Thursday, December 30, 2010

"Black Swan" Sebuah Obsesi Yang Menghancurkan

klik untuk imej lebih besar


Obsesi yang menghancurkan nampaknya menjadi kegemaran seorang Darren Aronofsky untuk selalu dituangkan dalam setiap karya-karyanya. lihat saja dalam filem pertamanya iaitu PI, yang menceritakan tentang seorang pemuda yang obses dengan teori matematik. Requiem For A Dream, para junkies yang mengharapkan hidup yang lebih baik dengan cara yang salah. The Fountain, seorang ilmuwan yang ingin menakluk ruang dan waktu bertemu dengan kekasih hatinya. The Wrestler, bekas ahli gusti profesional yang tidak pernah ingin berhenti berkarier. manakala dalam karya terbarunya Black Swan, aronofsky membawa tema obsesnya ini ke tahap level yang lebih tinggi. Kalau kita lihat filem ini secara sepintas lalu, ianya mungkin hanya menceritakan tentang 2 orang musuh ataupun pesaing penari ballet yang bersaing untuk berebut peranan yang lebih prestige atau lebih agung, iaitu swan queen. namun bukan Darren Aronofsky namanya jika tidak mampu membuat tema yang sebenarnya sederhana ini menjadi sebuah sajian yang kompleks, berat dan penuh dengan komplot-komplot rahsia psikologi kelas atas namun sangat menarik untuk ditonton. ya, Black Swan adalah sebuah thriller psikologi yang sangat kompleks, absurd, sensual, gelap, erotik dan juga dihiasi dengan adegan-adegan simbolik yang berselimutkan aroma horror yang mengerikan, walaupun jelas filem ini bukanlah filem horror atau boleh saya katakan menyaksikan Black Swan sama sensasinya seperti kita menyaksikan gabungan filem-filem Rosemary's Baby, All About Eve dan The Red Shoes yang di-mix menjadi satu.

Filem berdurasi 108 minit ini adalah ibarat pentas pertunjukan yang mengisahkan pencarian jati diri seorang Nina, dimana secara perlahan-lahan bertransformasi dari karektor "white swan" menjadi "black swan" yang ditunjukan dalam rangkaian horrific moments nan absurd yang secara tidak langsung menuntut para penonton untuk berfikir secara dalam untuk menyimpulkan apa yang sebenarnya terjadi pada karektor Nina, apakah ianya mimpi atau kenyataan?. hampir satu pertiga filem ini menghadirkan sebuah study karektor yang dibangun dengan sangat epik oleh Natalie Portman. inilah lakonan terbaik beliau setelah watak Mathida dalam filem Leon : The Professional 16 tahun lalu. beliau berjaya menyelami karektor Nina dengan baik dan penuh berkesan, hinggakan kehadiran Vincent Cassel dan Mila Kunis pun tidak mampu menandingi pesonanya.

Setelah 1 jam pertama Aronofsky cuba memberi gambaran tentang karektor Nina dengan segala konfliknya yang di alur secara perlahan, di 30 minit terakhir pula adalah puncak dari segalanya. dengan balutan teknik kamera yang dinamik, sinematografi yang indah, koreografi yang mempesona, sebuah persembahan penutup dari pementasan teror ballet "angsa hitam" ini berjaya ditutup dengan klimaks puncak yang sanggup membuat saya bengkak mata melihatnya. sebuah penutup yang super dramatik dan membekas seperti yang sering ditunjukan Aronofsky dalam filem-filemnya sebelum ini.

Bolehlah kiranya saya mengatakan Black Swan adalah salah satu karya tergeniusnya, mungkin yang terbaik selepas Requiem For A Dream. hampir semua aspek teknik mahupun non teknik berjaya digarap dengan sempurnya oleh beliau, ianya ternyata menyajikan sebuah pengalaman dan sensasi sinematik unik yang tidak boleh dilupakan, mengerikan, menakutkan dan emosional. inilah filem yang sangat cantik dan bolehlah kiranya saya labelkan sebagai Nightmarish Masterpiece.

Akhirnya,

Akhirnya,


Setelah beberapa malam panjang yang melelahkan,
Setelah siang-siang yang penuh,


Kita akan kembali pada udara yang terisi aroma sarapan dan pakaian yang baru dijemur,
Pada kesibukan humanis yang sederhana,
Pada sebuah pagi yang damai dan sementara,


Akhirnya, besok.

Saturday, December 25, 2010

Eksistensi

Malam yang dingin itu, Gabril termenung panjang. apakah ini penting untuknya. atau boleh dijadikan hobi. huh! Gabril percaya akan eksistensi tuhan. tetapi ruang untuk meletakkan eksistensi itu dimana? kenyataan bertulis dalam diari hakikat tidak cukup!

"Apakah mempercayai tuhan, tanpa menemuinya adalah iman? atau takut masuk neraka yang tak pernah dilihat itu juga iman? apakah takut itu iman?. sedang berani pula dikata tiada iman?. apakah beriman itu beragama. sedang atau lihat, ia sekadar teori diatas kertas yang tercetak dibuku-buku dan kitab. terbatalkah aqidahku mempersoal tentang iman, tentang tuhan, sedang maksud maksud iman itu sendiri masih ku longgar?. kenapa manusia lebih takut pada agama sebab agama bukanlah tuhan?. apakah agama itu? kenapa ada agama? kenapa perlu dipaksa-paksa dalam beragama? bolehkah melaksanakan agama tanpa ada ikhlas? apakah ikhlas itu? agama?"... arrrrgh....sial tolong, tolong. "tuhan tolonglah aku".

