Tuesday, July 13, 2010

"Persepolis" Di Saat Tuhan & Karl Marx Masih Berkawan Baik

Klik Untuk Imej Lebih Besar


Persepolis merupakan sebuah filem animasi arahan bersama Marjane Satrapi dan Vincent Paronnaud yang telah memenangi Jury Prize Award di Cannes Film Festival 2007, Best Foreign Language Film di Academy Award dan di tayangkan di New York Film Festival. filem ini merupakan filem animasi kedua yang berjaya memenangi anugerah di Cannes Film Festival selepas filem The Fantastic Planet arahan Rene Laloux pada tahun 1973.

Filem ini menceritakan tentang seorang gadis kecil yang tinggal di dalam keluarga moden dan berfikiran sangat terbuka. gadis kecil yang bernama marjane ini telah terbiasa berfikiran kritis berkat ajaran dari orang tuanya dan neneknya yang celik politik dan berhaluan sosialis. mereka hidup dalam suasana yang cukup harmoni sehingga pada suatu masa keharmonian keluarga ini tergoncang oleh kekuatan yang tak terduga dari luar rumah mereka tinggal : Revolusi Islam!!.
revolusi ini telah berjaya menukar Iran dari sistem pemerintahan monarki kepada sistem republik. di mana iran bertumbuh ke arah sistem yang lebih baik. ianya sekaligus mempengaruhi pertumbuhan seorang gadis yang bernama marjane ini.

Marjane mempunyai 2 orang teman rapat iaitu tuhan & karl marx. Kedua-dua teman rapat marjane ini akan muncul bila-bila masa saja apabila marjane sedang berkhayal dan mengelamun. dimana tuhan & karl marx ini di gambarkan sebagai kawan rapat dan saling menyokong di antara satu sama lain. marjane sering bertanya kepada tuhan apakah tuhan benar-benar inginkan revolusi islam? dan apakah karl marx mendefiniskan revolusi islam ini sama seperti ideologinya?. karl marx dengan ringkasnya menyatakan "keep up the fight!" dan tuhan menyokongnya dengan mengatakan "yes! keep up the fight!".

Meskipun filem ini seolah-olah sangat serius dan berlatarbelakang revolusi yang keras, persepolis jauh dari kesan filem yang berat. kita akan tertawa apabila melihat gelagat kenaifan marjane. filem ini pada aku jelas telah memisahkan satu garis tebal nuansa politik & filem. filem ini sebenarnya adalah based kepada kisah hidup pengarahnya Marjane Satrapi sendiri, dimana beliau secara tidak sengaja telah menjadi saksi di dalam peristiwa sejarah terbesar di dunia selepas peristiwa revolusi perancis dan bolshevik.

Pada aku persepolis adalah sebuah filem yang perlu, wajib dan mesti di tonton oleh generasi muda yang tumbuh dan hidup di dalam era globalisasi yang penuh dengan korupsi dan diktatoris halus kerajaan yang semakin lama semakin membengkak ini. kerana di dalam filem ini bukan sahaja memperjuangkan agenda revolusi tapi ianya sarat dengan mesej-mesej universal seperti kita perlu saling menghargai tidak kira lah di mana kita berada, apa agama kita, bagaimana situasi dan keadaan kita. mempercayai hidup kita dan menjadi diri sendiri.

2 comments: