Wednesday, November 10, 2010

Perjalanan Menuju Puncak Erotik Dalam "Henry & June"

Henry & June (1990)

Bagi mereka yang asing dengan nama pengarah Philip Kaufman, beliau adalah salah seorang pengarah hollywood yang berani mengambil risiko dengan meloncat dari satu genre filem ke genre filem yang lain, bermula dengan drama realisme hingga fantasi dan komedi.

Henry & June boleh dikatakan semacam novel autobiografi dari Anais Nin. filem ini mengisahkan tentang hubungan triangle amoureux antara Anais Nin dengan pasangan suami isteri iaitu Henri Miller dan June Miller. berlatar sekitar 1930-an, filem ini dibuka dengan potret rumah tangga Anais Nin dan suaminya Hugo, seorang pegawai bank yang tinggal di paris. hubungan suami isteri borjuis ini pada mulanya aman saja. sebagai pengarang, Anais mempunyai imaginasi-imaginasi nakal tentang seks, perkara ini tidak diketahui oleh Hugo, Anais bukan sekadar berimaginasi tapi beliau berhasrat untuk menikmati imaginasi-imaginasi nakalnya itu.

Pasangan Miller pun datang sebagai media bagi Anais untuk mewujudkan semua impian-impian liarnya. gilanya, Anais tidak hanya tertarik pada Henry Miller, iaitu seorang penulis yang berasal dari new york yang kasar dan agak sombong, tapi beliau juga tertarik pada isteri Henry iaitu June Miller, iaitu seorang tipikal wanita bebas, liar, misteri dan mengghairahkan. Anais terjebak pada dilema antara Henry dan June. Henry tidak hanya dijadikan sumber pengalaman sastera bagi Anais, tapi sumber pengalaman ghairah. sementara bagi June pula, Anais bertemu dengan kesesuaian dan kebebasan, June berposisi sebagai "lelaki" dalam hubungan mereka.

Philip Kaufman, sebelum filem ini, mengekplorasi tone erotik dalam filem The Unbearable Lightness of Being. kalau dalam The Unbearable Lightness of Being beliau memanfaatkan erotisme untuk membahas perbezaan filosofis mendasar dari cinta dan nafsu. Henry & June pula adalah lebih kepada tentang sensualisme, liberalisasi dan transformasi. tone erotisme dalam Henry & June dibuat dengan lebih berani berbanding dalam The Unbearable Lightness of Being. berbanding sekadar menjadi sebuah filem tentang orang yang tidur seranjang dengan orang lain untuk kenikmatan peribadi, Philip Kaufman berjaya membawa Henry & June ke arah pembelajaran. bukan pendidikan seks (sex-education), tapi pembelajaran bagi watak Anais Nin. perjumpaannya dengan pasangan Miller ditampilkan bukan hanya sebagai pengalaman sensual semata-mata, tapi juga sebagai media transformasi watak Anais.

Tidak ada satupun di antara watak utama (Anais, Henry dan June) yang ditunjukkan untuk memancing simpati. ketiga-tiga watak dalam filem ini adalah anti-simpati. siapa yang bakal simpati dengan gaya hidup orang-orang hedonis seperti ini?. satu-satunya watak yang boleh mendapat simpati penonton hanyalah Hugo, suami Anais. watak paling anti-simpati adalah June, dan Uma Thurman berjaya membawa watak ini dengan begitu baik. pada kenyataannya ini memang bukan filem yang boleh membawa semangat dan bukan juga filem inspiratif, ini memang filem tentang kehidupan hedonistik.

Philip Kaufman cukup berhasil menggambarkan explicit seksualisme. seperti novelnya, filem Henry & June bakal dianggap sebagai sebuah bentuk kebebasan berekpresi dalam berkarya bagi sesetengah orang, tapi bakal juga dianggap filem kotor oleh orang-orang yang berfikiran sempit dan tipikal.

No comments:

Post a Comment