Saturday, January 1, 2011

Welcome To Taring Babi

klik untuk imej lebih jelas

Welcome to Taring Babi adalah judul sebuah filem dokumentari karya Mash Vacano, mahasiswa Humbolt University, Berlin, Germany. filem dokumentari ini telah ditayangkan di Institute Global Justice (IGJ) Jakarta, Annexe Gallery Kuala Lumpur dan beberapa university di Australia.

"Welcome To Taring Babi" merupakan liputan tentang komuniti taring babi yang juga merupakan tulang belakang kepada band punk bandung "Marjinal" yang sememangnya cukup dikenali dan disegani dikalangan anak-anak punk, scene-scene bawah tanah, para idealis-idealis revolusioner, pemuda-pemuda d.i.y dan siapa-siapa saja yang menentang sistem. malah kalau ditanya pada anak-anak punk malaysia pasti cukup mengkagumi Marjinal. filem yang berdurasi sekitar 20 minit ini dibuka dengan kemunculan Bob Oi yang boleh saya katakan memandu kita melawat dan melihat selok belok aktiviti Taring Babi sebagai komuniti punk yang berinteraksi dengan warga Gang Setia Budi, Setu Babakan, Srengseng Sawah, Jakarta Selatan. "Welcome To Taring Babi" secara sederhana menjelaskan bagaimana kehidupan punk ditengah masyarakat, merayakan perbezaan dengan kreatif dan produktif.


(Nama Taring Babi telah ditukar kepada Sapi Betina. namun hanya nama yang ditukar tapi perjuangan komuniti ini tetap sama dan mereka tetap terus melawan)

Hidup Kolektif!! Hidup collectivism!!!













Amaran : filem dokumentari ini hanya untuk mereka yang berfikiran terbuka saja. BUKAN untuk mereka-mereka ataupun masyarakat marhaen yang berfikiran sempit seperti yang ada dinegara ini, terlalu mengikut arus sistem hidup dan selalu menghakimi seseorang itu tanpa menyelidik terlebih dahulu. kepada mereka-mereka yang mempunyai ketiga-tiga ciri-ciri ini anda teruskanlah dengan dunia tipikal anda.

No comments:

Post a Comment