Tuesday, November 9, 2010

"Ten" Potret Hypnotic Seorang Wanita Moden

Ten (2002)

Abbas Kiarostami sememangnya adalah salah seorang pengarah yang sering bereksperimen dengan filem-filemnya, bukan hanya dari segi kontekstual, tapi juga secara teknik dan filosofis, tidak hanya pada bentuk, tapi juga merangkumi isi. Ten tidak seperti filem-filem pada umumnya yang sering ditayangkan di panggung-panggung, filem ini dengan berani melepaskan diri dari bentuk-bentuk konvensional sebuah filem pada umumnya. itulah yang membuat abbas kiarostami berbeza dengan pengarah konvensional.

Setelah bermain-main dengan tema eksistensialis dan batasan antara fiksi dan realiti dalam Taste of Cherry dan trilogi Koker, kali ini abbas kiarostami bermain dengan gaya minimalis yang lebih inovatif. Ten tidak pengusung pendekatan poetic (puisi) seperti dalam Taste of Cherry, tapi lebih ke arah realis.


Seperti tajuknya, Ten terbahagi kepada sepuluh bahagian, setiap bahagian merupakan percakapan antara seorang wanita yang sedang memandu kereta dengan berbagai orang yang duduk di dalam keretanya ketika dia memandu menyusuri sekitar tehran. penumpangnya antara lain : amin-anaknya, temannya, seorang pelacur, kakaknya dan seorang wanita tua. percakapan di antara mereka menyentuh pelbagai macam hal, umumnya persoalan wanita : masalah peribadi beliau, konflik ibu-bapa, masalah pernikahan dan perceraian, takdir dan keyakinan spiritual, status dan posisi wanita, prostitusi hingga permasalahan politik gender di iran.


Sekalipun hadir dengan gaya minimalis, Ten mempunyai muatan universal. Ten membahas bagaimana sudut pandang para wanita terhadap dunia, dimana persepsi mereka umumnya berkait kepada keterikatan terhadap lelaki.

Ten juga boleh dikatakan sebagai sebuah filem yang membahas masalah polemik gender di iran. saya tidak akan mengkategorikan filem ini sebagai propaganda, lagi pun pada dasarnya Ten hanya menunjukkan potret berbanding sebuah propaganda sosial.


Abbas menggunakan method yang tidak umum dalam pembuatan filem ini. beliau menggunakan cara "dashboard camera" yang sebelumnya juga digunakannya pada filem Taste of Cherry dan The Wind Will Carry Us. tapi method yang digunakan oleh abbas kali ini benar-benar inovatif, bahkan di New York's Film Forum ianya membingungkan pemahaman konvensional tentang cara pembuatan sebuah filem. gaya minimalis pada Ten sangat berbeza dengan gaya maksimalis di dalam filem Russian Ark.


Ten sememangnya bukan filem tontonan ringan, bukan tipikal filem-filem popcorn, malah pasti dinilai menjemukan bagi penonton yang sudah terkontaminasi kekonvesionalan hollywood. ini adalah filem untuk mereka yang mencari sesuatu yang baru, sesuatu yang lebih dan deep, dan sesuatu yang bukan sekadar karya komersial. pada saya inilah apa yang di namakan filem.


p/s : Penumpang (2010) arahan Al-Hafiz Burhanuddin juga menggunakan method "dashboard camera", mungkin terinspirasi dari Abbas Kiarostami, mungkin!.

No comments:

Post a Comment