A Clockwork Orange (1971) karya Stanley Kubrick adalah filem favourite aku, semenjak pertama kali menontonnya pada tahun 2006 semasa sedang belajar di universiti ini tolong menolong (UiTM), inilah filem yang inspired hidup aku. inilah filem yang aku akan tonton di saat aku tak tahu nak buat apa dan aku tak pernah bosan untuk menontonnya walaupun dah beribu kali menontonnya.
So apa lagi aku haruskan katakan tentang filem ini? a clockwork orange adalah sebuah filem gila, filem sakit, filem absurd, filem yang membuatkan aku tersenyum kecut melihat kegilaan watak utamanya, Alex DeLarge (Malcolm McDowell). dan filem ini sudah menjadi filem cult classic. ianya terpilih dalam 10 filem sci-fi terbaik versi AFI. filem ini memang layak memegang gelaran itu, filem ini juga telah mempengaruhi budaya modern. contohnya dalam The Dark Knight, arwah Health Ledger telah mengambil contoh dua tokoh anti-sosial paling ikonik iaitu Alex DeLarge & Sid Vicious (sex pistols) sebagai inspirasinya untuk menghidupkan watak heart-throbber, joker.
filem ini telah di cap sebagai filem terkutuk oleh puak kristian vatican kerana kekerasan dan seks yang boleh menyerang moral masyarakat. ya, filem ini memang penuh dengan dosa, apa yang aku ketahui ketika awal tayangannya di panggung-panggung seluruh united kingdom filem ini di kecam oleh ramai pihak, ianya membuatkan kubrick putus asa dan ingin menarik filem mahakarya ini dari di tonton umum di united kingdom. a clockwork orange memang penuh kesat, tidak lazim dan sangat ofensif. aku banyak menonton filem-filem sakit, tapi a clockwork orange adalah filem sakit yang paling menggangu hidup aku. inilah sebuah "real horror show" yang aku mahukan.
sama seperti karya fenomena kubrick sebelum a clockwork orange iaitu 2001 : A Space Odyssey yang di ambil dari novel karya Arthur C Clarke. a clockwork orange pula di ambil dari novel karya Anthony Burgess (kepada yang buta sejarah, anthony burgess pernah mengajar di malay college kuala kangsar 1954-1955 dan malay teachers training college di kota bharu 1955-1958 semasa era penjajahan british). ketika pertama kali kubrick membaca novel karya burgess, kubrick hanya menjawab "saya tidak faham novel anda!". kubrick lantas menulis sendiri naskah a clockwork orange berdasarkan interpretasinya, dimana ianya telah membuatkan satu perbezaan kontras antara novel dan filem a clockwork orange. kubrick seolah-olah melukis sebuah puisi abstrak di layar skrinnya. sememangnya filem ini mempunyai plot yang amat jelas, tetapi bagaimana korang boleh memahami makna filem ini? itu kena korang interpretasikan sendiri!!
mungkin perlu berkali-kali korang menonton filem ini barulah rasanya akan melekat. agak sukar masyarakat kita untuk menerima filem ini. masyarakat umum jika melihat filem ini pastinya akan mengatakan "ini filem apa ni?", "arghh mengarut la filem ini", "salah di sisi agama ni!". inilah kelompok marhein yang berfikiran singkat dan tipikal tanpa menyelidik dan hanya menonton filem hanya untuk hiburan semata-mata. pada aku ini adalah satu karya yang maha genius. tajuknya a clockwork orange bukan bermakna jam oren tetapi orange itu bermaksud manusia.jadi apa yang hendak di utarakan oleh kubrick adalah manusia yang bekerja seperti jam.
cerita ini berpusat pada seorang pemuda yang bernama alex delarge. alex digambarkan sebagai seorang anti-sosial yang sangat ekstrem, dimana minatnya adalah kepada kekerasan, merogol dan beethoven. alex digambarkan sebagai anak kesayangan maknya tetapi kurang bergaul dan hanya bertemankan dengan 3 orang rakan anti-sosial sepertinya. kerja seharian mereka hanyalah meminum susu. dimana kita dapat lihat disini satu twist kepada karya-karya gangster,mob dan species-speciesnya, biasanya seorang penganas ataupun penjenayah akan meminum arak tapi kubrick memilih susu untuk alex dan rakannya mendapat semangat kekerasan ultra. kubrick pada aku cuba untuk mengutuk filem-filem bercorak gangsterism yang terlalu mengikut logik.
