Tuesday, August 31, 2010

Hishamuddin Rais : Negara Ciplak

Malay College Kuala Kangsar 'old boy', Universiti Malaya student leader who went into self-exile to escape arrest after a huge student protest in 1974.

Also an old-boy of ISA camp Kamunting ...

This Jelebu native filmmaker, author, activist, columnist, educator and the owner of the blog Tukar Tiub, tells us what Merdeka means to him.

You could bump into him in Kampung Baru enjoying authentic Minangkabau cuisine.


Wednesday, August 25, 2010

Buku Aktivisme Untuk Kanak-Kanak


Disini aku senaraikan beberapa buku-buku untuk memperkenalkan aktivisme untuk kanak-kanak. buku-buku sebegini sepatutnya dimiliki oleh ibu-bapa untuk mendidik dan mengasuh anak-anak kecil tentang apa itu aktivisme dan kenapa ianya penting dalam proses pembangunan minda kanak-kanak. melalui buku-buku sebegini kita akan membentuk satu generasi yang berfikiran kritis dan mendidik mereka supaya di kemudian hari nanti bahawa kita tidak sepatutnya menerima apa yang ada di dunia ini sebulat-bulatnya, mendidik mereka untuk mengubah dunia kepada satu era yang lebih baik, mengajar mereka supaya berdiri dan melawan ketidakadilan. buku-buku sebegini boleh didapati pusat-pusat ataupun toko-toko buku utama di sekitar kuala lumpur.

senarai buku :

Beatrice’s Goat by Page McBrier, illustrated by Lori Lohstoeter

“Beatrice was puzzled. A goat? What kind of gift was a goat? It couldn’t…start their charcoal fire…scrub their dirty clothes clean…keep an eye on [the children].” To her surprise, Beatrice learns that a goat is a very valuable gift, indeed. Her family can drink goat milk, sell the extra milk to earn some money, and even sell baby goats when the time comes. Soon, the family has enough money to send Beatrice to school. Skillful writing and beautiful illustrations convey the importance of organizations like the Heifer Project in a well-told story. Ages 5-9.

Get Involved! Social Justice Activist by Ellen Rodger and Jon Eben Field

Each book in the Get Involved! series focuses on a different type of activism. The authors explain the concept of activism, outline the issue, profile current activists, and give kids ideas of how to get involved. In this book, readers will explore social justice issues, such as poverty, homelessness, racism, gender inequality, and others. Most importantly, kids will learn about things they can do to promote social justice. Ages 8-11.

A Kid’s Guide to Giving by Freddi Zeiler

When 14-year-old Freddi decided to donate some money to a charity, she quickly became overwhelmed by the sheer number of charitable organizations. After doing tons of research, she wrote this book for other kids to use as a reference. In the introductory chapters Freddi explores why we give and how to raise money if one is so inclined. She also sensitively warns kids about groups that are not legitimate or that don’t use donated money effectively. Finally, she profiles more then 100 organizations, breaking them down into causes related to people, animals, and the environment. She outlines the organization’s mission, how they use donation money, all contact information, and more. Plenty of adults will find the handy guide useful as well. Ages 9 and up.

The Kid’s Guide to Service Projects by Barbara A. Lewis

Whether kids are interested in helping animals, their community/neighborhood, the environment, those who are impoverished/hungry, people with special needs, senior citizens, or others, this practical guide will get them started. Lewis provides lots of ideas for meaningful service projects, from quick and easy plans kids can do on their own to long-lasting school or community-wide endeavors.
Ages 10 and up.

PeaceJam: A Billion Simple Acts of Peace by Ivan Suvanjieff and Dawn Gifford Engle

“We are the children of Detroit factory workers, average and flawed people from very ordinary American backgrounds.” But these ordinary people had an extraordinary idea: introducing kids to Nobel Laureate mentors, creating an unexpected and powerful partnership for change. The PeaceJam Global Call to Action hopes to inspire young people around the world to address ten fundamental issues, including access to water, halting the spread of disease, eliminating extreme poverty, controlling weapons proliferation, defending basic human rights, and others. Each chapter narrates the experience of a young person working for change alongside a Nobel Laureate (including Archbishop Desmond Tutu, José Ramos-Horta, Jody Williams, and Adolfo Pérez Esquivel). Ages 11 and up.

The Streets Are Free by Kurusa, illustrated by Monika Doppert

In a barrio crowded with tin-roofed buildings on the side of a mountain near Caracas, Venezuela, the children have nowhere to play. So they go to City Hall to demand a playground. With the support of their parents, a librarian, and a newspaper reporter, they pressure City Hall to build them a playground. But when the politicians renege on their promises, the community decides to take matters into their own hands. Based on a true story and wonderfully illustrated in color and black and white, this is an excellent introduction to community activism and the role of politicians and the press in community affairs.

Uncle Willie and the Soup Kitchen by DyAnne DiDalvo-Ryan

Like many kids, the young narrator of this story feels a vague discomfort thinking about or encountering people who are homeless. So, he is surprised when his Uncle Willie not only calls the Can Man by name, but stops to have a conversation with him. Retired Uncle Willie works at a soup kitchen every day, and he takes his nephew to lend a hand and to meet some people who don’t have homes. The narrator experiences the community of the kitchen, the power of empathy, and the satisfaction of helping others. Ages 6-9.


Tuesday, August 24, 2010

Konflik Sistem Dalam "Unthinkable"

klik imej untuk paparan lebih jelas


Petang tadi aku telah disajikan dengan sebuah makanan filem yang bertajuk Unthinkable arahan dari seorang pengarah dari belgium iaitu Gregor Jordan. filem ini dilakonkan oleh aktor-aktor yang dikatakan hebat oleh rakan-rakan aku (hebat pada mereka hanyalah sebab mereka kenal aktor tu). hahaha. nonsense. antara dialog mereka "samuel l jackson tu!!!" hahaha. aku tergelak dalam hati.

Unthinkable merupakan sebuah filem yang berbentuk drama tapi dipenuhi dengan adegan-adegan psikologikal triller yang berbentuk kekerasan. dimana di dalam filem ini ianya menceritakan bagaimana seorang ekstremis islam telah ditangkap, diseksa dan interograsi dengan kejam tanpa mengendahkan humanisme. ada yang mengatakan filem ini merupakan sebuah filem yang mendedahkan cara kerja rahsia amerika syarikat melawan teroris. ada yang mengatakan filem ini merupakan dakyah amerika syarikat untuk membuktikan dan menunjukkan pada dunia bahawa islam itu teroris dan teroris itu islam. ada pula pihak yang mengatakan filem ini sebenarnya adalah mengenai konflik pemilihan antara agama, negara atau manusia.

