Saturday, July 31, 2010

15 Usul Untuk Pihak Berkuasa


15 usul untuk kita laung dan jeritkan kepada pihak berkuasa malaysia
  1. subsidi dikekalkan.
  2. membantah penjanaan tenaga nuklear.
  3. menentang penyalahgunaan kuasa polis.
  4. menentang pengimplimentasian cukai GST.
  5. hentikan penswastaan perkhidmatan awam.
  6. pilihanraya tempatan harus diimplementasikan semula.
  7. mansuhkan pusat tuisyen yang bermotifkan keuntungan.
  8. menuntut kerajaan mengimplimentasikan akta gaji minima.
  9. kerajaan harus sediakan pusat sukan komuniti di setiap taman perumahan.
  10. memberi pendidikan percuma untuk semua pelajar dari sekolah rendah hingga ke universiti.
  11. hapuskan semua akta-akta zalim.
  12. kerajaan harus menjadi pengganti "along" dalam memberi pinjaman yang murah dan mudah kepada kaum pekerja.
  13. menentang sebarang polisi imprelisme - tidak boleh menggunakan kuasa ke atas negara lain untuk agenda kapitalis.
  14. menyediakan satu sistem perumahan yang menyeluruh dan murah untuk rakyat.
  15. membenarkan bekas pejuang dari parti komunis malaya termasuk chin peng untuk masuk dan menetap di malaysia.

Post Review PLORE Skala 2 "Sebuah Pertunjukkan Bukan POP"

Klik Untuk Imej Lebih Besar

Hari sabtu? ada apa dengan hari ini? biasanya inilah hari untuk anak muda, mak bapak yang tak berapa muda, pasangan cinta monyet, laki laki normal, laki laki songsang, gadis gadis urban dan kaum-kaum sejenisnya yang lain untuk berhibur, bershopping sakan melengkapkan apa yang tidak lengkap dari segi material, mabuk mabuk di celah kedai yang dipenuhi lampu neon dan muzik ding-dang-ding-dang tanpa henti dan macam-macam lagi jenis escapism yang dilakukan oleh warga kota di hari sabtu.

Aku pula hari ini memilih untuk ke Central Market, tempat untuk orang-orang seni dan seniman kononnya. aku bukan ke sini untuk membeli lukisan ataupun membuat arca untuk dijual dan diborong oleh orang kaya tapi kerana untuk melihat satu rancangan pertunjukkan yang tidak POP iaitu PLORE Skala 2,yang di organizekan oleh Pakatan Paradoks. PLORE itu apekebende? aku pun tak tahu (sila tanya aloy), ia mungkin pecahan dari Predicting, Locating, Organizing, Remembering dan Evaluating, maka jadilah PLORE. entahlah, aku main sebat saja.

Apa yang ada di kejadah PLORE ni? ada orang jual-jual burger dan belon-belon macam jom heboh ke? maaf ianya tiada. Ada artis-artis produk kapitalis gergasi syarikat tv ke? maaf juga tiada. Ada rollercoaster dan kereta laga ke? maaf pun tiada. Ada produk-produk dari kesihatan dan pelansingan badan dari Dr Rozmey ke?. maaf langsung tiada. Ada jual-jual insurans ke? maaf sebarang urusan jual beli yang melibatkan kejadah insurans adalah tidak halal disini. Ada jual jersi bola? maaf jersi tidak dijual ianya mungkin untuk dipakai saja.

Jadi apa yang ada? apa yang ada hanyalah segerombolan anak-anak muda meluahkan perasaan,isi hati dan mungkin protes kepada kehidupan, politik mungkin, sistem, gaya hidup, masalah urbanisasi, globalisasi dan lain-lain lagi melalui bentuk puisi, bersajak, pertunjukkan seni, nyanyian dan bacaan-bacaan yang tidak rambu-ramba. Best ke? best tak best itu belakang cerita, apa yang penting inilah tempat untuk anak muda melepaskan dan menyebarkan lagi dakyah revolusi (pada fahaman aku la), dan ianya adalah penting untuk menyampaikan dakyah dakyah ini supaya satu social change yang radikal wujud dan tertanam dalam kepala dan jantung anak muda, dengan itu ianya akan mengubah persepsi pemikiran mereka, mentaliti mereka tentang apa saja itu ini dan begitu begini.

Sekian setakat ini sajalah review aku yang merepek dan tidak ada unsur mencarut dan mungkin tidak akan dibaca langsung oleh penggila-penggila akademi fantasia, one in a million, showdown, jangan lupa lirik dan mungkin juga penggila dato siti nurhagila dan mungkin juga penggila 3gp ariel peterporn.

Thursday, July 29, 2010

Kolektivisme Suara Kita


Kolektif ataupun kolektivisme ataupun collectivisme adalah satu perkara wajib yang perlu ada dalam diri anak punk. kita selalu memandang anak punk dari sudut negatif, tapi kita tidak pernah mengambil peduli sisi-sisi positif mereka. kenapa ianya terjadi? sudah semestinya kerana momokan media massa & elektronik kerajaan yang sering menyebarkan berita-berita ataupun info-info yang buruk semata-mata untuk mengaut untung.

Kolektif adalah satu organisasi kecil yang mana terdapat seramai 5-100 orang atau lebih. Namun pada kebiasaannya, sesebuah kolektif yang wujud dalam komuniti d.i.y punk di Malaysia ini hanya terdiri daripada 5-20 orang ahli sukarela dalam sebuah kolektif.

Kewujudan kolektif dalam komuniti d.i.y punk di Malaysia ini bermula pada sekitar tahun 1997. Coalition Of Relation Collective, K.O.O.F, Callus Collective, Food Not Bombs Kuala Lumpur, Network Of Solidarity Collective, Community Coalition Collective dan Co-Punx Collective merupakan antara pelopor kolektivisme d.i.y punk di Malaysia ini. Semua kolektif yang disebut di atas adalah kolektif yang wujud sebelum tahun 2000.

