Saturday, December 11, 2010

Seksualiti Kemewahan

Pada tanggal 11 julai 1986 aku telah dikerahkan oleh 'tuhan' untuk keluar 'berkerja' setelah selama hampir 8, 9 bulan duduk melangut tanpa 'kerja'. aku telah diutuskan untuk berkerja di dalam profisi alam, hidup dan kematian. jawatan yang telah diberikan kepada aku adalah jawatan sebagai "manusia". dimana aku telah diletakkan di bawah pengawasan 'majikan' aku iaitu ibu dan bapa. apa yang aku tahu 'majikan' aku inilah yang telah berhempas pulas supaya aku dibenarkan untuk keluar 'berkerja' dan dengan izin 'tuhan' maka permohonan kedua-dua majikan aku ini telah diluluskan oleh 'tuhan'. dan sehingga hari ini aku masih berkerja di bawah kedua-dua 'majikan' aku ini dan juga masih berhubung secara ritual dengan 'tuhan', 'tuhan' ini bolehlah aku katakan orang yang paling berkuasa di dalam syarikat aku berkerja ini. di mana 'tuhan' adalah pengarah segala pengarah dalam 'syarikat alam kehidupan sdn bhd' ini.

Sesungguhnya tiada kerja yang maha suci dari berkerja dan terus berkerja untuk 'tuhan'.

Aku tak peduli jika orang kata bidang ataupun 'dunia' yang sedang aku teroka ini tidak menjanjikan kemewahan dan keuntungan. aku cuma mahu makan dan hidup saja. aku tak peduli jika orang bermegah dengan rumah banglo, kereta mewah, tanah berekar-ekar, duit berjuta-juta. kesenangan dan keselesaan hidup itu pada aku bukannya bergantung dari kemewahan, kereta mewah dan duit berjuta-juta yang kau ada. segala material-material songsang ini hanyalah bentuk picisan 'dunia'. bila kau mati bukannya kau boleh heret kemewahan kau ni masuk kubur dan bawa dia bersama kau dalam syurga. duit kau berjuta-juta tu tak mampu untuk kau merasuah malaikat supaya memberi pahala pada kau. ianya juga tidak mampu untuk menggelapkan mata tuhan.

p/s : untuk sang pengutuk-pengutuk, mamat cakap belakang, dan mereka yang memiliki nilai seksual yang tinggi terhadap kemewahan.

4 comments:

  1. Ibu & bapa bukanlah pengarah dalam kehidupan anak-anak.Namun, mereka telah diamanahkan oleh Yang Maha Esa utk bertanggungjawab kpd anak2.Kehidupan......ibarat roda,satu pusingan yang dilalui oleh manusia semuanya sama.

    ReplyDelete
  2. ha? sila faham line yang saya tulis "di mana 'tuhan' adalah pengarah segala pengarah dalam 'syarikat alam kehidupan sdn bhd' ini". saya bukan maksudkan ibu-bapa adalah pengarah kepada anak-anak. tuhan itu adalah pengarah. sila fahami sebelum mengomen.

    ReplyDelete
  3. you're still the best taf :)

    ReplyDelete