Pada aku filem unthinkable karya gregor jordan ini sebenarnya adalah mengenai konflik sistem yang sedang dihadapi oleh watak-watak yang ada di dalam filem ini. contohnya yusof, merupakan seorang ektremis islam, di mana beliau sanggup melakukan apa saja atas nama islam. contoh lain adalah H, tukang seksa yusof, pada pemerhatian aku h merupakan seorang yang anti teroris dan anti islam, dia sanggup menyeksa dan menyembelih selagi orang itu islam tidak kiralah orang itu terbukti salah atau tidak. ketiga, agen helen, seorang agen yang mementingkan kemanusiaan ataupun humanity sehingga akhirnya kemakrifatan kemanusiaan beliau sampai ke tahap zero. keempat, orang-orang yang berada di sekeliling ketiga-tiga watak ini, mereka hanyalah segelintir masyarakat yang hanya duduk menunggu dan menerima arahan tanpa berfikir.

Bercakap mengenai konflik sistem, setiap penduduk di muka bumi aku yakin mengalami masalah ini. kalau kita lihat sistem ini seolah-olah mengikat kita dan telah menjahanamkan fikiran kita. pada pandangan aku kita sebenarnya tidak boleh terlalu mengikut sistem yang kita sendiri tidak pasti kesahihannya dan sekadar mengikut sistem sebab semua orang lain ikut. ataupun sebab mak bapak kita pun pengamal sistem. aku bukan nak menafikan sistem, tapi kita sebenarnya tidak boleh terlalu terikat dan bulat-bulat memakan sarapan sistem ini. pergolakan sistem ini telah menyebabkan banyak perkara-perkara negatif di atas muka bumi ini. secara jelas aku bukan seorang freethinker, tapi kalau kita lihat agama itu sebenarnye simple dan segalanya telah dijelas di dalam quran tapi kalau kita terlampau merumitkan agama maka timbul lah benda songsang karut marut seperti letup rumah ibadah agama lain la (kononnya jihad), bunuh membunuh la, balas dendam antara agama la. padahal tuhan dah cakap kita harus menghormati antara agama. masalah ini terutamanya terjadi di malaysia. agama di malaysia ini bukan berpandukan nas atau fakta atau hadis. tapi berpandukan sentimen. apa ada pada sentimen? siapa yang men 'create' sentimen ni. jawapannya kerajaan pemerintah.

Time kecik-kecik orang yang lebih tua akan tanya kita "nanti besar nak jadi apa?" "nak jadi peguam" kita cakap. padahal kita main tembak je dan kita sendiri tak dapat nak tentukan kita nak jadi apa sebenarnya time tu. sebab tu la aku cakap benda-benda ni semua dah terlalu mengikat. untuk itu aku rasa kita jangan terlalu fikir, kita jadi je apa yang kita nak jadi.

Inginkan aku tegaskan disini tulisan ini bukan falsafah atau philosophy tapi ianya realiti kerana aku adalah seorang yang realis. orang melayu ni kalau cakap pelik-pelik sikit dikatanya pada kita falsafah,falsafah,falsafah. ini lah mentaliti lapuk orang melayu yang memang sukar nak dihakis terutamanya yang berkiblatkan "hidup melayu".

sekian. terima kasih.

Monday, August 23, 2010

Universiti Bangsar Utama (U.B.U) Reunion.


Berkumpul semula jumaat ini

27 Ogos 2010, jam 6.30 petang. satu himpun semula anak-anak u.b.u dan aktivis u.b.u.

Tempat di bangsar utama, berbuka puasa dikedai restoran mydin.

Sesiapa saja yang merasakan mereka cool, maka sila datang ke bangsar utama petang jumaat ini.
(ayat diatas ini aku ceduk seketul-ketul ape yang isham rais tulis)


Sedikit Sejarah U.B.U

UBU terdiri daripada anak muda dan mahasiswa dari universiti di sekitar Lembah Klang. Sebagai anakmuda dan mahasiswa yang prihatin, kami ingin menyumbangkan tenaga, idea, kreativiti dan buah fikiran kami di dalam aktiviti dan program-program kemasyarakatan bersama komuniti.
Kami merasakan bahawa suatu jambatan penghubung harus dibina di antara sektor mahasiswa dengan sektor-sektor masyarakat yang lainnya. Sudah terlalu lama vakum atau ruang kosong ini wujud tanpa adanya program penghubung yang menjembatani mahasiswa dengan masyarakat. Dewasa ini kelihatannya seperti kelompok mahasiswa ini sudah terisolasi dari arus kehidupan masyarakat.
Situasi ini tidak harus diperpanjangkan dan dibiarkan tanpa adanya inisiatif-inisiatif yang komited untuk mengisi ruang kosong ini dengan program-program kemasyarakatan yang dinamik dan progresif. Vakum yang sedia ada harus diisi dengan segera sebelum jurang antara mahasiswa dengan masyarakat semakin melebar. Penglibatan mahasiswa di dalam program dan aktiviti yang berkepentingan rakyat harus dimulai tanpa tangguh lagi.
Justeru itu, inisiatif serta daya usaha yang berterusan wajib dimulakan dan dilakukan dari sekarang melalui program-program kerakyatan yang disusun sendiri oleh mahasiswa untuk kepentingan masyarakat.

Ruang dan Peluang

Struktur birokrasi di dalam kampus pada hari ini telah meletakkan bahagian Hal - Ehwal Pelajar (HEP) sebagai pemegang kuuasa mutlak yang memutuskan setiap program dan aktiviti mahasiswa di dalam mahu pun di luar kampus. Ini memberi makna bahawasanya apa sahaja program dan aktiviti yang dijalankan oleh mahasiswa wajib mendapat keizinan dan kebenaran dari pihak HEP.
Bukan setakat itu sahaja, HEP juga akan membuat keputusan di dalam stiap sudut dan segi, termasuklah di dalam soal bentuk program, partisipasi di dalam program, jemputan orang luar untuk program, penyediaan ruang untuk program, perbelanjaan program dan juga penyusunan program.
Iklim kampus yang tidak kondusif, ruang yang sempit dan peluang yang terhad bukanlah suatu jalinan elemen yang sesuai untuk melahirkan mahasiswa yang komited, penuh idealisme, matang serta kritis.

