Thursday, December 30, 2010

"Black Swan" Sebuah Obsesi Yang Menghancurkan

klik untuk imej lebih besar


Obsesi yang menghancurkan nampaknya menjadi kegemaran seorang Darren Aronofsky untuk selalu dituangkan dalam setiap karya-karyanya. lihat saja dalam filem pertamanya iaitu PI, yang menceritakan tentang seorang pemuda yang obses dengan teori matematik. Requiem For A Dream, para junkies yang mengharapkan hidup yang lebih baik dengan cara yang salah. The Fountain, seorang ilmuwan yang ingin menakluk ruang dan waktu bertemu dengan kekasih hatinya. The Wrestler, bekas ahli gusti profesional yang tidak pernah ingin berhenti berkarier. manakala dalam karya terbarunya Black Swan, aronofsky membawa tema obsesnya ini ke tahap level yang lebih tinggi. Kalau kita lihat filem ini secara sepintas lalu, ianya mungkin hanya menceritakan tentang 2 orang musuh ataupun pesaing penari ballet yang bersaing untuk berebut peranan yang lebih prestige atau lebih agung, iaitu swan queen. namun bukan Darren Aronofsky namanya jika tidak mampu membuat tema yang sebenarnya sederhana ini menjadi sebuah sajian yang kompleks, berat dan penuh dengan komplot-komplot rahsia psikologi kelas atas namun sangat menarik untuk ditonton. ya, Black Swan adalah sebuah thriller psikologi yang sangat kompleks, absurd, sensual, gelap, erotik dan juga dihiasi dengan adegan-adegan simbolik yang berselimutkan aroma horror yang mengerikan, walaupun jelas filem ini bukanlah filem horror atau boleh saya katakan menyaksikan Black Swan sama sensasinya seperti kita menyaksikan gabungan filem-filem Rosemary's Baby, All About Eve dan The Red Shoes yang di-mix menjadi satu.

Filem berdurasi 108 minit ini adalah ibarat pentas pertunjukan yang mengisahkan pencarian jati diri seorang Nina, dimana secara perlahan-lahan bertransformasi dari karektor "white swan" menjadi "black swan" yang ditunjukan dalam rangkaian horrific moments nan absurd yang secara tidak langsung menuntut para penonton untuk berfikir secara dalam untuk menyimpulkan apa yang sebenarnya terjadi pada karektor Nina, apakah ianya mimpi atau kenyataan?. hampir satu pertiga filem ini menghadirkan sebuah study karektor yang dibangun dengan sangat epik oleh Natalie Portman. inilah lakonan terbaik beliau setelah watak Mathida dalam filem Leon : The Professional 16 tahun lalu. beliau berjaya menyelami karektor Nina dengan baik dan penuh berkesan, hinggakan kehadiran Vincent Cassel dan Mila Kunis pun tidak mampu menandingi pesonanya.

Setelah 1 jam pertama Aronofsky cuba memberi gambaran tentang karektor Nina dengan segala konfliknya yang di alur secara perlahan, di 30 minit terakhir pula adalah puncak dari segalanya. dengan balutan teknik kamera yang dinamik, sinematografi yang indah, koreografi yang mempesona, sebuah persembahan penutup dari pementasan teror ballet "angsa hitam" ini berjaya ditutup dengan klimaks puncak yang sanggup membuat saya bengkak mata melihatnya. sebuah penutup yang super dramatik dan membekas seperti yang sering ditunjukan Aronofsky dalam filem-filemnya sebelum ini.

Bolehlah kiranya saya mengatakan Black Swan adalah salah satu karya tergeniusnya, mungkin yang terbaik selepas Requiem For A Dream. hampir semua aspek teknik mahupun non teknik berjaya digarap dengan sempurnya oleh beliau, ianya ternyata menyajikan sebuah pengalaman dan sensasi sinematik unik yang tidak boleh dilupakan, mengerikan, menakutkan dan emosional. inilah filem yang sangat cantik dan bolehlah kiranya saya labelkan sebagai Nightmarish Masterpiece.

2 comments:

  1. If you’re going to strap on the same fake watchesevery day, it needs to look good with both your Tuesday suit and your Sunday t-shirt, but you don’t want it to be boring. You don’t have to spend five figures to get a great breitling replica.Theklockor kopior Globemaster ($120) handles all situations effortlessly and is packed with technology like a totally anti-magnetic movement and a more accurate and durable co-axial escapement,you’ll notice the seconds hand seems to tick like on a quartz
    rolex replica, but this rolex replicais because of a special gear-and-spring system inside that gives it the so-called “deadbeat seconds” for more precise timekeeping.As the brand’s iconic omega repliqueindividual product, admirable adroitness and absolute kelly 35cm demonstrates what both central and outside.
    Buy Cheap air max
    online.

    ReplyDelete