Hari sabtu? ada apa dengan hari ini? biasanya inilah hari untuk anak muda, mak bapak yang tak berapa muda, pasangan cinta monyet, laki laki normal, laki laki songsang, gadis gadis urban dan kaum-kaum sejenisnya yang lain untuk berhibur, bershopping sakan melengkapkan apa yang tidak lengkap dari segi material, mabuk mabuk di celah kedai yang dipenuhi lampu neon dan muzik ding-dang-ding-dang tanpa henti dan macam-macam lagi jenis escapism yang dilakukan oleh warga kota di hari sabtu.
Aku pula hari ini memilih untuk ke Central Market, tempat untuk orang-orang seni dan seniman kononnya. aku bukan ke sini untuk membeli lukisan ataupun membuat arca untuk dijual dan diborong oleh orang kaya tapi kerana untuk melihat satu rancangan pertunjukkan yang tidak POP iaitu PLORE Skala 2,yang di organizekan oleh Pakatan Paradoks. PLORE itu apekebende? aku pun tak tahu (sila tanya aloy), ia mungkin pecahan dari Predicting, Locating, Organizing, Remembering dan Evaluating, maka jadilah PLORE. entahlah, aku main sebat saja.
Apa yang ada di kejadah PLORE ni? ada orang jual-jual burger dan belon-belon macam jom heboh ke? maaf ianya tiada. Ada artis-artis produk kapitalis gergasi syarikat tv ke? maaf juga tiada. Ada rollercoaster dan kereta laga ke? maaf pun tiada. Ada produk-produk dari kesihatan dan pelansingan badan dari Dr Rozmey ke?. maaf langsung tiada. Ada jual-jual insurans ke? maaf sebarang urusan jual beli yang melibatkan kejadah insurans adalah tidak halal disini. Ada jual jersi bola? maaf jersi tidak dijual ianya mungkin untuk dipakai saja.
Jadi apa yang ada? apa yang ada hanyalah segerombolan anak-anak muda meluahkan perasaan,isi hati dan mungkin protes kepada kehidupan, politik mungkin, sistem, gaya hidup, masalah urbanisasi, globalisasi dan lain-lain lagi melalui bentuk puisi, bersajak, pertunjukkan seni, nyanyian dan bacaan-bacaan yang tidak rambu-ramba. Best ke? best tak best itu belakang cerita, apa yang penting inilah tempat untuk anak muda melepaskan dan menyebarkan lagi dakyah revolusi (pada fahaman aku la), dan ianya adalah penting untuk menyampaikan dakyah dakyah ini supaya satu social change yang radikal wujud dan tertanam dalam kepala dan jantung anak muda, dengan itu ianya akan mengubah persepsi pemikiran mereka, mentaliti mereka tentang apa saja itu ini dan begitu begini.
Sekian setakat ini sajalah review aku yang merepek dan tidak ada unsur mencarut dan mungkin tidak akan dibaca langsung oleh penggila-penggila akademi fantasia, one in a million, showdown, jangan lupa lirik dan mungkin juga penggila dato siti nurhagila dan mungkin juga penggila 3gp ariel peterporn.
terima kasih Alip,,,, betul la tu,,, PLORE,,,Predicting, Locating, Organizing, Remembering dan Evaluating...
ReplyDeletedan dalam erti kata lain,,, PLORE itu bermakna berjaya....
apa apa pun... sori kepada semua sebab show terpaksa direhatkan ketika sedang berlangsung hingga hujan teduh...