30 minit pertama hanya menceritakan bagaimana perilaku alex terhadap dunia.kekejamnya, memukul orang tua, merogol, seks threesome dan pergaduhan. ianya membuatkan aku memandang alex sebagai seorang yang hebat, kerana dia tersangatlah karismatik. tetapi kesudahannya pemuda bernama alex ini di penjara kemudian ditempatkan di pusat pemulihan yang akan mengubah keperibadiannya secara total. di sini kubrick berjaya membuatkan aku simpati kepada penjahat. gila!!
menarik sekali mengenai karekter alex ini ianya diperan oleh kubrick secara dingin, penuh dengan ultra violence, kadangkala mengerikan (pada akulah,kalau orang-orang "biasa" tengok confirm tak ngeri), sadis dan keanak-anakan. penampilan malcolm sebagai alex adalah penampilan terbaiknya (walaupun hanya dinominasi dalam oscar dan golden globe). ekspresi, olah vokal dan lain-lain semuanya seperti seorang anak setan. gila!!.
kubrick juga menggunakan alex sebagai narrator dengan gaya orang ketiga. kita tahu apa yang alex fikirkan saat itu, kita melihat alex di layar, dan alex memandang dunia menerusi matanya. bahkan kubrick juga memvisualisasikan apa yang alex fikirkan. kubrick berjaya bermain dengan sudut kamera dan mencipta sudut pandang yang unik.
kubrick sengaja menulis kata-kata slang dalam dialognya. tapi jangan khuatir, kubrick akan menjelaskannya melalui visual. contohnya di saat alex menyebut perkataan "droogs" di awal filem, kamera lantas semakin menjauh dan perlahan-lahan frame menangkap gambar teman-teman alex dengan ekspresi yang tidak wajar di sebuah bar susu. tentang sinematografinya pula, settingnya tidak terlalu futuristik malah ada sedikit post apocalypse. dimana kita dapat melihat banyak gambar-gambar penis, zakar, pintu rosak, design rumah yang terlalu rapi yang dipenuhi dengan biasan-biasan warna retro. dari segi kostum,ianya putih (pada aku ini sekali lagi cubaan kubrick mengutuk logik gansterisme filem). jelas disini kubrick berjaya memperindahkan visualnya dengan objek-objek, warna-warna yang tidak sepatutnya wujud dan bertentangan dari genre yang cuba dibuatnya. kubrick telah berjaya membuat filem ini menjadi sebuah filem artistik yang jahat. kubrick juga menyerang politik tapi bukan dengan cara komedi tetapi cara sarkasme.
tapi pada aku satu unsur yang tersangat lekat adalah muzik. kubrick kembali menggunakan muzik-muzik instrument klasik seperti di dalam karya 2001 : a space odyssey. dimana alex digambarkan sebagai pecinta Ludwig Van Beethoven, terutamanya simfoni no 9. theme song filem ini gubahan walter carlos juga sangat menghantui aku. dan lagu singin in the rain yang dinyanyikan oleh alex (disertai dengan meniru gerakan gene kelly dalam filem itu) sambil memukul orang tua, ini adalah satu adegan yang paling memorable dalam filem ini.
filem ini jelas sekali bukan untuk semua orang. aku tak yakin masyarakat "biasa" yang menonton filem ini akan terus menyukainya kerana filem ini memerlukan tontonan dari orang yang sangat berfikiran terbuka dan perlu di tonton berkali-kali barulah kita akan dapat merasai nikmat ultra violence dan barulah korang akan sedar kenapa filem ini disebut cult, klasik dan sebuah mahakarya sinema.
No comments:
Post a Comment