'Diari Hakikat' itu menjadi tempatnya bersoal tanya. tercatat segala persoalan. ada rintih yang dalam, ada celaru yang kuat. semakin dia bersoal pada dirinya, semakin banyak lagi persoalan yang timbul. persoalan yang berputar pusing pada paksi yang sama amat memenatkan.

- dipetik dari zine Gudang Garam 2 -

Sunday, December 19, 2010

Rubaiyat 38 حافظ

آن جام طرب شکار بر دسـتـم نـه
وان ساغر چون نگار بر دسـتـم نـه
آن می‌کـه چو زنـجیر بـپیچد بر خود
دیوانـه شدم بیار بر دسـتـم نـه

Bring me the cup that preys on joy;
Bring me a lover who is shy and coy.
The wine that twists and turns like a chain
Bring me to enslave and destroy.

Saturday, December 11, 2010

Seksualiti Kemewahan

Pada tanggal 11 julai 1986 aku telah dikerahkan oleh 'tuhan' untuk keluar 'berkerja' setelah selama hampir 8, 9 bulan duduk melangut tanpa 'kerja'. aku telah diutuskan untuk berkerja di dalam profisi alam, hidup dan kematian. jawatan yang telah diberikan kepada aku adalah jawatan sebagai "manusia". dimana aku telah diletakkan di bawah pengawasan 'majikan' aku iaitu ibu dan bapa. apa yang aku tahu 'majikan' aku inilah yang telah berhempas pulas supaya aku dibenarkan untuk keluar 'berkerja' dan dengan izin 'tuhan' maka permohonan kedua-dua majikan aku ini telah diluluskan oleh 'tuhan'. dan sehingga hari ini aku masih berkerja di bawah kedua-dua 'majikan' aku ini dan juga masih berhubung secara ritual dengan 'tuhan', 'tuhan' ini bolehlah aku katakan orang yang paling berkuasa di dalam syarikat aku berkerja ini. di mana 'tuhan' adalah pengarah segala pengarah dalam 'syarikat alam kehidupan sdn bhd' ini.

Sesungguhnya tiada kerja yang maha suci dari berkerja dan terus berkerja untuk 'tuhan'.

Aku tak peduli jika orang kata bidang ataupun 'dunia' yang sedang aku teroka ini tidak menjanjikan kemewahan dan keuntungan. aku cuma mahu makan dan hidup saja. aku tak peduli jika orang bermegah dengan rumah banglo, kereta mewah, tanah berekar-ekar, duit berjuta-juta. kesenangan dan keselesaan hidup itu pada aku bukannya bergantung dari kemewahan, kereta mewah dan duit berjuta-juta yang kau ada. segala material-material songsang ini hanyalah bentuk picisan 'dunia'. bila kau mati bukannya kau boleh heret kemewahan kau ni masuk kubur dan bawa dia bersama kau dalam syurga. duit kau berjuta-juta tu tak mampu untuk kau merasuah malaikat supaya memberi pahala pada kau. ianya juga tidak mampu untuk menggelapkan mata tuhan.

p/s : untuk sang pengutuk-pengutuk, mamat cakap belakang, dan mereka yang memiliki nilai seksual yang tinggi terhadap kemewahan.

Friday, December 10, 2010

Selamat Hari H.A.M


this is the duty of our generation as we enter the twenty-first century -- solidarity with the weak, the persecuted, the lonely, the sick, and those in despair. It is expressed by the desire to give a noble and humanizing meaning to a community in which all members will define themselves not by their own identity but by that of others.

Selamat Hari Hak Asasi Manusia 2010 disember 10.

Monday, December 6, 2010

Pembelajaran Skala 2


Malaikat : ya aliff fikri, semasa kau hidup dulu kau ada diploma dan degree ke tidak?

Aku : ada, kenapa?


Malaikat : kalau ada kau boleh masuk syurga!

Aku : yes!



diploma dan degree itu tidak menjanjikan apa-apa. ianya hanya sebentuk material yang dipandang 'kononnya' menandakan orang itu berjaya di dunia. diploma dan degree bentuk fizik yang mendogma pemikiran manusia-manusia ke jalan 'kejayaan' duniawi. makna kejayaan itu telah diselewengkan ke atas diploma dan degree. disini bolehlah kiranya aku mentafsirkan bahawa 'tuhan' baru untuk kejayaan adalah 'diploma dan degree'. kepada penganut agama 'kejayaan' ini teruskanlah bersembahyang untuk tuhan anda ini. kerana dengan diploma dan degree ini saja akan menentukan tempat anda dikemudian hari, sama ada di neraka atau syurga.



p/s : ditujukan untuk mereka-mereka, orang-orang, makcik-makcik & pakcik-pakcik yang berfikiran sempit dan hanya memandang bahawa diploma dan degree saja yang menentukan orang itu berjaya atau tidak. kahkahkah. tipikal!