Kenapa Universiti Bangsar Utama?

Sebenarnya sejak tahun 1998 lagi, kawasan warung di Bangsar Utama selalu dijadikan tempat kami untuk hang-out. Duduk minum-minum di warung dan berdiskusi.
Akhirnya kami memutuskan untuk meneruskan aktiviti kami dari sekadar berdiskusi sahaja.
Atas sebab inilah, maka kami telah menyewa sebuah ruang rumah kedai, dua tingkat sebagai pusat kami menjalankan kegiatan.
Ruang kegiatan kami terletak di Bangsar Utama, Kuala Lumpur, sebuah kawasan miskin kota, di mana terletaknya dua buah flat kos rendah; flat Seri Pahang dan flat pekerja KTM. Oleh sebab itulah kami menamakannya Universiti Bangsar Utama. Memilih nama universiti kerana inilah tempatnya untuk kami untuk re-socializing and re-educating ourself as a student and youth to the society.


Sunday, August 22, 2010

Stop Flip-Flopping On Minimum Wage Act, Govt Told.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) and non-governmental organisation Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) have told the government to stop flip-flopping over a Minimum Wage Act.

PSM chairman Dr Mohd Nasir Hashim said it is vital that the welfare of workers be taken care of as they are the backbone of the country.

“It seems like the government treats workers like commodities. They don’t treat them like humans; they don’t realise that workers have families too,” he said.

Mohd Nasir said the government’s recent decision to withdraw the minimum wage for security guards showed it has no political will to safeguard the interest of workers.

PSM and Jerit are also unhappy with the government’s proposed amendments to labour laws such as the Employment Act 1955, Industrial Relations Act 1967 and the Trade Unions Act 1959.

“It seems like the amendments are in favour of employers rather than workers. It’s modern day slavery. It’s sad that workers are not given their rights and respect,” Mohd Nasir said.

PSM central committee member V. Panneerselvam said the proposed amendments would make it easier to summarily lay off workers.

"In short, the principal can escape from paying benefits because these wage earners are not his workers.

“Also, if Employees Provident Fund and Social Security Organisation contributions are not paid properly, the contractor can say he is not the actual employer and that he is not responsible. The workers are short-changed in this catch-22 situation," he said.

Panneerselvam also said Section 25A of the 1955 Act requires employers to acquire the consent of workers to change the mode of payment of salaries.

“However, with the amendments, employers will not require consent and payment is automatically done through the banks," he said. “How is a plantation worker in some remote estate going to find a bank nearby? If his salary is RM200, it may cost him RM30 to go to a bank to withdraw his salary. How is this convenient for the worker?"

PSM deputy chairman M. Sarasvathy said the government should stop amending labour laws and instead introduce a retrenchment fund, Minimum Wage Act, the automatic registration of trade unions and termination benefits for workers.

She said the party will conduct a nationwide roadshow to educate workers on their rights.

“We will also work with the Malaysian Trades Union Congress to push for a national protest,” she said.

Saturday, August 21, 2010

Pemuda United Malays National Organisation Tak Reti Mengeja.

klik imej untuk paparan lebih jelas

Ramadahan? hahahaha. ramasamy punya dahan ke? ke dahan yang tumbuh di rumah ramachandran?

Friday, August 20, 2010

Kembalikan Idealisme Mahasiswa


Pengharaman syarahan dan tayangan dokumentari Student Power di Universiti Teknologi Mara dan Universiti Malaya baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan ramai orang muda yang meminati hasil kerja Fahmi Reeza, seorang aktivis sosial yang mula mendapat perhatian sejak dokumentarinya bertajuk "10 Tahun Sebelum Merdeka" menjadi "panas" di youtube. Barangkali gelaran Michael Moore Malaysia sesuai diberikan kepada penerbit muda ini, kerana dokumentarinya menakutkan pihak kerajaan.

Persoalannya apa yang ditakuti oleh kerajaan? Sebelum ini kita dengar akan Joshua Wong, Penerbit kanan dintv7 yang meletak jawatan kerana programnya "Editor's Time" tidak berapa disukai oleh kerajaan, dan juga pemecatan Chou Z Lam yang menghasilkan dokumentari berhubung Empangan Bakun, anehnya kerajaan tidak berbuat apa-apa dengan penerbit filem Pasir Salak, yang telah gagal setelah banyak wang rakyat digunakan. Mungkin ada yang melihat tindakan universiti ini berasingan dengan tindakan kerajaan, akan tetapi campurtangan politik pihak berkuasa begitu ketara sekali dalam pentadbiran universiti sehingga tidak dapat dinafikan lagi.

Ada juga di kalangan teman-teman aku yang baru balik dari Biro Tatanegara (BTN) tiba-tiba sahaja melabel dokumentari "10 Tahun Sebelum Merdeka" sebagai propaganda jahat untuk memburukkan imej negara. Apa yang berlaku di BTN itu saya tidak tahu, mungkin gambaran mudah imaginasi anda boleh jelaskan. Sukar dipercayai, kerajaan kita yang begitu khuatir sekali akan keselamatan awam sehinggakan pelajar universiti yang memerhati pilihan raya kecil di Hulu Selangor pun ditangkap polis, boleh membiarkan sahaja Fahmi bermaharajalela. Logik tindakan-tindakan kerajaan ini sudah mula menjadi tanda tanya yang besar.

Mengapakah rakyat yang mahu berhimpun dengan aman untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Akta Zalim ISA dikerumun ratusan pegawai polis yang tanpa segan silu telah berlagak samseng membuli wanita dan kanak-kanak, tetapi beberapa minggu sebelumnya tidak berbuat apa-apa apabila armada Tentera Laut China mendarat di kepulauan Spratley? Kerajaan sibuk menangkis pelbagai tuduhan di dalam negara, sehinggakan tuduhan pemerhati-pemerhati antarangsa berhubung kehakiman negara , pemerintahan negara, dan imej negara tidak berapa dihiraukan.

Contohnya dakwaan Malaysia menjadi destinasi utama pemerdangangan manusia, dalam US Report on Trafficking in Persons 2009 dan oleh The Human Rights Watch. Adakah ini bererti polis menghabiskan tenaga cuba meleraikan himpunan aman lebih daripada memberi perhatian kepada jenayah pemerdangangan manusia? Terlampau banyak persoalan yang timbul kebelakangan ini terhadap setiap tindakan kerajaan yang
logiknya sukar untuk difahami.

