Thursday, August 12, 2010

Kebangkitan Kaum Buruh dan Pekerja (Haymarket Square 1886)

klik untuk imej lebih besar

Sepatutnya aku menulis tentang kebangkitan kaum buruh dan pekerja pada hari pekerja, tapi oleh kerana aku dah terlampau gatal tangan sangat untuk menaip so aku taip saja lah. buat apa nak tunggu hari pekerja, baik taip sekarang. bukan berdosa pun. tak ada hadis dalam quran pun kata berdosa. hahaha.

Aku nak ceritakan serba sedikit tentang sejarah besar untuk kaum pekerja dan buruh pada rusuhan terbesar pada tahun 1886 di chicago, amerika syarikat. rusuhan yang telah memberi impak terbesar, dimana kebangkitan kaum pekerja dan buruh untuk menuntut hak mereka setelah ditindas oleh kerajaan pemerintah.

Puncak terjadinya rusuhan buruh di haymarket square, chicago, 4 may 1886, demonstrasi di chicago ini adalah bahagian daripada demonstrasi sejak tanggal 1 may di seluruh amerika, dimana mereka menuntut standard waktu kerja sehari hanya 8 jam sehari dan tidak lebih dari itu. demonstrasi yang awalnya aman, telah berubah menjadi satu rusuhan besar ketika seseorang yang sampai sekarang tidak diketahui identitinya telah melempar bom ke arah pihak polis dan telah mengakibatkan seorang polis terbunuh. tindakan ini telah menyebabkan pihak polis telah melepaskan tembakan yang membabi buta terhadap para demonstran. hasil dari rusuhan ini telah mengakibatkan 8 orang polis telah terbunuh dan 4 orang kaum buruh juga terbunuh. 60 orang polis telah tercedera manakala jumlah kaum buruh dan pekerja pula tidak diketahui berapakah bilangan mereka yang cedera, tapi dikatakan ianya melebihi jumlah polis. setelah rusuhan reda, polis telah bertindak dengan menangkap 8 orang pemimpin buruh & pekerja, dimana daripada 8 orang tersebut 5 orang dijatuhi hukuman mati, 3 orang dipenjara seumur hidup. sesaat sebelum mereka di gantung, 4 orang daripada mereka telah menyanyikan lagu perjuangan internasional. lagu yang sememangnya sering dinyanyikan oleh golongan sosialis dan anarkis.

Walaupun kalah, perjuangan kaum buruh chicago ini menjadi semangat bagi perjuangan buruh diseluruh dunia. second international, organisasi parti-parti sosialis dan buruh seluruh dunia pada kongresnya yang pertama di tahun 1889 menjadikan tanggal 1 may sebagai hari buruh internasional. semua demonstrasi besar direncanakan pada tanggal 1 may sebagai mengingati peristiwa rusuhan di chicago, termasuk peristiwa terjadi di kota pullman, iiilinois, pada awal may 1894. kali ini , buruh di kilang pembuatan kereta pullman telah berdemonstrasi menentang pemotongan upah mereka. demonstrasi telah berlarutan sehingga presiden amerika pada masa itu, grover hoover, telah menghantar pasukan federal, marshall dan tentera untuk menghentikan demonstrasi tersebut. dimana kedatangan marshall, tentera ini telah mengakibatkan 13 pekerja terbunuh dan puluhan darinya cedera.

Setelah rusuhan itu, presiden hoover telah menjadikan rekonsiliasi dengan kaum buruh sebagai prioritas. dimana ianya adalah untuk mengambil hati kaum buruh dan pekerja. pertemuan federasi buruh amerika di tahun 1909 menjadikan hari minggu sebelum hari buruh adalah sebagai minggu buruh, didedikasikan untuk mempelajari aspek-aspek pendidikan dan spiritual hari buruh.

Itulah sejarah ringkas hari buruh di amerika yang tidak diketahui oleh generasi yang malas membaca, mencari dan menonton. walaupun berbeza waktu untuk memperingatinya, sedikit sebanyak kaum buruh amerika telah banyak memberikan sumbangan besar bagi membaiki taraf hidup kaum buruh sedunia.

Bangunlah kaum buruh dari tidur!!!! tuntutlah hak-hak anda!!! jangan biarkan penindasan terus berlaku!!!

No comments:

Post a Comment