups that are not legitimate or that don’t use donated money effectively. Finally, she profiles more then 100 organizations, breaking them down into causes related to people, animals, and the environment. She outlines the organization’s mission, how they use donation money, all contact information, and more. Plenty of adults will find the handy guide useful as well. Ages 9 and up.

The Kid’s Guide to Service Projects by Barbara A. Lewis

Whether kids are interested in helping animals, their community/neighborhood, the environment, those who are impoverished/hungry, people with special needs, senior citizens, or others, this practical guide will get them started. Lewis provides lots of ideas for meaningful service projects, from quick and easy plans kids can do on their own to long-lasting school or community-wide endeavors.
Ages 10 and up.

PeaceJam: A Billion Simple Acts of Peace by Ivan Suvanjieff and Dawn Gifford Engle

“We are the children of Detroit factory workers, average and flawed people from very ordinary American backgrounds.” But these ordinary people had an extraordinary idea: introducing kids to Nobel Laureate mentors, creating an unexpected and powerful partnership for change. The PeaceJam Global Call to Action hopes to inspire young people around the world to address ten fundamental issues, including access to water, halting the spread of disease, eliminating extreme poverty, controlling weapons proliferation, defending basic human rights, and others. Each chapter narrates the experience of a young person working for change alongside a Nobel Laureate (including Archbishop Desmond Tutu, José Ramos-Horta, Jody Williams, and Adolfo Pérez Esquivel). Ages 11 and up.

The Streets Are Free by Kurusa, illustrated by Monika Doppert

In a barrio crowded with tin-roofed buildings on the side of a mountain near Caracas, Venezuela, the children have nowhere to play. So they go to City Hall to demand a playground. With the support of their parents, a librarian, and a newspaper reporter, they pressure City Hall to build them a playground. But when the politicians renege on their promises, the community decides to take matters into their own hands. Based on a true story and wonderfully illustrated in color and black and white, this is an excellent introduction to community activism and the role of politicians and the press in community affairs.

Uncle Willie and the Soup Kitchen by DyAnne DiDalvo-Ryan

Like many kids, the young narrator of this story feels a vague discomfort thinking about or encountering people who are homeless. So, he is surprised when his Uncle Willie not only calls the Can Man by name, but stops to have a conversation with him. Retired Uncle Willie works at a soup kitchen every day, and he takes his nephew to lend a hand and to meet some people who don’t have homes. The narrator experiences the community of the kitchen, the power of empathy, and the satisfaction of helping others. Ages 6-9.


Tuesday, August 24, 2010

Konflik Sistem Dalam "Unthinkable"

klik imej untuk paparan lebih jelas


Petang tadi aku telah disajikan dengan sebuah makanan filem yang bertajuk Unthinkable arahan dari seorang pengarah dari belgium iaitu Gregor Jordan. filem ini dilakonkan oleh aktor-aktor yang dikatakan hebat oleh rakan-rakan aku (hebat pada mereka hanyalah sebab mereka kenal aktor tu). hahaha. nonsense. antara dialog mereka "samuel l jackson tu!!!" hahaha. aku tergelak dalam hati.

Unthinkable merupakan sebuah filem yang berbentuk drama tapi dipenuhi dengan adegan-adegan psikologikal triller yang berbentuk kekerasan. dimana di dalam filem ini ianya menceritakan bagaimana seorang ekstremis islam telah ditangkap, diseksa dan interograsi dengan kejam tanpa mengendahkan humanisme. ada yang mengatakan filem ini merupakan sebuah filem yang mendedahkan cara kerja rahsia amerika syarikat melawan teroris. ada yang mengatakan filem ini merupakan dakyah amerika syarikat untuk membuktikan dan menunjukkan pada dunia bahawa islam itu teroris dan teroris itu islam. ada pula pihak yang mengatakan filem ini sebenarnya adalah mengenai konflik pemilihan antara agama, negara atau manusia.

Pada aku filem unthinkable karya gregor jordan ini sebenarnya adalah mengenai konflik sistem yang sedang dihadapi oleh watak-watak yang ada di dalam filem ini. contohnya yusof, merupakan seorang ektremis islam, di mana beliau sanggup melakukan apa saja atas nama islam. contoh lain adalah H, tukang seksa yusof, pada pemerhatian aku h merupakan seorang yang anti teroris dan anti islam, dia sanggup menyeksa dan menyembelih selagi orang itu islam tidak kiralah orang itu terbukti salah atau tidak. ketiga, agen helen, seorang agen yang mementingkan kemanusiaan ataupun humanity sehingga akhirnya kemakrifatan kemanusiaan beliau sampai ke tahap zero. keempat, orang-orang yang berada di sekeliling ketiga-tiga watak ini, mereka hanyalah segelintir masyarakat yang hanya duduk menunggu dan menerima arahan tanpa berfikir.

Bercakap mengenai konflik sistem, setiap penduduk di muka bumi aku yakin mengalami masalah ini. kalau kita lihat sistem ini seolah-olah mengikat kita dan telah menjahanamkan fikiran kita. pada pandangan aku kita sebenarnya tidak boleh terlalu mengikut sistem yang kita sendiri tidak pasti kesahihannya dan sekadar mengikut sistem sebab semua orang lain ikut. ataupun sebab mak bapak kita pun pengamal sistem. aku bukan nak menafikan sistem, tapi kita sebenarnya tidak boleh terlalu terikat dan bulat-bulat memakan sarapan sistem ini. pergolakan sistem ini telah menyebabkan banyak perkara-perkara negatif di atas muka bumi ini. secara jelas aku bukan seorang freethinker, tapi kalau kita lihat agama itu sebenarnye simple dan segalanya telah dijelas di dalam quran tapi kalau kita terlampau merumitkan agama maka timbul lah benda songsang karut marut seperti letup rumah ibadah agama lain la (kononnya jihad), bunuh membunuh la, balas dendam antara agama la. padahal tuhan dah cakap kita harus menghormati antara agama. masalah ini terutamanya terjadi di malaysia. agama di malaysia ini bukan berpandukan nas atau fakta atau hadis. tapi berpandukan sentimen. apa ada pada sentimen? siapa yang men 'create' sentimen ni. jawapannya kerajaan pemerintah.