STUDENT POWER

Berbalik kepada isu Fahmi, kerajaan menunjukkan suatu paranoia terhadap anak-anak muda kita yang berada di universiti. Mengapa agaknya kerajaan kita begitu gentar apabila golongan terpelajar ini lantang bersuara? Dokumentari Fahmi yang sepatutnya ditayangkan di Universiti Malaya itu menjadi tumpuan kerana bakal menjadi sejarah apabila suara lantang mahasiswa tahun 1960-an bergema semula di sana.

Student Power, dokumentari yang mengimbau kembali zaman-zaman keunggulan mahasiswa tahun 1960-an. Setiap perkara dalam dokumentari itu disokong dengan dokumen-dokumen sejarah seperti akhbar dan sebagainya. Apa yang hendak ditakutkan dengan kebenaran?

Mungkin President Sokarno betul, 10 orang muda sudah cukup barangkali untuk menggegarkan dunia, apatah lagi Malaysia? Bukankah golongan terpelajar ini adalah di kalangan yang terbaik daripada ribuan pelajar sekolah yang tamat tingkatan enam? Sebaliknya golongan ini dikekang daripada terus berkembang dengan pelbagai undang-undang yang tidak bermanfaat kepada mereka. Apa yang membimbangkan adalah penglibatan pihak iniversiti dalam menjalankan arahan-arahan yang tidak masuk akal daripada "pihak atasan".

Universiti Malaya pada awalnya memberi kebenaran bagi syarahan dan tayangan Student Power diadakan, dan menarik kembali kebenaran tersebut dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Terlampau mirip tindakan flip-flop kerajaan dalam beberapa isu penting kebelakangan ini.

Apa yang jelas adalah hakikat bahawa golongan Mahasiswa harus diberi kebebasan untuk berfikir dan bersuara. Idealisma semangat muda mereka adalah apa yang diperlukan negara kita sekarang, untuk memastikan kemajuan berterusan. Jika kita tidak menghargai kebolehan inletek mereka, maka kita tidak boleh salahkan mereka apabila berhijrah ke negara lain. Bagi mengatasi masalah "brain drain" negara, mungkin ada baiknya kerajaan bermula dengan menghargai golongan mahasiswa dengan memberikan mereka kebebasan yang sewajarnya mereka miliki.

Jika kerajaan khuatir akan tentangan daripada golongan pelajar seperti yang berlaku di Greece, Korea Selatan, atau Thailand, penyelesaianya mudah, dengar apa yang disarankan oleh golongan tersebut .

Apa yang dilakukan sekarang adalah tindakan-tindakan yang amat memalukan, menghalang kebebasan mereka untuk bersuara, berhimpun dan bersyarah, adalah berkontradiksi dengan matlamat kita untuk melahirkan generasi yang cemerlang. Rakyat dapat melihat kenapa dan mengapa kerajaan bertindak sebegini rupa. Apa yang menghampakan adalah ketidakmatangan yang ditunjukkan oleh kabinet negara, yang sanggup mengkompromi masa depan orang muda demi kepentingan politik.

Barangkali bagi orang muda yang sayang akan negara, melihat kerajaan sekarang sebagai suatu ancaman kepada masa depan negara? Mungkin itu sebabnya perhubungan pelajar institusi pengajian tinggi tidak pernah berapa baik sejak dahulu lagi, mungkin mereka tidak sanggup ditekan lagi. Jika kerajaan mahu undi-undi orang muda, mereka seharusnya mempercayai mereka terlebih dahulu. Sebaliknya senario yang sedia ada cuma mencipta lebih banyak lawan daripada kawan.


Thursday, August 19, 2010

Acara Kolektif 22 August Ini.

klik imej untuk paparan lebih jelas

kamu tergolong di dalam orang yang tidak cool kalau tak datang ke sini & tidak menyumbangkan sesuatu kepada orang yang lebih memerlukan. Ayuh kita berkolektif di noisy!.

The Fairly Current Show With Fahmi Reza.

After a series cancellations & rebuffs, documentary filmmaker fahmi reza is challenging universiti malaya students to organise his 'Student Power' lecture on campus next tuesday, 24 August 2010.

We speak with fahmi about his ongoing research into the malaysian student movement of the 1960s and why public universities are so resistant towards hosting his lecture. he also comments on the recent tv3 debate between deputy minister of higher education datuk shaifuddin abdullah & former vice-chancellor of uitm ibrahim abu shah on student participation in politics.

Tuesday, August 17, 2010

4 Months,3 Weeks & 2 Days.

klik imej untuk paparan lebih jelas


Kalau kita bercakap tentang kuantiti jumlah filem yang dihasilkan setiap bulan & setiap tahun jumlahya memang banyak sekali. dari yang banyak itu, pasti hanya akan ada beberapa filem saja yang 'stand out', baik dari segi kuantiti (berapa banyak kutipan yang diperolehi) dan kualiti (biasanya diukur dari pencapaian filem itu dalam festival-festival filem).

Apa yang aku tulis ini adalah berdasarkan filem pada tahun 2007, 3 tahun lalu. dari sekian banyak filem yang diedar dan diputarkan pada tahun 2007, nampakya tidak banyak yang boleh menyebabkan aku 'aware' dan pada aku hanya satu filem saja yang benar-benar melekat dalam kepala dan jantung aku iaitu "4 Months, 3 Weeks & 2 Days". sebuah filem dari romania yang berjaya meraih beberapa penghargaan dari festival luar negara. filem ini merupakan salah satu filem yang secara efektif mampu menggiring emosi penontonnya. filem yang dihasilkan oleh buah tangan Christian Mungiu, dimana beliau bukan saja mengarah, beliau juga adalah penulis skrip dan penerbit bersama filem ini.

Secara ringkasnya filem ini sebenarnya hanya menggambarkan sebuah peristiwa singkat yang terjadi dalam kehidupan salah seorang karektor yang ada didalam filem ini. cerita tentang otilia yang berusaha membantu temannya, gabita, untuk mengugurkan kandungannya. dipertengahan filem ini kita akan dibawa masuk kedalam perjuangan otilia dalam membantu temannya, dimulakan dengan mencari tempat, mengumpul duit, mencari orang yang boleh membantu proses aborsi. ada juga terdapat sisi lain kehidupan otilia yang harus menghadapi kekasihya dan masalah dengan keluarganya.