Kesedaran tentang kolektivisme dikalangan d.i.y punk di Malaysia ini mula terserlah pada tahun 2002 dan 2003 di mana lebih banyak kolektif mula diwujudkan. Sudah menjadi kebiasaan di mana pada setiap tahun pasti akan ada satu persidangan kolektif se-Malaysia yang dijayakan yang mana pada persidangan tersebut akan mengumpulkan wakil-wakil dari semua kolektif yang ada di Malaysia ini untuk berbincang dan bertukar-tukar maklumat dan informasi terkini tentang komuniti d.i.y punk di tempat masing-masing.

Kolektif merupakan satu organisasi yang bergerak tanpa hirarki. Biasanya ahli sukarelawan dalam setiap kolektif mempunyai minat, pandangan dan pendapat politik yang sama. Kebanyakan kolektif di Malaysia ini adalah bersifat 'lokaliti' yang mana mereka lebih menumpukan tentang isu-isu semasa komuniti tempatan sekeliling mereka. Namun, kolektif yang mengamalkan 'de-sentralisasi' kolektif juga wujud di Malaysia ini.

Antara aktiviti yang dilakukan secara kolektif adalah mengadakan bengkel, infoshop, membuat zine dan risalah, menganjurkan demonstrasi menentang pencabulan hak asasi, menjaring dan mewujudkan lebih banyak kolektif.

Konsensus dan Demokrasi Langsung (direct demokrasi) sangat dipraktikkan dalam mencapai sesuatu keputusan dalam kolektif. Kedua-dua kaedah ini digunakan dalam mencapai sesuatu keputusan agar tiada penafian idea/suara/pendapat berlaku. Dengan kata lainnya, melalui dua kaedah ini, semua pendapat yang disuarakan oleh ahli sukarela kolektif didengar dan dipertimbangkan oleh semua ahli kolektif sebelum sesuatu keputusan ditentukan oleh semua. Kerana itulah jumlah bilangan ahli sukarela yang fleksibel dalam sesebuah kolektif adalah diantara 5-15 orang sahaja.

Jadi oleh itu marilah kita semua berkolektif dan menolak segala bentuk unsur-unsur kapitalisme. kolektif adalah untuk semua, ayuh! mari berkolektif.



Tuesday, July 20, 2010

Punk & Hak Asasi Manusia

Kechik and Ebrahim are two seemingly ordinary urban youth in Malaysia. But their interest in punk music initiated them into a different perspective of life and society. This story reveals their journey of discovery of human rights that led to a lifelong commitment for the youths.




"aku rindu bau-bau cafe!!" -aliff fikri-

End Result

I am a product. I am a symbol of endless, hopeless, fruitless, aimless games.
I'm a glossy packages on the supermarket shelf.
My contents aren't fit for human consumption.
I could tragically injure your perfect health.
My ingredients will seize up your body function.
I'm the dirt that everyone walks on.
I am the orphan nobody wants.
I am the staircarpet everyone walks on.
I am the leper nobody wants to touch.......... much.

I am a sample. I am a scapegoat of useless, futureless, endless, mindless ideas.
I'm a number on the paper you file away.
I'm a portfolio you stick in the drawer.
I'm the fool you try to scare when you say
"We know all about you, of that you can be sure".
Well, I don't want your crazy system,
I don't want to be on your files.
Your temptations I try to resist them
Cos I know what hides beneath your smiles, it's.......... EST.

I am a topic. I am subject a for useless, futureless, endless, mindless debates.
You think up ways that you can hide
From the naieve eyes of your figurehead,
But don't you find that it ain't easy?
Wouldn't you love to see me dead?
Your answer is to give me treatment
For crying out when you give me pain,
Leave me with no possible remnant,
You poke your knives into my brain, you send me.......... insane.

I am an example. I'm no hero of the great, intelligent, magnificent human race.
I'm part of the race that kills for possesions
Part of the race that's wiping itself out.
I'm part of the race that's got crazy obsessions
Like locking people up, not letting them out.
I hate the living dead and their work in factories.
They go like sheep to their production lines.
They live on illusions, don't face the realities,
All they live for is that big blue sign, it says, it says..........

I'M BORED, BORED, BORED, BORED.

Monday, July 19, 2010

Lagu Negaraku Adalah Lagu Joget Orang Perancis

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa muzik lagu Negaraku bukan dicipta oleh rakyat negara ini. Muzik lagu Negaruku ini telah diambil (diciplak) dari sebuah lagu yang dikompos oleh seorang penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager. Muzik asal lagu Negaraku adalah berasal dari lagu karangan Pierre yang berjudul Memula Moon. Lagu karangan lelaki perancis ini dikatakan popular di negara-negara pulau termasuk Hawaii pada awal kurun ke 19.

Bagi sesiapa yang merasa sangsi akan maklumat ini, anda semua boleh meng'google atau berkunjung ke laman youtube bagi mendengar lagu Memula Moon karangan Pierre ini dan dengarkan sendiri muziknya yang amat mirip muzik lagu Negaraku, lagu kebangsaan negara yang korang cintai sangat ni (terutamanya golongan pro melayu). Arrangement muzik Memula Moon tidak banyak bezanya dengan lagu negaraku, cuma muzik Memula Moon kedengaran seakan muzik Aloha 'hawaiian'. Melodinya berbunyi 'kepulauan' dan mendayu-dayu.

Mungkin ada yang bertanya, apa logiknya muzik kegemaran negara kepulauan ini telah diciplak dan dijadikan lagu Kebangsaan negara kita memandangkan lagu kebangsaan/Negaraku ini telah dicipta sewaktu kebanyakan rakyat Malaya masih belum begitu terdedah dengan dunia luar (melalui media massa elektronik). Oleh itu, bagaimana lagu ini boleh didengari oleh rakyat Malaya sebelum merdeka?

