Tuesday, August 17, 2010

4 Months,3 Weeks & 2 Days.

klik imej untuk paparan lebih jelas


Kalau kita bercakap tentang kuantiti jumlah filem yang dihasilkan setiap bulan & setiap tahun jumlahya memang banyak sekali. dari yang banyak itu, pasti hanya akan ada beberapa filem saja yang 'stand out', baik dari segi kuantiti (berapa banyak kutipan yang diperolehi) dan kualiti (biasanya diukur dari pencapaian filem itu dalam festival-festival filem).

Apa yang aku tulis ini adalah berdasarkan filem pada tahun 2007, 3 tahun lalu. dari sekian banyak filem yang diedar dan diputarkan pada tahun 2007, nampakya tidak banyak yang boleh menyebabkan aku 'aware' dan pada aku hanya satu filem saja yang benar-benar melekat dalam kepala dan jantung aku iaitu "4 Months, 3 Weeks & 2 Days". sebuah filem dari romania yang berjaya meraih beberapa penghargaan dari festival luar negara. filem ini merupakan salah satu filem yang secara efektif mampu menggiring emosi penontonnya. filem yang dihasilkan oleh buah tangan Christian Mungiu, dimana beliau bukan saja mengarah, beliau juga adalah penulis skrip dan penerbit bersama filem ini.

Secara ringkasnya filem ini sebenarnya hanya menggambarkan sebuah peristiwa singkat yang terjadi dalam kehidupan salah seorang karektor yang ada didalam filem ini. cerita tentang otilia yang berusaha membantu temannya, gabita, untuk mengugurkan kandungannya. dipertengahan filem ini kita akan dibawa masuk kedalam perjuangan otilia dalam membantu temannya, dimulakan dengan mencari tempat, mengumpul duit, mencari orang yang boleh membantu proses aborsi. ada juga terdapat sisi lain kehidupan otilia yang harus menghadapi kekasihya dan masalah dengan keluarganya.

Filem ini memang bercerita tentang masalah aborsi dan segala konflik yang melingkupinya. tensi cerita yang dibangun pun memang lebih kepada bagaimana mereka berusaha untuk melakukan tindakan illegal tersebut, ditengah-tengah kondisi politik romania yang sedang panas pada saat itu. segala risiko dan tindakan mereka yang cuba untuk melakukan suatu hal yang tidak hanya bertentangan secara nurani tapi juga melawan hukum.

Filem ini pada adalah salah satu diantara filem terbaik yang pernah aku tonton, mungkin. subjektif? pasti. setidaknya aku ada alasan khusus untuk memberikan penilaian sedemikian. filem ini sederhana, hanya banyak berpusat pada karektor-karektor utama, setnya juga sederhana. lalu apa yang membuatkan filem ini luar biasa?.

Apa yang menarik adalah bagaimana filem ini membangun secara perlahan dan efektif tanpa kita sedari adalah satu kredit luar biasa yang tidak dapat aku nafikan. Christian Mungiu berjaya membuat filem yang pada awalnya nampak kaku dan layu bertukar kepada sebuah filem dengan tingkat ketegangan yang tinggi, sangat thrilling dan membuatkan ingin tahu kesudahannya.

Filem ini digarap dengan sangat natural, ini menyebabkan filem ini kelihatan penuh yakin. filem ini juga secara pasti mampu membangun empati dengan para penontonnya, sehingga kita seolah-olah turut dapat merasakan ketegangan dan resah seperti yang dirasai oleh otilia. filem ini adalah filem yang berpaksikan genre drama tapi mampu menampilkan kompleksiti cerita, kedalaman karektor, dan tensi cerita secara pasti. hasilnya adalah sebuah tampilan filem yang rapi, sangat natural dan cukup baik dari segi teknik.

Filem sederhana ini memang agak luput dari perhatian masyarakat umum yang secara jelas lebih menggemari filem aksi-aksi walaupun pada hakikatnya filem-filem aksi kebanyakkan adalah untuk hiburan semata-mata tanpa ada makna-makna tersirat di sebaliknya. untuk menonton filem yang konfliknya amat kompleks dan memerlukan konsentrasi tinggi untuk mengetahui jalan ceritanya secara utuh sememangnya memerlukan kesabaran ekstra untuk menontonnya.

Walaupun endingnya memang sengaja dibuat tanpa penyelesaian, filem-filem beginilah yang memenuhi selera aku yang pada hakikinya pun hidup dalam keadaan yang tidak ada penyelesaian dibumi tuhan ini. filem yang idealis, mempunyai kualiti juara, nampak ringan tapi sangat padat, nampak sederhana tapi sangat kompleks. aku tabik pada kau mingiu.

sekian. terima kasih.

No comments:

Post a Comment