Filem ini memang bercerita tentang masalah aborsi dan segala konflik yang melingkupinya. tensi cerita yang dibangun pun memang lebih kepada bagaimana mereka berusaha untuk melakukan tindakan illegal tersebut, ditengah-tengah kondisi politik romania yang sedang panas pada saat itu. segala risiko dan tindakan mereka yang cuba untuk melakukan suatu hal yang tidak hanya bertentangan secara nurani tapi juga melawan hukum.

Filem ini pada adalah salah satu diantara filem terbaik yang pernah aku tonton, mungkin. subjektif? pasti. setidaknya aku ada alasan khusus untuk memberikan penilaian sedemikian. filem ini sederhana, hanya banyak berpusat pada karektor-karektor utama, setnya juga sederhana. lalu apa yang membuatkan filem ini luar biasa?.

Apa yang menarik adalah bagaimana filem ini membangun secara perlahan dan efektif tanpa kita sedari adalah satu kredit luar biasa yang tidak dapat aku nafikan. Christian Mungiu berjaya membuat filem yang pada awalnya nampak kaku dan layu bertukar kepada sebuah filem dengan tingkat ketegangan yang tinggi, sangat thrilling dan membuatkan ingin tahu kesudahannya.

Filem ini digarap dengan sangat natural, ini menyebabkan filem ini kelihatan penuh yakin. filem ini juga secara pasti mampu membangun empati dengan para penontonnya, sehingga kita seolah-olah turut dapat merasakan ketegangan dan resah seperti yang dirasai oleh otilia. filem ini adalah filem yang berpaksikan genre drama tapi mampu menampilkan kompleksiti cerita, kedalaman karektor, dan tensi cerita secara pasti. hasilnya adalah sebuah tampilan filem yang rapi, sangat natural dan cukup baik dari segi teknik.

Filem sederhana ini memang agak luput dari perhatian masyarakat umum yang secara jelas lebih menggemari filem aksi-aksi walaupun pada hakikatnya filem-filem aksi kebanyakkan adalah untuk hiburan semata-mata tanpa ada makna-makna tersirat di sebaliknya. untuk menonton filem yang konfliknya amat kompleks dan memerlukan konsentrasi tinggi untuk mengetahui jalan ceritanya secara utuh sememangnya memerlukan kesabaran ekstra untuk menontonnya.

Walaupun endingnya memang sengaja dibuat tanpa penyelesaian, filem-filem beginilah yang memenuhi selera aku yang pada hakikinya pun hidup dalam keadaan yang tidak ada penyelesaian dibumi tuhan ini. filem yang idealis, mempunyai kualiti juara, nampak ringan tapi sangat padat, nampak sederhana tapi sangat kompleks. aku tabik pada kau mingiu.

sekian. terima kasih.

Monday, August 16, 2010

Ucapan Perkauman Dari Seorang Pengetua Sekolah

klik di imej untuk paparan lebih jelas

Pagi aku hari ini di ganggu oleh berita ini. seorang guru yang berpangkat pengetua tidak sepatutnya memberi ucapan sebegini rupa. ucapan yang berbentuk perkauman dan mempersenda kaum cina dan india. apa yang kau bangga sangat dengan melayu ha? tuhan yang maha esa tidak pernah memberikan pahala kepada umatnya mengikut kaum. semua kaum sama saja.

Sunday, August 15, 2010

Pernyataan Politik Jean Luc Godard Dalam "La Chinoise"


La Chinoise boleh di anggap semacam satu pamplet politik sekaligus pamplet artistik dalam bahasa sinema jean luc godard. filem ini di adaptasi dari novel the possessed(1872) karya fyodor dostoevsky, filem la chinoise lebih berupa pernyataan politik dan seni godard pada era politik invansi amerika yang semakin menguat di asia tenggara, khususnya dalam merespon arus gerakan revolusi kebudayaan mao di china. di buat pada 1967, menjelang era revolusioner di perancis pada tahun 1968. la chinoise lahir pada masa ekspansi kapitalisme di vietnam melalui militer sebagai sebahagian dari pertarungan oposisi biner dengan komunisme di asia tenggara. moment politik ini direspon oleh godard dalam satu pernyataan yang cukup artistik melalui bahasa sinemanya yang cukup deep.

Filem ini ditampilkan dengan gaya pertuturan brechtian yang berusaha untuk menjaga penonton agak tetap sedar bahawa apa yang dilihatnya adalah sebuah filem. penjagaaan jarak yang disengajakan tersebut menjadikan la chinoise mampu membuka ruang dialog dengan para penontonnya secara dialektis. gaya bertutur brecth itulah yang menjadikan filem la chinoise seakan mengaburkan batas antara fiksi dan dokumenter, menepis batas-batas sinema dengan penonton, antara parodi dengan drama. pada aku apa yang dilakukan godard ini adalah untuk menegaskan perngertian antara fiksi & dokumenter itu sendiri.

Efek jarak (distancing effect) sebagai praktik teori brecht pada la chinoise diartikulasikan dengan intelektualisme sinema yang mengambil semangat marxisme dan maoisme yang tidak lagi patuh pada dogma-dogma artistik kaum seniman kiri pada umumnya. penokohan utama beserta bentuk-bentuk kepahlawanan dalam kisah-kisah revolusi sebagai praktik realisme romantis, dalam la chinoise digantikan oleh intelektualitas kolektif dengan memainkan beberapa karektor aktor sebagai bahagian dari kondisi kekinian gerakan kaum kiri di eropah pada era itu. simpati terhadap penonton oleh godard dibangun melalui nalar gagasan dialog dan adegan dari para aktor. sebagai contoh, adegan yvonne merupakan satu bentuk parodi terhadap invansi amerika di vietnam - mencitrakan eksotisme perang yang tidak seimbang. kecanggihan perang dan kekuatan militer pihak amerika digambarkan dalam adegan mainan kanak-kanak berupa peralatan militer yang mengkonotasikan bahawa kapitalisme disokong oleh budaya konsumerisme dan budaya kekerasan itu sendiri. sebagai bahagian dari tradisi sejarah isi dalam konsepsi bazin, nampaknya godard konsisten menampilkan isi yang mempengaruhi bentuk sinema. bentuk artistik la chinoise sendiri adalah aplikasi dari teori mao yang menyatakan seni marxis harus mampu keluar dari dogma untuk lebih mampu berkomunikasi dengan massa, sebagai bahagian gerakan kiri kekinian pada masa itu yang dipengaruhi oleh pemikiran louis althusser. artikulasi artistik maoisme menjadi sangat kental dalam la chinoise ketika sinema revolusi tidak ditampilkan secara romantis, apalagi berdarah-darah dalam membangun simpati penonton.