Ok ini jawapannya. Anda semua masih ingat Sultan Perak bernama Raja Abdullah? Sultan yang menjemput Inggeris untuk campur tangan di Perak bagi membolehkannya menaiki takhta Perak pada lewat kurun ke 19 melalui Perjanjian
Pangkor 1874? masih Ingat?

Akibat dari perjanjian ini, Inggeris telah mempunyai peluang untuk campur tangan di Perak melalui seorang Residen yang dilantik oleh mereka. Siapa lagi kalau bukan si bedebah J.W.W Birch. Akibat dari campur tangannya di dalam hal adat istiadat orang Melayu, dan juga perangai buruknya yang angkuh dan bongkak, Birch akhirnya telah dibunuh oleh Si Putum iaitu orang kuat Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor dengan restu Baginda Sultan Perak iaitu Raja Abdullah.

Inggeris kemudiannya bertindak balas dan telah menangkap kesemua konspirator yang merancang pembunuhan Birch. Akhirnya, dato Maharaja Lela dan Dato Sagor telah dihukum bunuh manakala Raja Abdullah yang juga bertanggung jawab di dalam konspirasi pembunuhan tersebut telah di buang negeri ke Kepulauan Seychelles.

Sewaktu baginda di buang negeri ke kepulauan Seychelles inilah baginda telah mendengar sebuah lagu 'pop' yang amat disukai ramai di pulau tersebut iaitu tak lain tak bukan Memula Moon. Baginda Raja Abdullah dikatakan amat meminati lagu ini sehingga rakyat Perak telah mengambil muzik lagu ini dan dijadikan sebagai lagu negeri Perak sebagai tanda penghormatan rakyat kepada lagu yang amat diminati oleh Sultan mereka. Ada juga yang mengatakan lagu Memula Moon ini dipilih untuk dijadikan lagu Negeri Perak kerana mereka menyangkakan lagu ini adalah lagu gubahan Raja Abdullah sendiri.

Bagaimanapun, kemahsyuran lagu Memula Moon ciptaan Pierre Jean Berager ini tidak terhad di Malaya sahaja, di Indonesia kita boleh dengar versi lain lagu Memula Moon yang diberi nama Terang Bulan. Sebelum ini, ramai yang beranggapan bahawa lagu Negaraku adalah lagu ciplakan atau saduran dari lagu Terang Bulan ini. Kerana itu, sewaktu di era konfrontasi Malaysia-Indonesia, Presiden Soekarno telah menganjing-anjingkan lagu Kebangsaan rakyat Malaysia dengan memutarkan lagu Terang Bulan untuk merendah-rendahkan maruah negara Malaysia yang dianggapnya sebagai negara pro kolonial yang tiada jati diri bangsa ( memandangkan lagu kebangsaan pun perlu diciplak).

Isu lagu Negaraku ini bukanlah satu isu yang baru. Tetapi aku percaya ramai yang tidak tahu akan fakta yang terselindung di sebalik lagu ini. Sekarang, kita sudah sedar bahawa lagu ini adalah lagu asing yang digubah dan dijadikan lagu Kebangsaan kita. Apa yang perlu kita lakukan sekarang?

Cadangan aku adalah kita perlu ubah susunan muzik lagu Negaraku. Aku fikir tidak sukar untuk kita mengubahnya dan mengembalikan maruah bangsa kita yang tercalar akibat isu ketidak aslian lagu tersebut.

Isu Lagu Kebangsaan ini bukanlah satu perkara remeh atau boleh dipandang ringan. Ianya melibatkan identiti sesebuah bangsa. Ia merupakan sesuatu yang simbolik bagi sebuah negara bangsa.

Tapi selagi lagu kebangsaan ini tidak di ubah tidak ada gunanya kita berdiri tegak sambil bersungguh-sungguh menyanyikan lagu ini lagi. Marilah kita semua berjoget apabila lagu negaraku ini diputarkan ataupun di perdengarkan kerana ianya sebenarnya adalah lagu joget aloha orang perancis. Tidak ada rasionalnya lagi berdiri tegak kawan, ayuh kita berjoget!!

Saturday, July 17, 2010

Romantic Internal Security Act

The award winning documentary on Malaysia's repressive law, the internal security act or more popularly known as the I.S.A. it the document the untold stories i.s.a detainees. the 43 minute documentary won the profesional category in freedom film fest 2005

PART 1
PART 2

"A Clockwork Orange" Sebuah Retrospeksi Gila

Klik Untuk Imej Lebih Besar


A Clockwork Orange (1971) karya Stanley Kubrick adalah filem favourite aku, semenjak pertama kali menontonnya pada tahun 2006 semasa sedang belajar di universiti ini tolong menolong (UiTM), inilah filem yang inspired hidup aku. inilah filem yang aku akan tonton di saat aku tak tahu nak buat apa dan aku tak pernah bosan untuk menontonnya walaupun dah beribu kali menontonnya.


So apa lagi aku haruskan katakan tentang filem ini? a clockwork orange adalah sebuah filem gila, filem sakit, filem absurd, filem yang membuatkan aku tersenyum kecut melihat kegilaan watak utamanya, Alex DeLarge (Malcolm McDowell). dan filem ini sudah menjadi filem cult classic. ianya terpilih dalam 10 filem sci-fi terbaik versi AFI. filem ini memang layak memegang gelaran itu, filem ini juga telah mempengaruhi budaya modern. contohnya dalam The Dark Knight, arwah Health Ledger telah mengambil contoh dua tokoh anti-sosial paling ikonik iaitu Alex DeLarge & Sid Vicious (sex pistols) sebagai inspirasinya untuk menghidupkan watak heart-throbber, joker.

