Thursday, July 29, 2010

Kolektivisme Suara Kita


Kolektif ataupun kolektivisme ataupun collectivisme adalah satu perkara wajib yang perlu ada dalam diri anak punk. kita selalu memandang anak punk dari sudut negatif, tapi kita tidak pernah mengambil peduli sisi-sisi positif mereka. kenapa ianya terjadi? sudah semestinya kerana momokan media massa & elektronik kerajaan yang sering menyebarkan berita-berita ataupun info-info yang buruk semata-mata untuk mengaut untung.

Kolektif adalah satu organisasi kecil yang mana terdapat seramai 5-100 orang atau lebih. Namun pada kebiasaannya, sesebuah kolektif yang wujud dalam komuniti d.i.y punk di Malaysia ini hanya terdiri daripada 5-20 orang ahli sukarela dalam sebuah kolektif.

Kewujudan kolektif dalam komuniti d.i.y punk di Malaysia ini bermula pada sekitar tahun 1997. Coalition Of Relation Collective, K.O.O.F, Callus Collective, Food Not Bombs Kuala Lumpur, Network Of Solidarity Collective, Community Coalition Collective dan Co-Punx Collective merupakan antara pelopor kolektivisme d.i.y punk di Malaysia ini. Semua kolektif yang disebut di atas adalah kolektif yang wujud sebelum tahun 2000.

Kesedaran tentang kolektivisme dikalangan d.i.y punk di Malaysia ini mula terserlah pada tahun 2002 dan 2003 di mana lebih banyak kolektif mula diwujudkan. Sudah menjadi kebiasaan di mana pada setiap tahun pasti akan ada satu persidangan kolektif se-Malaysia yang dijayakan yang mana pada persidangan tersebut akan mengumpulkan wakil-wakil dari semua kolektif yang ada di Malaysia ini untuk berbincang dan bertukar-tukar maklumat dan informasi terkini tentang komuniti d.i.y punk di tempat masing-masing.

Kolektif merupakan satu organisasi yang bergerak tanpa hirarki. Biasanya ahli sukarelawan dalam setiap kolektif mempunyai minat, pandangan dan pendapat politik yang sama. Kebanyakan kolektif di Malaysia ini adalah bersifat 'lokaliti' yang mana mereka lebih menumpukan tentang isu-isu semasa komuniti tempatan sekeliling mereka. Namun, kolektif yang mengamalkan 'de-sentralisasi' kolektif juga wujud di Malaysia ini.

Antara aktiviti yang dilakukan secara kolektif adalah mengadakan bengkel, infoshop, membuat zine dan risalah, menganjurkan demonstrasi menentang pencabulan hak asasi, menjaring dan mewujudkan lebih banyak kolektif.

Konsensus dan Demokrasi Langsung (direct demokrasi) sangat dipraktikkan dalam mencapai sesuatu keputusan dalam kolektif. Kedua-dua kaedah ini digunakan dalam mencapai sesuatu keputusan agar tiada penafian idea/suara/pendapat berlaku. Dengan kata lainnya, melalui dua kaedah ini, semua pendapat yang disuarakan oleh ahli sukarela kolektif didengar dan dipertimbangkan oleh semua ahli kolektif sebelum sesuatu keputusan ditentukan oleh semua. Kerana itulah jumlah bilangan ahli sukarela yang fleksibel dalam sesebuah kolektif adalah diantara 5-15 orang sahaja.

Jadi oleh itu marilah kita semua berkolektif dan menolak segala bentuk unsur-unsur kapitalisme. kolektif adalah untuk semua, ayuh! mari berkolektif.



No comments:

Post a Comment