Selain sebagai parodi, la chinoise juga menjadi kritik terhadap fetisisme revolusi dan fetisisme fesyen yang hampir sejajar. dalam satu adegan, godard menampilkan dimana buku little red book yang kononnya pada era mao dicetak sekitar 5 juta buah, berhamburan di lantai sebagai bentuk fetisisme revolusi. kemudian pada adegan lain, fetisisme fesyen melalui pamplet dan poster yang menjadi latar dalam salah satu ruangan dialog.la chinoise adalah filem revolusi dengan gaya bertutur khas godard, tampilan-tampilan artistik revolusi tidak lagi menggunakan keagungan perang yang heroic dan dramatis, pada adegan peperangan yang ditampilkan ditengah-tengah lombokan buku little red book, menjadi ungkapan konteks sosialis di perancis yang berangkat dari kaum muda intelektual dan buku sebagai basis pertahanan kebudayaan kaum sosialis pada masa itu.

Sikap artistik godard sangat terlihat pada la chinoise ketika dalam salah satu adegan tentang kebudayaan awal sinema sebagai objek yang imaginatif. dua sikap awal dari kelahiran sinema antara sifat dokumenter lumiere dan sifat imaginatif melies, dihadirkan dalam dialog antara veronique dan guillaume. dimana godard mempersoalkan sifat realiti dari dokumenter dalam karya lumiere dan lebih mengarah pada sifat imaginatif melies dalam sinema. bagi godard, seni bukan pantulan cermin dari realiti, justeri realiti adalah pantulan dari kesedaran manusia itu sendiri.

Apa yang dinyatakan dalam la chinoise itu sendiri adalah menyatukan pamplet politik dengan pamplet artistik. simpati godard terhadap gerakan mao di china benar-benar diartikulasikan dalam gerakan seni yang tidak lagi terpaku pada formalisme sinema yang dogmatis dan kaku. kelincahan gaya bertutur godard dalam la chinoise brechtian ini, melandaskan keanekaragaman kaum sosialis, khususnya di perancis yang mencipta kedekatan dan semangat massa di eranya. konteks massa sebagai tokoh utama dalam filem, pada la chinoise dalam bentuk radikal individu yang membahayakan revolusi itu sendiri, dimana terror dan bom adalah pahlawan individu.




Thursday, August 12, 2010

Kebangkitan Kaum Buruh dan Pekerja (Haymarket Square 1886)

klik untuk imej lebih besar

Sepatutnya aku menulis tentang kebangkitan kaum buruh dan pekerja pada hari pekerja, tapi oleh kerana aku dah terlampau gatal tangan sangat untuk menaip so aku taip saja lah. buat apa nak tunggu hari pekerja, baik taip sekarang. bukan berdosa pun. tak ada hadis dalam quran pun kata berdosa. hahaha.

Aku nak ceritakan serba sedikit tentang sejarah besar untuk kaum pekerja dan buruh pada rusuhan terbesar pada tahun 1886 di chicago, amerika syarikat. rusuhan yang telah memberi impak terbesar, dimana kebangkitan kaum pekerja dan buruh untuk menuntut hak mereka setelah ditindas oleh kerajaan pemerintah.

Puncak terjadinya rusuhan buruh di haymarket square, chicago, 4 may 1886, demonstrasi di chicago ini adalah bahagian daripada demonstrasi sejak tanggal 1 may di seluruh amerika, dimana mereka menuntut standard waktu kerja sehari hanya 8 jam sehari dan tidak lebih dari itu. demonstrasi yang awalnya aman, telah berubah menjadi satu rusuhan besar ketika seseorang yang sampai sekarang tidak diketahui identitinya telah melempar bom ke arah pihak polis dan telah mengakibatkan seorang polis terbunuh. tindakan ini telah menyebabkan pihak polis telah melepaskan tembakan yang membabi buta terhadap para demonstran. hasil dari rusuhan ini telah mengakibatkan 8 orang polis telah terbunuh dan 4 orang kaum buruh juga terbunuh. 60 orang polis telah tercedera manakala jumlah kaum buruh dan pekerja pula tidak diketahui berapakah bilangan mereka yang cedera, tapi dikatakan ianya melebihi jumlah polis. setelah rusuhan reda, polis telah bertindak dengan menangkap 8 orang pemimpin buruh & pekerja, dimana daripada 8 orang tersebut 5 orang dijatuhi hukuman mati, 3 orang dipenjara seumur hidup. sesaat sebelum mereka di gantung, 4 orang daripada mereka telah menyanyikan lagu perjuangan internasional. lagu yang sememangnya sering dinyanyikan oleh golongan sosialis dan anarkis.

Walaupun kalah, perjuangan kaum buruh chicago ini menjadi semangat bagi perjuangan buruh diseluruh dunia. second international, organisasi parti-parti sosialis dan buruh seluruh dunia pada kongresnya yang pertama di tahun 1889 menjadikan tanggal 1 may sebagai hari buruh internasional. semua demonstrasi besar direncanakan pada tanggal 1 may sebagai mengingati peristiwa rusuhan di chicago, termasuk peristiwa terjadi di kota pullman, iiilinois, pada awal may 1894. kali ini , buruh di kilang pembuatan kereta pullman telah berdemonstrasi menentang pemotongan upah mereka. demonstrasi telah berlarutan sehingga presiden amerika pada masa itu, grover hoover, telah menghantar pasukan federal, marshall dan tentera untuk menghentikan demonstrasi tersebut. dimana kedatangan marshall, tentera ini telah mengakibatkan 13 pekerja terbunuh dan puluhan darinya cedera.

Setelah rusuhan itu, presiden hoover telah menjadikan rekonsiliasi dengan kaum buruh sebagai prioritas. dimana ianya adalah untuk mengambil hati kaum buruh dan pekerja. pertemuan federasi buruh amerika di tahun 1909 menjadikan hari minggu sebelum hari buruh adalah sebagai minggu buruh, didedikasikan untuk mempelajari aspek-aspek pendidikan dan spiritual hari buruh.

Itulah sejarah ringkas hari buruh di amerika yang tidak diketahui oleh generasi yang malas membaca, mencari dan menonton. walaupun berbeza waktu untuk memperingatinya, sedikit sebanyak kaum buruh amerika telah banyak memberikan sumbangan besar bagi membaiki taraf hidup kaum buruh sedunia.

Bangunlah kaum buruh dari tidur!!!! tuntutlah hak-hak anda!!! jangan biarkan penindasan terus berlaku!!!