filem ini telah di cap sebagai filem terkutuk oleh puak kristian vatican kerana kekerasan dan seks yang boleh menyerang moral masyarakat. ya, filem ini memang penuh dengan dosa, apa yang aku ketahui ketika awal tayangannya di panggung-panggung seluruh united kingdom filem ini di kecam oleh ramai pihak, ianya membuatkan kubrick putus asa dan ingin menarik filem mahakarya ini dari di tonton umum di united kingdom. a clockwork orange memang penuh kesat, tidak lazim dan sangat ofensif. aku banyak menonton filem-filem sakit, tapi a clockwork orange adalah filem sakit yang paling menggangu hidup aku. inilah sebuah "real horror show" yang aku mahukan.

sama seperti karya fenomena kubrick sebelum a clockwork orange iaitu 2001 : A Space Odyssey yang di ambil dari novel karya Arthur C Clarke. a clockwork orange pula di ambil dari novel karya Anthony Burgess (kepada yang buta sejarah, anthony burgess pernah mengajar di malay college kuala kangsar 1954-1955 dan malay teachers training college di kota bharu 1955-1958 semasa era penjajahan british). ketika pertama kali kubrick membaca novel karya burgess, kubrick hanya menjawab "saya tidak faham novel anda!". kubrick lantas menulis sendiri naskah a clockwork orange berdasarkan interpretasinya, dimana ianya telah membuatkan satu perbezaan kontras antara novel dan filem a clockwork orange. kubrick seolah-olah melukis sebuah puisi abstrak di layar skrinnya. sememangnya filem ini mempunyai plot yang amat jelas, tetapi bagaimana korang boleh memahami makna filem ini? itu kena korang interpretasikan sendiri!!

mungkin perlu berkali-kali korang menonton filem ini barulah rasanya akan melekat. agak sukar masyarakat kita untuk menerima filem ini. masyarakat umum jika melihat filem ini pastinya akan mengatakan "ini filem apa ni?", "arghh mengarut la filem ini", "salah di sisi agama ni!". inilah kelompok marhein yang berfikiran singkat dan tipikal tanpa menyelidik dan hanya menonton filem hanya untuk hiburan semata-mata. pada aku ini adalah satu karya yang maha genius. tajuknya a clockwork orange bukan bermakna jam oren tetapi orange itu bermaksud manusia.jadi apa yang hendak di utarakan oleh kubrick adalah manusia yang bekerja seperti jam.

cerita ini berpusat pada seorang pemuda yang bernama alex delarge. alex digambarkan sebagai seorang anti-sosial yang sangat ekstrem, dimana minatnya adalah kepada kekerasan, merogol dan beethoven. alex digambarkan sebagai anak kesayangan maknya tetapi kurang bergaul dan hanya bertemankan dengan 3 orang rakan anti-sosial sepertinya. kerja seharian mereka hanyalah meminum susu. dimana kita dapat lihat disini satu twist kepada karya-karya gangster,mob dan species-speciesnya, biasanya seorang penganas ataupun penjenayah akan meminum arak tapi kubrick memilih susu untuk alex dan rakannya mendapat semangat kekerasan ultra. kubrick pada aku cuba untuk mengutuk filem-filem bercorak gangsterism yang terlalu mengikut logik.

30 minit pertama hanya menceritakan bagaimana perilaku alex terhadap dunia.kekejamnya, memukul orang tua, merogol, seks threesome dan pergaduhan. ianya membuatkan aku memandang alex sebagai seorang yang hebat, kerana dia tersangatlah karismatik. tetapi kesudahannya pemuda bernama alex ini di penjara kemudian ditempatkan di pusat pemulihan yang akan mengubah keperibadiannya secara total. di sini kubrick berjaya membuatkan aku simpati kepada penjahat. gila!!

menarik sekali mengenai karekter alex ini ianya diperan oleh kubrick secara dingin, penuh dengan ultra violence, kadangkala mengerikan (pada akulah,kalau orang-orang "biasa" tengok confirm tak ngeri), sadis dan keanak-anakan. penampilan malcolm sebagai alex adalah penampilan terbaiknya (walaupun hanya dinominasi dalam oscar dan golden globe). ekspresi, olah vokal dan lain-lain semuanya seperti seorang anak setan. gila!!.

kubrick juga menggunakan alex sebagai narrator dengan gaya orang ketiga. kita tahu apa yang alex fikirkan saat itu, kita melihat alex di layar, dan alex memandang dunia menerusi matanya. bahkan kubrick juga memvisualisasikan apa yang alex fikirkan. kubrick berjaya bermain dengan sudut kamera dan mencipta sudut pandang yang unik.

kubrick sengaja menulis kata-kata slang dalam dialognya. tapi jangan khuatir, kubrick akan menjelaskannya melalui visual. contohnya di saat alex menyebut perkataan "droogs" di awal filem, kamera lantas semakin menjauh dan perlahan-lahan frame menangkap gambar teman-teman alex dengan ekspresi yang tidak wajar di sebuah bar susu. tentang sinematografinya pula, settingnya tidak terlalu futuristik malah ada sedikit post apocalypse. dimana kita dapat melihat banyak gambar-gambar penis, zakar, pintu rosak, design rumah yang terlalu rapi yang dipenuhi dengan biasan-biasan warna retro. dari segi kostum,ianya putih (pada aku ini sekali lagi cubaan kubrick mengutuk logik gansterisme filem). jelas disini kubrick berjaya memperindahkan visualnya dengan objek-objek, warna-warna yang tidak sepatutnya wujud dan bertentangan dari genre yang cuba dibuatnya. kubrick telah berjaya membuat filem ini menjadi sebuah filem artistik yang jahat. kubrick juga menyerang politik tapi bukan dengan cara komedi tetapi cara sarkasme.

tapi pada aku satu unsur yang tersangat lekat adalah muzik. kubrick kembali menggunakan muzik-muzik instrument klasik seperti di dalam karya 2001 : a space odyssey. dimana alex digambarkan sebagai pecinta Ludwig Van Beethoven, terutamanya simfoni no 9. theme song filem ini gubahan walter carlos juga sangat menghantui aku. dan lagu singin in the rain yang dinyanyikan oleh alex (disertai dengan meniru gerakan gene kelly dalam filem itu) sambil memukul orang tua, ini adalah satu adegan yang paling memorable dalam filem ini.

filem ini jelas sekali bukan untuk semua orang. aku tak yakin masyarakat "biasa" yang menonton filem ini akan terus menyukainya kerana filem ini memerlukan tontonan dari orang yang sangat berfikiran terbuka dan perlu di tonton berkali-kali barulah kita akan dapat merasai nikmat ultra violence dan barulah korang akan sedar kenapa filem ini disebut cult, klasik dan sebuah mahakarya sinema.