Time kecik-kecik orang yang lebih tua akan tanya kita "nanti besar nak jadi apa?" "nak jadi peguam" kita cakap. padahal kita main tembak je dan kita sendiri tak dapat nak tentukan kita nak jadi apa sebenarnya time tu. sebab tu la aku cakap benda-benda ni semua dah terlalu mengikat. untuk itu aku rasa kita jangan terlalu fikir, kita jadi je apa yang kita nak jadi.

Inginkan aku tegaskan disini tulisan ini bukan falsafah atau philosophy tapi ianya realiti kerana aku adalah seorang yang realis. orang melayu ni kalau cakap pelik-pelik sikit dikatanya pada kita falsafah,falsafah,falsafah. ini lah mentaliti lapuk orang melayu yang memang sukar nak dihakis terutamanya yang berkiblatkan "hidup melayu".

sekian. terima kasih.

Monday, August 23, 2010

Universiti Bangsar Utama (U.B.U) Reunion.


Berkumpul semula jumaat ini

27 Ogos 2010, jam 6.30 petang. satu himpun semula anak-anak u.b.u dan aktivis u.b.u.

Tempat di bangsar utama, berbuka puasa dikedai restoran mydin.

Sesiapa saja yang merasakan mereka cool, maka sila datang ke bangsar utama petang jumaat ini.
(ayat diatas ini aku ceduk seketul-ketul ape yang isham rais tulis)


Sedikit Sejarah U.B.U

UBU terdiri daripada anak muda dan mahasiswa dari universiti di sekitar Lembah Klang. Sebagai anakmuda dan mahasiswa yang prihatin, kami ingin menyumbangkan tenaga, idea, kreativiti dan buah fikiran kami di dalam aktiviti dan program-program kemasyarakatan bersama komuniti.
Kami merasakan bahawa suatu jambatan penghubung harus dibina di antara sektor mahasiswa dengan sektor-sektor masyarakat yang lainnya. Sudah terlalu lama vakum atau ruang kosong ini wujud tanpa adanya program penghubung yang menjembatani mahasiswa dengan masyarakat. Dewasa ini kelihatannya seperti kelompok mahasiswa ini sudah terisolasi dari arus kehidupan masyarakat.
Situasi ini tidak harus diperpanjangkan dan dibiarkan tanpa adanya inisiatif-inisiatif yang komited untuk mengisi ruang kosong ini dengan program-program kemasyarakatan yang dinamik dan progresif. Vakum yang sedia ada harus diisi dengan segera sebelum jurang antara mahasiswa dengan masyarakat semakin melebar. Penglibatan mahasiswa di dalam program dan aktiviti yang berkepentingan rakyat harus dimulai tanpa tangguh lagi.
Justeru itu, inisiatif serta daya usaha yang berterusan wajib dimulakan dan dilakukan dari sekarang melalui program-program kerakyatan yang disusun sendiri oleh mahasiswa untuk kepentingan masyarakat.

Ruang dan Peluang

Struktur birokrasi di dalam kampus pada hari ini telah meletakkan bahagian Hal - Ehwal Pelajar (HEP) sebagai pemegang kuuasa mutlak yang memutuskan setiap program dan aktiviti mahasiswa di dalam mahu pun di luar kampus. Ini memberi makna bahawasanya apa sahaja program dan aktiviti yang dijalankan oleh mahasiswa wajib mendapat keizinan dan kebenaran dari pihak HEP.
Bukan setakat itu sahaja, HEP juga akan membuat keputusan di dalam stiap sudut dan segi, termasuklah di dalam soal bentuk program, partisipasi di dalam program, jemputan orang luar untuk program, penyediaan ruang untuk program, perbelanjaan program dan juga penyusunan program.
Iklim kampus yang tidak kondusif, ruang yang sempit dan peluang yang terhad bukanlah suatu jalinan elemen yang sesuai untuk melahirkan mahasiswa yang komited, penuh idealisme, matang serta kritis.

Kenapa Universiti Bangsar Utama?

Sebenarnya sejak tahun 1998 lagi, kawasan warung di Bangsar Utama selalu dijadikan tempat kami untuk hang-out. Duduk minum-minum di warung dan berdiskusi.
Akhirnya kami memutuskan untuk meneruskan aktiviti kami dari sekadar berdiskusi sahaja.
Atas sebab inilah, maka kami telah menyewa sebuah ruang rumah kedai, dua tingkat sebagai pusat kami menjalankan kegiatan.
Ruang kegiatan kami terletak di Bangsar Utama, Kuala Lumpur, sebuah kawasan miskin kota, di mana terletaknya dua buah flat kos rendah; flat Seri Pahang dan flat pekerja KTM. Oleh sebab itulah kami menamakannya Universiti Bangsar Utama. Memilih nama universiti kerana inilah tempatnya untuk kami untuk re-socializing and re-educating ourself as a student and youth to the society.