Monday, July 19, 2010

Lagu Negaraku Adalah Lagu Joget Orang Perancis

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa muzik lagu Negaraku bukan dicipta oleh rakyat negara ini. Muzik lagu Negaruku ini telah diambil (diciplak) dari sebuah lagu yang dikompos oleh seorang penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager. Muzik asal lagu Negaraku adalah berasal dari lagu karangan Pierre yang berjudul Memula Moon. Lagu karangan lelaki perancis ini dikatakan popular di negara-negara pulau termasuk Hawaii pada awal kurun ke 19.

Bagi sesiapa yang merasa sangsi akan maklumat ini, anda semua boleh meng'google atau berkunjung ke laman youtube bagi mendengar lagu Memula Moon karangan Pierre ini dan dengarkan sendiri muziknya yang amat mirip muzik lagu Negaraku, lagu kebangsaan negara yang korang cintai sangat ni (terutamanya golongan pro melayu). Arrangement muzik Memula Moon tidak banyak bezanya dengan lagu negaraku, cuma muzik Memula Moon kedengaran seakan muzik Aloha 'hawaiian'. Melodinya berbunyi 'kepulauan' dan mendayu-dayu.

Mungkin ada yang bertanya, apa logiknya muzik kegemaran negara kepulauan ini telah diciplak dan dijadikan lagu Kebangsaan negara kita memandangkan lagu kebangsaan/Negaraku ini telah dicipta sewaktu kebanyakan rakyat Malaya masih belum begitu terdedah dengan dunia luar (melalui media massa elektronik). Oleh itu, bagaimana lagu ini boleh didengari oleh rakyat Malaya sebelum merdeka?

Ok ini jawapannya. Anda semua masih ingat Sultan Perak bernama Raja Abdullah? Sultan yang menjemput Inggeris untuk campur tangan di Perak bagi membolehkannya menaiki takhta Perak pada lewat kurun ke 19 melalui Perjanjian
Pangkor 1874? masih Ingat?

Akibat dari perjanjian ini, Inggeris telah mempunyai peluang untuk campur tangan di Perak melalui seorang Residen yang dilantik oleh mereka. Siapa lagi kalau bukan si bedebah J.W.W Birch. Akibat dari campur tangannya di dalam hal adat istiadat orang Melayu, dan juga perangai buruknya yang angkuh dan bongkak, Birch akhirnya telah dibunuh oleh Si Putum iaitu orang kuat Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor dengan restu Baginda Sultan Perak iaitu Raja Abdullah.

Inggeris kemudiannya bertindak balas dan telah menangkap kesemua konspirator yang merancang pembunuhan Birch. Akhirnya, dato Maharaja Lela dan Dato Sagor telah dihukum bunuh manakala Raja Abdullah yang juga bertanggung jawab di dalam konspirasi pembunuhan tersebut telah di buang negeri ke Kepulauan Seychelles.

Sewaktu baginda di buang negeri ke kepulauan Seychelles inilah baginda telah mendengar sebuah lagu 'pop' yang amat disukai ramai di pulau tersebut iaitu tak lain tak bukan Memula Moon. Baginda Raja Abdullah dikatakan amat meminati lagu ini sehingga rakyat Perak telah mengambil muzik lagu ini dan dijadikan sebagai lagu negeri Perak sebagai tanda penghormatan rakyat kepada lagu yang amat diminati oleh Sultan mereka. Ada juga yang mengatakan lagu Memula Moon ini dipilih untuk dijadikan lagu Negeri Perak kerana mereka menyangkakan lagu ini adalah lagu gubahan Raja Abdullah sendiri.

Bagaimanapun, kemahsyuran lagu Memula Moon ciptaan Pierre Jean Berager ini tidak terhad di Malaya sahaja, di Indonesia kita boleh dengar versi lain lagu Memula Moon yang diberi nama Terang Bulan. Sebelum ini, ramai yang beranggapan bahawa lagu Negaraku adalah lagu ciplakan atau saduran dari lagu Terang Bulan ini. Kerana itu, sewaktu di era konfrontasi Malaysia-Indonesia, Presiden Soekarno telah menganjing-anjingkan lagu Kebangsaan rakyat Malaysia dengan memutarkan lagu Terang Bulan untuk merendah-rendahkan maruah negara Malaysia yang dianggapnya sebagai negara pro kolonial yang tiada jati diri bangsa ( memandangkan lagu kebangsaan pun perlu diciplak).

Isu lagu Negaraku ini bukanlah satu isu yang baru. Tetapi aku percaya ramai yang tidak tahu akan fakta yang terselindung di sebalik lagu ini. Sekarang, kita sudah sedar bahawa lagu ini adalah lagu asing yang digubah dan dijadikan lagu Kebangsaan kita. Apa yang perlu kita lakukan sekarang?

Cadangan aku adalah kita perlu ubah susunan muzik lagu Negaraku. Aku fikir tidak sukar untuk kita mengubahnya dan mengembalikan maruah bangsa kita yang tercalar akibat isu ketidak aslian lagu tersebut.

Isu Lagu Kebangsaan ini bukanlah satu perkara remeh atau boleh dipandang ringan. Ianya melibatkan identiti sesebuah bangsa. Ia merupakan sesuatu yang simbolik bagi sebuah negara bangsa.

Tapi selagi lagu kebangsaan ini tidak di ubah tidak ada gunanya kita berdiri tegak sambil bersungguh-sungguh menyanyikan lagu ini lagi. Marilah kita semua berjoget apabila lagu negaraku ini diputarkan ataupun di perdengarkan kerana ianya sebenarnya adalah lagu joget aloha orang perancis. Tidak ada rasionalnya lagi berdiri tegak kawan, ayuh kita berjoget!!

No comments:

Post a Comment