Tuesday, July 13, 2010

"Persepolis" Di Saat Tuhan & Karl Marx Masih Berkawan Baik

Klik Untuk Imej Lebih Besar


Persepolis merupakan sebuah filem animasi arahan bersama Marjane Satrapi dan Vincent Paronnaud yang telah memenangi Jury Prize Award di Cannes Film Festival 2007, Best Foreign Language Film di Academy Award dan di tayangkan di New York Film Festival. filem ini merupakan filem animasi kedua yang berjaya memenangi anugerah di Cannes Film Festival selepas filem The Fantastic Planet arahan Rene Laloux pada tahun 1973.

Filem ini menceritakan tentang seorang gadis kecil yang tinggal di dalam keluarga moden dan berfikiran sangat terbuka. gadis kecil yang bernama marjane ini telah terbiasa berfikiran kritis berkat ajaran dari orang tuanya dan neneknya yang celik politik dan berhaluan sosialis. mereka hidup dalam suasana yang cukup harmoni sehingga pada suatu masa keharmonian keluarga ini tergoncang oleh kekuatan yang tak terduga dari luar rumah mereka tinggal : Revolusi Islam!!.
revolusi ini telah berjaya menukar Iran dari sistem pemerintahan monarki kepada sistem republik. di mana iran bertumbuh ke arah sistem yang lebih baik. ianya sekaligus mempengaruhi pertumbuhan seorang gadis yang bernama marjane ini.

Marjane mempunyai 2 orang teman rapat iaitu tuhan & karl marx. Kedua-dua teman rapat marjane ini akan muncul bila-bila masa saja apabila marjane sedang berkhayal dan mengelamun. dimana tuhan & karl marx ini di gambarkan sebagai kawan rapat dan saling menyokong di antara satu sama lain. marjane sering bertanya kepada tuhan apakah tuhan benar-benar inginkan revolusi islam? dan apakah karl marx mendefiniskan revolusi islam ini sama seperti ideologinya?. karl marx dengan ringkasnya menyatakan "keep up the fight!" dan tuhan menyokongnya dengan mengatakan "yes! keep up the fight!".

Meskipun filem ini seolah-olah sangat serius dan berlatarbelakang revolusi yang keras, persepolis jauh dari kesan filem yang berat. kita akan tertawa apabila melihat gelagat kenaifan marjane. filem ini pada aku jelas telah memisahkan satu garis tebal nuansa politik & filem. filem ini sebenarnya adalah based kepada kisah hidup pengarahnya Marjane Satrapi sendiri, dimana beliau secara tidak sengaja telah menjadi saksi di dalam peristiwa sejarah terbesar di dunia selepas peristiwa revolusi perancis dan bolshevik.

Pada aku persepolis adalah sebuah filem yang perlu, wajib dan mesti di tonton oleh generasi muda yang tumbuh dan hidup di dalam era globalisasi yang penuh dengan korupsi dan diktatoris halus kerajaan yang semakin lama semakin membengkak ini. kerana di dalam filem ini bukan sahaja memperjuangkan agenda revolusi tapi ianya sarat dengan mesej-mesej universal seperti kita perlu saling menghargai tidak kira lah di mana kita berada, apa agama kita, bagaimana situasi dan keadaan kita. mempercayai hidup kita dan menjadi diri sendiri.

Monday, July 12, 2010

"Kantata Takwa" Sebuah Penentangan Represif Orde Baru

klik untuk imej lebih besar

Sebuah filem berbentuk puisi kesaksian dari kelompok seniman "left wing" indonesia. ia menceritakan tentang masa represif rejim orde baru Soeharto yang di penuhi dengan korupsi, nepotisme, penculikan, pembunuhan aktivis yang tidak memiliki ideologi yang sama dengan kerajaan pemerintah indonesia pada masa itu. antara orang yang pernah di tangkap dan sering keluar masuk penjara ialah W.S Rendra, beliau ditangkap kerana karya-karyanya yang di katakan menyindir dan mengkritik pemerintah. filem ini di buat berdasarkan konsert muzik di stadium utama gelora bung karno yang telah di jayakan oleh W.S Rendra, Iwan Fals, Setiawan Djodi dan lain-lain. konsert ini di ibaratkan sebagai simbol penentangan terhadap pemerintah indonesia pada masa itu. belenggu masalah politik di indonesia di era soeharto menyebabkan filem tidak dapat di tayangkan untuk tontonan umum dan roll filemnya terpaksa di simpan selama 18 tahun. selepas kejatuhan rejim orde baru soeharto dan bangkitnya era reform ataupun reformasi di indonesia barulah filem ini dapat keluar dari "penjara" represif kerajaan. filem ini mendapat sambutan positif dari kalangan masyarakat indonesia kerana ianya menunjukkan keadaan sebenar kerajaan mereka di zaman soeharto yang bertopengkan kemakmuran kapitalis semata-mata. filem ini di produksi pada tahun 1990 tetapi baru saja di siarkan secara perdana pada april 2008.

Filem ini juga telah memperoleh beberapa kejayaan antaranya adalah Best Film 2008 di Jogja NETPAC Asian Film Festival, dicalonkan di dalam kategori filem dokumentari terbaik Asia Pacific Screen Awards 2008, dicalonkan dalam Hawaiian International Film Festival 2008, juga di calonkan di dalam New Delhi Osian Cine Fan 2008.