The Fairly Current Show With Hishamuddin Rais.

Ramadhan and fasting season has begun, so who better talk about food, spirituality and sex than iconoclast and connoisseur of free food, hishamuddin rais?

Isham share advice and tips for the fasting month & reveals what he'll be eating at buka puasa & sahur. he also tell us about his new book, tapai, a collection of writings on food, philosophy & travel from off the edge magazine.


Wednesday, August 11, 2010

Fasting Month Begins With Human Rights Violations : Another 3 Arrested Under The I.S.A!


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) and Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) are astonished to learn of the latest arrest under the infamous Internal Security Act (ISA) on the first day of the Ramadhan fasting month.

To invoke the ISA against these individuals is absolutely against the fundamental principles of human rights, justice and international human rights standards.

Those 3 are known as:

1. Mustawan Ahbab (34) Indonesian
2. Samsul Hamidi (34) Malaysian
3. Seikh Abdullah Sheikh Junaidi (70) Malaysian

They were arrested under the Section 73 (1) of ISA alleged to be involved in International terrorist link. Earlier on the 15th July, the government had arrested Mohamad Fadzullah Bin Abbul Razak, (28). He is alleged to be involved in international terrorist networking.

GMI and SUARAM strongly condemn the new arrest under the ISA. The Government must guarantee safety of the detainee and he should be allowed legal assistance immediately. Under the ISA, detainees can be held for up to 60 days in secret locations and in solitary confinement, often in a windowless cell where they lose all sense of time and are at risk of torture and other ill-treatment.

GMI and SUARAM values that the security of the country is of utmost importance and does not condone any terrorist activities, but one's entitlement to a fair trial should not be deprived on any basis. If the Government has evidence against the suspect, we urge the government to charge him in an open court; otherwise, he should be released without any delay and unconditionally.

It is a shame that the Government is again practicing double standards on issues related to ISA. On one hand, it plans to review the ISA but on the other hand, new detention is carried out discreetly as no prior announcements were made. This incident exhibits yet again the true colours of the ISA, which is extremely arbitrary and has been abused in the pretext of national security. We demand the government to release all detainees immediately or charge them in open court.

GMI and SUARAM urge the people of Malaysia to demand for the release of all ISA detainees and for the abolition of the ISA once and for all. For 50 years the ISA has been the dark shadow haunting human rights in Malaysia . Let us fight for our rights and for a better Malaysia without the ISA which allows detention without trial.

Abolish the ISA!!!

Release all ISA detainees!!!

Close KEMTA!!!

Monday, August 9, 2010

Bangkitlah Proletariat


Dalam pemikiran karl marx, proletariat adalah kelas kedua stratifikasi sosial. proletar adalah kelas yang menerima gaji dari kelas pertama iaitu kelas majikan. dimana mereka bekerja bersusah payah demi memenuhi keperluan harian mereka. sedangkan kelas majikan bekerja hanya untuk mencari untung dan laba. kelas proletar sering menjadi target atau mangsa eksploitasi para majikan yang berorientasikan kapitalis. untuk itu mereka sering diperas tenaganya dan diberi gaji yang rendah demi mengaut laba sebesar-besarnya.

Oleh kerana itu, proletar yang kehilangan kebebasannya akan memprotes tirani kapitalis tersebut dengan demonstrasi dan hal-hal lain yang diperlukan, namun para kapitalis tersebut akan menolaknya. mereka dipijak pemerintah atau penguasa kerajaan kerana merekalah yang memberi kekayaan negara. jika pemerintah tidak mengimbangi hak-hak kaum proletar dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata, maka sebuah gerakan anarkisme pun terjadi dan mungkin akan menciptakan revolusi. pasca revolusi maka terciptalah perubahan dari kapitalisme yang mencekik menjadi negara sosialis yang mendukung hak dan kepentingan rakyat.

Bangkitlah proletariat!! ayuh kita menentang dakyah-dakyah kerajaan pemerintah yang mencengkam dan membebankan.

Hapuskan G.S.T (Goods and Services Tax)!!!!

Protes Kenaikan Harga "3 Ditangkap" 9 August 2010

SUARAM mengutuk dan mengkritik terhadap tindakan kekerasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenakan terhadap 3 orang aktivis yang telah ditangkap kerana menghadiri upacara pelancaran kempen PROTES DI Kampung Kerinchi pada 530 petang hari ini.

Antara aktivis yang ditangkap adalah Tah Moon Hui, penyelaras dari badan Hak Asasi Manusia iaitu SUARAM dan pembantu kepada YB Tian Chua,Rozam Azen bersama kawannya yang bernama Fareez Kamal .Mereka ditahan oleh polis akibat dikatakan tidak memberi kerjasama dengan polis padahal mereka hanya menolak permintaan polis untuk membuka sebuah kereta yang bukan dimiliki oleh mereka.

Tindakan polis adalah tidak munasabah dan pihak polis telah menyalahgunakan kuasa untuk menangkap sesiapa sahaja walaupun mereka tidak melakukan pekara yang melanggari undang-undang. Upacara pelancaran kempen PROTES adalah dijalankan secara aman dan ia merupakan hak dan kebebasan rakyat untuk menyuarakan ketidakpuasan terhadap polisi kerajaan melalui cara keamanan.

Tujuan Kempen PROTES adalah untuk membantah kenaikan harga barangan keperluan awam yang dikatakan akan mempengaruhi kehidupan golongan miskin .Tindakan polis sedemikian jelas menunjukkan polis telah dipergunakan oleh kerajaan pemerintahan iaitu Barisan Nasional untuk menindas terhadap rakyat yang ingin mengkritik atau membantahkan polisinya yang kurang memanfaatkan rakyat.

SUARAM berpendirian bahawa isu penyalahgunaan kuasa polis amat ketara sekian hari dan hal ini jelas menunjukkan keperluan untuk mewujudkan mekanisme yang bersifat telus dan adil untuk memantau polis. Hal ini penting untuk melindungi dan menjamin hak rakyat seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Akhir kata, keengganan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera akan meningkatkan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis yang secara langsung menambahkan kemarahan dan kekecewaan rakyat jelata terhadap Polis Diraja Malaysia dan Kerajaan Barisan Nasional.

SUARAM menggesa kerajaan untuk segera melepaskan aktivis yang ditahan dan henti menggunakan kuasa Polis untuk agenda politik sendiri dengan mencabuli hak rakyat .

