Aku merayau-rayau bersama teman aku entah dimana. aku ternampak sebuah poster. aku mengoyaknya. aku membacanya..
REWARD : SEORANG PENGANGGUR, PELAMUN MARIJUANA, DAN PEROMPAK. DIKEHENDAKI POLIS. SILA TELEFON. GANJARANNYA LUMAYAN.
Aku pening, aku mabuk, aku sasau, aku nanar, aku linglung, aku kacau bilau, aku berontakan.
"...apabila telinga manusia tidak dapat mendengar/menikmati/tuli pada suara yang merdu, apabila pandangan kita tidak dapat melihat/menilai/buta keindahan, apabila hati kita tidak dapat merasai/menerima, apabila penciuman kitahanya terbau kebusukan, apabila benda yang kita sentuh semuanya kesat dan gerigis, inilah yang akan terjadi...."
barangkali pengaruh kuasa asing itu yang telah merasuk jiwa aku. kuasa magik kemiskinan, ditambah pula kelaparan, penghinaan, penderitaan, pemberontakan, dan segala macam lagi telah membius seluruh otak aku.
sekarang ke mana aku akan bersembunyi?
ke dalam lubang gelap?
aku telah diangkat terbang ke angkasaraya...terapung-apung...
..aku terbang sebebas-bebasnya di angkasaraya..
kini aku takjub melihat ribuan manusia sedang terbang terapung-apungan. mereka yang sedang merana putus asa itu berterbangan disana-sini. mereka yang tidak diperlukan di bumi. mereka juga telah dirasuk kuasa-kuasa asing. mereka hanya berterbangan. mereka bergerak merawak-rawak tanpa arah tuju di angkasa raya, persis jutaan kelkatu malam. mereka hidup di dalam pembuangan diri di angkasa raya. mereka telah berlanggar-langgaran sesama sendiri, lalu ada yang jatuh terhempas ke gaung yang dalam lagi gelap zulmat.
adakah laungan mereka yang malang, yang bergema di angkasa raya itu membangunkan gerombolan politikus, agamawan, cendekiawan, intelektual, sasterawan atau aktivis sosial yang kekenyangan dan sedang tidur dengan puas di atas tilam empuk dibawah kolong langit?. mereka yang baru pulang berceramah dan berpidato tentang masyarakat madani, masyarakat u-topia, masyarakat yang diredhai kerajaan dari langit atau entah apa-apa lagi.
mereka semua sudah tuli!!
dan mereka semua sudah buta!!! .

No comments:
Post a Comment