"The Round-Up" Filem Yang Melengkapi Puitika Revolusi

Klik Untuk Imej Lebih Besar

The Round-Up (1965) ataupun dalam bahasa hungarynya "Szegenylegenyek" yang di garap oleh Miklos Jancso adalah merupakan salah satu dari 100 film masterpiece dunia sepanjang zaman.

Dimana filem ini adalah berkisar tentang Hungary dibawah pendudukan Austria di abad ke-19. dimana gabenor yang baru di lantik iaitu merupakan orang austria telah melakukan pembersihan terhadap pemberontakan dan mereka-mereka yang mencurigakan telah ditangkap dan dikumpul di dalam satu benteng militer. mereka telah di soal siasat dengan menggila (macam I.S.A) dan di interogasi untuk mencari pemimpin pemberontak, sandor rozsa. namun para pejuang hungary ini tetap teguh dengan pendirian mereka dan langsung tidak memberitahu di manakah sandor rozsa berada. tapi akhirnya salah seorang dari mereka telah membuka mulut. keseluruhan filem berkisar mengenai proses pengumpulan para pejuang hungary dan interogasi mereka oleh tentera austria.

Miklos Jancso benar-benar bercerita tentang proses round-up dengan memaparkan cerita dari tengah-tengah. dimana ia tidak memberi latar belakang peristiwa dan mengajak penonton langsung melihat pada tahanan yang sedang dihumban masuk umpama binatang ke dalam sebuah benteng. ketegangan terbangun dengan baik kerana jancso mengeksplorasi rasa saling curiga dan kebencian yang menghubungkan antara pejuang. dengan setting lokasi berupa dinding benteng tebal yang tidak berjendela di tengah padang rumput hungary yang luas menyebabkan aku dapat merasai kekerasan politik bernama penjajahan.

Sekian. terima kasih.

Friday, July 9, 2010

Dirundung Melancholy

"nothing that i can do will change structure of the universe. but maybe, by raising my voice i can help the greatest of all causes - goodwill among men and peace on earth."

Thursday, July 8, 2010

Aku Dah Bosan Jadi Warga Kelas Ketiga.

Ini yang aku dapat melalui kajian secara "unformal" tentang bangsa melayu di malaysia & singapura. kalau kita lihat di dalam akhbar2 kerajaan kita selalu mengutuk, mencaci bangsa melayu kita di singapura yang kononnya itu ini begitu & begini. dimana segala kutukan ini di buat tanpa melakukan kajian & semberono saja (hemtam).

Aku tak tahu la kalau korang semua setuju atau tidak (aku tak peduli pun korang setuju ke tidak) kalau aku kata bangsa melayu singapura adalah warga melayu kelas pertama dan melayu malaysia adalah warga kelas ketiga. apa buktinya? apa yang aku tulis adalah berasaskan ini : -

a - tiada melayu di singapura yang daif dan meminta sedekah sedangkan di malaysia masih ramai.

b - tahap pendidikan melayu di singapura jauh lebih maju dan dijadikan model pembelajaran di luar negara, malah antara sistem pendidikan terbaik dunia. kesemua melayu singapura juga fasih berbahasa inggeris (fasih bahasa global itu penting) sedangkan di malaysia bertambah ramai melayu yang mampu berbahasa indonesia dengan baik (akibat dari momokan media-media yang terlampau mendewakan hiburan dari indonesia)

c - tidak ada mat rempit, tidak ada mat hidu gam, tidak ada penagih dadah melayu, tidak ada GRO melayu, kalau ada pun jumlahnya teramatlah kecil dan amat-amat jarang sekali di dengar. tapi kalau di malaysia benda-benda ni dah menjadi perkara biasa dan hari-hari boleh dengar.

d - kes sumbang mahram, dera, rogol, bunuh, dera, culik dan lain-lain jarang di sabitkan dengan orang melayu sedangkan di malaysia orang melayu lah juara kategori-kategori ini.

e - pertumbuhan ekonomi? ini memang jauh sangatlah bezanya. orang melayu singapura sentiasa berusaha meningkatkan taraf ekonomi keluarga sedang orang melayu malaysia mudah puas hati. (biasalah ketuanan melayu)

f- so secara kesimpulannya melayu malaysia ketinggalan 20 tahun dari melayu singapura.

jadi sampai bila aku nak jadi warga kelas ketiga di malaya ni? aku dah bosan dah mengadap benda sama hari-hari. mengadap kitaran sistem yang entah bila nak berubah, mengadap politik korup, mengadap kerenah birokrasi yang sememangnya antara terburuk di dunia, mengadap polisi-polisi yang menguntungkan orang atasan. aduhhhh. aku dah muakkkkk.

Wednesday, July 7, 2010

Sistem Pendidikan Global Singapura

klik untuk image yang lebih besar

Sistem pendidikan Singapura didasarkan pada pemikiran bahawa setiap siswa memiliki bakat dan minat yang unik. Singapura memakai pendekatan yang fleksibel untuk membantu perkembangan potensi para siswa.


kerajaan malaysia sepatutnya mencontohi apa yang telah singapura lakukan di dalam sistem pendidikan mereka, dimana para pelajar tidak di nilai semata-mata dari segi intekletual dan kepandaian akademik semata-mata. malah mereka menilai dari segala aspek seperti kemahiran, sukan, bakat, kreativiti. secara tidak langsung pendekatan meritokrasi yang mereka lakukan ini telah berjaya mengurangkan permasalahan sosial pelajar & anak-anak muda. so aku berharap government kita akan mengubal balik undang-undang yang berkaitan dengan sistem pendidikan. kerana ianya bukannya kerja yang ber'dosa' untuk mengubal balik sistem. kalau kita lihat dari sudut pandangan kasar, sistem yang di amalkan oleh malaysia telah memberikan tekanan kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan ataupun kurang cerdik dalam bidang akademik. sekaligus menyebabkan mereka terjebak dalam gejala-gejala negatif seperti dot,dot,dot & dot. so aku harap meritokrasi akan di amalkan oleh malaysia.