Thursday, August 5, 2010

Pendidikan Percuma "Pendidikan Adalah Hak Semua"


Pendidikan percuma dalam sebuah Negara Kebajikan bermaksud, perkhidmatan pendidikan diberikan secara percuma daripada peringkat rendah sehingga peringkat tinggi termasuk Ijazah Lanjutan. Perkhidmatan ini juga mungkin diberikan kepada rakyat asing yang ditawarkan menuntut di negara tersebut. Bagaimanapun penyediaan perkhidmatan pendidikan percuma ini selalunya tidak termasuk sara hidup dan lain-lain keperluan hidup seseorang pelajar. Pelajar atau mahasiswa bertanggungjawab sendiri untuk menyara kehidupannya sama ada melalui pembiayaan sendiri, keluarga, penajaan atau pinjaman. Demikianlah polisi yang berkaitan dengan pendidikan percuma yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara yang berorientasikan Negara Kebajikan.Sebenarnya pelaksanaan pendidikan percuma ini bukanlah satu perkara baru. Dalam sejarah ketamadunan Islam, pendidikan percuma ini telah diberikan dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi. Sebagai contoh semasa pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad, pendidikan percuma telah diberikan sehingga menjadikan kota Baghdad sebagai pusat tumpuan para penuntut ilmu dari seluruh dunia. Demikian juga dengan pemerintahan Islam di Andalus, telah memberikan pendidikan percuma sehingga ramai penuntut ilmu dari Eropah berhijrah ke sana. Sehingga hari ini masih terdapat beberapa universiti di negara-negara dunia Islam yang mewarisi pendidikan percuma ini termasuklah Universiti Al-Azhar. Beberapa sumber digunakan untuk pembiayaan pendidikan percuma ini termasuklah wakaf, zakat dan sedekah.Pendidikan percuma diberikan oleh kerajaan sesebuah Negara Kebajikan kerana ia dilihat sebagai keperluan asasi bagi setiap rakyat. Perkembangan dasar Liberalisme yang menjadi pegangan negara-negara moden mengkehendaki kerajaan bersifat lepas tangan (Laissez Faire) bermula dalam Ekonomi kemudiannya menghakis kepada beberapa keperluan asasi rakyat seperti pendidikan. Di kebanyakan negara yang mengamalkan dasar itu, menganggap pendidikan tinggi bukanlah keperluan asasi rakyat, justeru kerajaan tidak bertanggungjawab menyediakannya secara percuma. Lewat kurun ke-20, pendidikan tinggi ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk sumber pendapatan negara, malah sebagai sebagai komoditi dagangan khususnya bagi golongan Neo-Liberalisme. Di Malaysia, penggubalan akta-akta berkaitan pendidikan pada pertengahan dekad 1990-an salah satunya mempunyai tujuan ini. Malaysia dilihat menuruti beberapa negara seperti Australia menjadikan pendidikan tinggi ini peluang untuk menambahkan pendapatan negara melalui kutipan yuran dan seumpamanya. Bagaimanapun masih terdapat banyak negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi seperti negara-negara Sweden, Norway, Finland dan lain-lain di Eropah, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain dari kalangan negara pengeluar Minyak, Cuba sebuah negara Sosialis serta Sri Lanka sebuah negara membangun. Hakikat ini menunjukkan bahawa pendidikan percuma ini tidak semestinya dilaksanakan hanya oleh negara-negara kaya.

Antara negara-negara yang mengamalkan sistem pendidikan percuma dan sekaligus telah berjaya melahirkan puluhan ribu graduan-graduan yang berkualiti adalah :
1. New Zealand
2. Germany
3. France
4. Norway
5. Finland
6. Sweden

Malaysia bila lagi? harap universiti & kolej saja banyak, tapi kualiti tidak ada. hancur2.


Sunday, August 1, 2010

Undang Undang Hutan.


Undang-undang hutan seperti yang kita sedia maklum adalah untuk haiwan-haiwan dan binatang-binatang saja. tapi kita lihat sekarang sebuah kerajaan negara 'pallmallsia' telah mengamalkan undang-undang ini untuk tempoh yang sekian lama iaitu 50 tahun. mereka seolah-olah menggangap manusia hanyalah binatang untuk diternak dan dituba lalu dijadikan lauk untuk mereka santap di saat kelaparan lalu sesudah itu menyuruh orang gaji ataupun bibik mereka membuangnya kedalam tong sampah. semudah itu? semudah ABC dan alip ba ta? kahkahkah.

Kalau macam tu mudahnya, aku pun nak bela manusia juga la, dengan kuasa diktatoris dan kuasa vito aku tarik mereka, humban, sepak2 sikit barang sedas dua, kerat leher dan jilat darah mereka yang mengalir. nikmat wei. "real horror show". haha.

Hidup law of the jungle!! hahahaha. seronok hidup di pallmallsia sbb ada law of the jungle!! kahakahkah

Keputusan Bervigil Menentang ISA 1 August 2010


Police intolerance to freedom of assembly, 25 arrested at vigil to oppose ISA

The authority’s intolerance to peaceful assembly continued, when the police arrested 21 persons at Padang Timur, Petaling Jaya and 4 at Penang during a nationwide candle light vigil in conjunction with 50 years of ISA before the event started. Police had move into Amcorp Mall to arrest most of the peoples.

Those people arrested at Petaling Jaya are:

1. Syed Ibrahim – chairperson of GMI
2. Suresh Kumar
3. Mohd Fiqtriey
4. Naqiuddin Sahar
5. Albert Ang Yik Chuan
6. Yew Hun Ng
7. Bahrulhisham
8. Enalini Elumalai
9. Arulchevan
10. Mien Lor
11. Thilaga Sokiapillay
12. Tsuing Han See
13. Kohila Y.
14. Bawani K.
15. Parames E.
16. Sivaranjani
17. Lee Wei Ni
18. Ng Yap Hwa
19. E. Sarawanen
20. Xavier Sim Yoon Han
21. Aiman Siew Teck Meng

Those peoples arrested at Penang are:

1. Choo Chon Kai
2. Kris Khaira
3. Darshan Singh
4. Ong Jing Cheng – Suaram Penang branch Coordinator

Beside the above, the Kelantan vigil’s coordinator Zaidi Musa and Hamidi Musa were hold by police for investigation after the vigil successful reach to the end.

SUARAM strongly condemns the police for their continued attacks on freedom of expression, a fundamental right which is guaranteed under the Universal Declaration of Human Rights and the Federal Constitution of Malaysia.