Tuesday, July 6, 2010

What Makes You Asian?

1. Hot spicy food!

2. The understanding that all human were born equal...diplomacy is always an option!

3. The ability to speak in more than one dialect or language.

4. Love and pride for your culture and history

5. Mad driving skill!!! haha.

Saturday, July 3, 2010

Oh Football, You Are My Darling.

Liga bola sepak moden yang kita semua saksikan sekarang ni bermula di England ketika Revolusi Industri sedang berlangsung di sana. zaman revolusi industri ini ialah satu zaman dimana kaum kapitalis sedang rakus menindas kaum buruh untuk memaksimumkan keuntungan yang mereka perolehi. keadaan ini sama seperti apa yang sedang berlaku di negara law of the jungle iaitu malaysia. kehidupan kaum buruh ketika itu amat buruk sekali. jadi bola sepak telah di jadikan sebagai ganja atau todi, escapism untuk para pekerja melepaskan rasa tertekan yang di hadapi mereka,

Kemudian setelah masyarakat semakin maju dan wujudnya undang-undang buruh yang membela hak pekerja serta kesatuan sekerja yang semakin kuat dan teguh, penindasan kaum kapitalis tidak berlaku lagi. bola sepak bukan lagi sumber escapism, bola sepak telah bertukar menjadi sumber hiburan. perkembangan pesat dunia hiburan yang lain telah menyebabkan minat orang ramai terhadap bola sepak pada masa itu mula menurun, ini kerana pengguna ada bermacam-macam pilihan hiburan selain bola sepak. sebab itulah pada tahun 80-an stadium bola sepak agak sepi sedikit di england & eropah.

Tapi dengan sokongan kaum kapitalis pemilik media, bola sepak kembali bernyawa. dengan adanya EPL yang di promosikan secara menggila oleh kapitalis pemilik media, bola sepak telah berjaya membuat orang yang minat bola sepak merasa glamour. dan kejayaan manchester united football club (MUFC) sebagai kelab bola sepak yang pertama di dunia yang berjaya mengkormersialkan bola sepak hingga david beckham seorang pemain berkemahiran sederhana begitu di gilai di seluruh dunia dan ianya sekaligus menjadi ikutan kelab-kelab lain untuk memasarkan bola sepak. disini kita dapat lihat bola sepak telah menjadi satu alat perniagaan dan tempat untuk menggali harta.

Sekarang ini bola sepak bukan lagi semata-mata sukan, sekarang ni bola sepak ialah duit. contoh yang dapat kita lihat sekarang world cup di afrika selatan yang di katakan bernilai lebih dari US$ 1 billion. bola sepak adalah sejenis candu baru untuk kita. hingga kita lupa pada kekejaman yang sedang berlaku di palestin. baru-baru ni sebelum world cup, ramai juga kawan-kawan aku di facebook update status mengutuk kekejaman israel di palestin, tapi sekarang ni rata-ratanya tentang bola saja. hahaha.

Thursday, July 1, 2010

What Your Teacher Didn't Tell You.

Ketika berjalan-jalan di sekitar kawasan yang kononnya menempatkan sebuah patung besar yang diberi nama Tugu Negara aku dapat melihat ramai pakcik2, makcik2, ane2, apek2, macha2 yang datang ke sini bersama anak- anak mereka. kiranya mereka-mereka ini nak menunjukkan dekat anak-anak mereka inilah tugu yang melambangkan perjuangan, kepahlawanan orang-orang dulu untuk menegakkan kemerdekaan negara. sambil menghisap rokok kretek aku tergelak-gelak dalam hati aku. hahahahaha. pak cik2, makcik2, ane2, apek2, macha2, ustaz2, haji2 dan anak2 semua anda semua telah kena tipu!!!! sebab apa aku cakap mereka semua kena tipu? sebabnya mereka semua adalah orang yang mempunyai akal tetapi tidak menyelidik secara terperinci apakah betul sejarah yang ditulis dalam buku teks. ketika bersekolah aku amat meminati subjek sejarah & aku dikatakan orang yang pelik sebab budak-budak kelas aku dulu semuanya tak minat dengan sejarah. bukan budak kelas aku saja malah 85 peratus dalam sekolah aku ni tak minat dengan sejarah, mereka lebih obses dengan teknologi, harta benda, kekayaan, pangkat dan darjat daripada sejarah, padahal daripada sejarah ni yang melahirkan teknologi dan apa yang wujud pada masa kini. tetapi setelah beratusan kali membaca teks dari buku teks ini perasaan musykil mula timbul, aku merasakan semacam ada sesuatu yang disembunyikan di dalam sejarah kita. dan setelah membuat pelbagai research tentang segala aspek sejarah malaya aku telah menemui perkara yang sebenarnya dan terbukti buku teks sekolah, muzium negara dan segala risalah-risalah sejarah sekarang telah di selewengkan oleh kerajaan pemerintah yang di sanjung terutamanya oleh golongan melayu yang buta dan gila wang ringgit. berbalik kepada buku teks sejarah tadi, sebenarnya apa yang kita pernah pelajari dalam buku teks sejarah sekolah dulu dan sekarang ni telah di pesongkan oleh satu golongan diktator kapitalis yang bernama United Malays National Organisation ataupun nama pendeknya UMNO untuk menunjukkan kepada new generation bahawa merekalah orang yang bertanggungjawab di dalam pembebasan Malaya, mereka telah memutar belitkan cerita dengan memberitahu orang ramai bahawa Parti Komunis Malaya itu jahat,zalim,pengkhianat, padahal melalui research yang aku perolehi mereka sebenarnya adalah pengkhianat negara yang sebenar kerana mereka bertuankan british, bertuankan penjajah, Pro-British. ok, tentera jepun dulu telah menyerah kalah pada 12 september 1945, selepas itu tidak ada teks langsung yang menyatakan apa yang telah berlaku pada tahun 1946 dan 1947. jadi aku pelik, takkan tak berlaku apa-apa pun padahal masa zaman perit negara. tapi aku tak mahu menceritakan apa yang berlaku di sini(lain kali aku akan menaip tentang itu,kerana ianya terlalu panjang). sekarang aku nak cakap pasal sejarah sebenar tugu negara yang tidak ada dalam buku teks sekolah, akhbar2 harian, buku-buku DBP, tidak ada di ketahui oleh cikgu2 sejarah yang kononnya hebat sejarah dan senang cerita sejarah sebenar ini telah disembunyikan dan telah dihapuskan oleh United Malays National Organisation. tugu negara pada mulanya telah di bina semasa zaman pemerintahan penjajah iaitu penjajah inggeris. mulanya hanya sebuah tiang konkrit setinggi 10 meter yang terletak di jalan tugu. ia di bina oleh penjajah untuk memperingati tentera-tentera inggeris yang mati di bunuh. hanya manusia yang mempunyai akal akan bertanya, mengapa 5 dari 7 patung tersebut di ukir dengan wajah-wajah inggeris? dan 2 patung yang dipijak oleh 5 wajah inggeris merupakan patung Tentera Rakyat dari Parti Komunis Malaya (PKM). mengapa kita tidak sanjungi Tentera Rakyat yang berjuang di dalam hutan untuk membebaskan & mengusir inggeris dari bumi Malaya dengan darah.

Patung-patung inggeris ini berdiri megah memegang bendera Malaysia kelihatan seperti inggeris lah tuan negara ini dan merekalah yang memerdekan negara ini. daripada siapa mereka bebaskan Malaya ini? bukankah mereka yang datang menjajah kita, mengaut kekayaan hasil bumi kita, memeras penduduk Malaya, merompak harta rakyat & bermacam-macam lagi kekejaman fizikal & mental yang telah di lakukan. tetapi rakyat Malaya ketika itu yang pro-umno, buta kerana di sumbat mulut mereka dengan Pound Sterling, dasar gila duit! kapitalis!. inggeris telah menghapuskan rakyat yang melawan penindasan yang mereka lakukan. pejuang-pejuang tanah air telah di tangkap dan di bunuh secara kejam. pemimpin Revolusioner seperti Dr Burhanuddian Al-Helmy telah dipenjarakan dan menderita sakit. pemimpin dari bangsa Cina seperti La Raifel mati digantung inggeris dan pemimpin dari golongan buruh India seperti Ganapathy telah di buang ke India. mengapa persoalan ini semua kita semua biarkan berlalu & kita masih memuja tugu berlambangkan penjajah ini. dimana wajah-wajah pejuang dari kalangan rakyat malaya? apabila kita masih mengagungkan tugu ini, bermakna kita telah mengkhianati perjuangan nenek moyang kita.

Nama-nama yang tertulis di tugu peringatan ini kesemuanya nama-nama tentera inggeris dan tentera dari negara Komanwel. tidak ada satu pun nama melayu, cina dan india di tulis. kalau kita lihat, setiap tahun kita mengadakan perbarisan mengenang pejuang-pejuang di tugu ini, ini bermakna kita menyembah penjajah. ternyata jelas, Tunku Abdul Rahman yang di sanjung-sanjung itu pemimpin penjajah yang berwajah melayu tetapi berhati penjajah. dasar-dasar yang dikeluarkannya semuanya berkiblatkan penjajah belaka. dialah yang menjayakan pembinaan tugu ini untuk mengambil hati sir inggerisnya.

setiap tahun pada 31 julai, yang dipertuan agong, perdana menteri, para pemimpin tentera dan polis memberikan penghormatan di tugu ini. mereka secara langsung memberi penghormatan kepada bangsa yang menjajah mereka. bukankah ini satu perbuatan yang gila? ataupun mereka semua ini buta hati. Robohkan saja tugu gila ini!




nama-nama yang tertulis di tugu peringatan. apekejadahnya semuanya nama inggeris.

Your Name.

I wrote your name in the sky,
but the wind blew it away.
I wrote your name in the sand,
but the waves washed it away.
I wrote your name in my heart,
and forever it will stay.

PUDU JAIL 1895 - 2010




"demolishing pudu jail erasing our history" -Badan Warisan Malaysia-

"are we teaching the youngster to forget heritage history? -Zahari Sulaiman (retired major)-

"heritage is part of history" -Hishamuddin Rais-

"history turns to rubble" -Sunny Lim (citizen journalist)-

"why the government had allowed Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to demolish the 100-year-old wall" -Fong Kui Lun (DAP Bukit Bintang)-

"the Pudu Prison should be preserved for tourism purposes like the Alcatraz prison in California, United States" -Farancisco B. Lopez (tourist from the philippines)-

"it was always a dilemma when it came to tearing down a century-old structure like the Pudu Prison" - Alexander Wong (tourist from singapore)-

"Idiotic, silly, crazy... I am running out of words. Till when we will see heritage been 'raped' for development" -Dr Edlic-

"tindakan ini sekali gus menyebabkan satu bangunan khazanah warisan negara telah hilang begitu sahaja. Memang dari segi hartanah ia mempunyai nilai yang tinggi tetapi dalam aspek warisan, ia harganya tidak ternilai" -Datuk Dr Adi Taha (Bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia)-

"terus-terang saya memang sedih dengan keputusan tersebut. Situasi itu menunjukkan seolah-olah rakyat Malaysia kini sanggup mengorbankan sejarah demi mengejar pembangunan" -Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (tokoh sejarawan negara)-