Thursday, December 30, 2010

"Black Swan" Sebuah Obsesi Yang Menghancurkan

klik untuk imej lebih besar


Obsesi yang menghancurkan nampaknya menjadi kegemaran seorang Darren Aronofsky untuk selalu dituangkan dalam setiap karya-karyanya. lihat saja dalam filem pertamanya iaitu PI, yang menceritakan tentang seorang pemuda yang obses dengan teori matematik. Requiem For A Dream, para junkies yang mengharapkan hidup yang lebih baik dengan cara yang salah. The Fountain, seorang ilmuwan yang ingin menakluk ruang dan waktu bertemu dengan kekasih hatinya. The Wrestler, bekas ahli gusti profesional yang tidak pernah ingin berhenti berkarier. manakala dalam karya terbarunya Black Swan, aronofsky membawa tema obsesnya ini ke tahap level yang lebih tinggi. Kalau kita lihat filem ini secara sepintas lalu, ianya mungkin hanya menceritakan tentang 2 orang musuh ataupun pesaing penari ballet yang bersaing untuk berebut peranan yang lebih prestige atau lebih agung, iaitu swan queen. namun bukan Darren Aronofsky namanya jika tidak mampu membuat tema yang sebenarnya sederhana ini menjadi sebuah sajian yang kompleks, berat dan penuh dengan komplot-komplot rahsia psikologi kelas atas namun sangat menarik untuk ditonton. ya, Black Swan adalah sebuah thriller psikologi yang sangat kompleks, absurd, sensual, gelap, erotik dan juga dihiasi dengan adegan-adegan simbolik yang berselimutkan aroma horror yang mengerikan, walaupun jelas filem ini bukanlah filem horror atau boleh saya katakan menyaksikan Black Swan sama sensasinya seperti kita menyaksikan gabungan filem-filem Rosemary's Baby, All About Eve dan The Red Shoes yang di-mix menjadi satu.

Filem berdurasi 108 minit ini adalah ibarat pentas pertunjukan yang mengisahkan pencarian jati diri seorang Nina, dimana secara perlahan-lahan bertransformasi dari karektor "white swan" menjadi "black swan" yang ditunjukan dalam rangkaian horrific moments nan absurd yang secara tidak langsung menuntut para penonton untuk berfikir secara dalam untuk menyimpulkan apa yang sebenarnya terjadi pada karektor Nina, apakah ianya mimpi atau kenyataan?. hampir satu pertiga filem ini menghadirkan sebuah study karektor yang dibangun dengan sangat epik oleh Natalie Portman. inilah lakonan terbaik beliau setelah watak Mathida dalam filem Leon : The Professional 16 tahun lalu. beliau berjaya menyelami karektor Nina dengan baik dan penuh berkesan, hinggakan kehadiran Vincent Cassel dan Mila Kunis pun tidak mampu menandingi pesonanya.

Setelah 1 jam pertama Aronofsky cuba memberi gambaran tentang karektor Nina dengan segala konfliknya yang di alur secara perlahan, di 30 minit terakhir pula adalah puncak dari segalanya. dengan balutan teknik kamera yang dinamik, sinematografi yang indah, koreografi yang mempesona, sebuah persembahan penutup dari pementasan teror ballet "angsa hitam" ini berjaya ditutup dengan klimaks puncak yang sanggup membuat saya bengkak mata melihatnya. sebuah penutup yang super dramatik dan membekas seperti yang sering ditunjukan Aronofsky dalam filem-filemnya sebelum ini.

Bolehlah kiranya saya mengatakan Black Swan adalah salah satu karya tergeniusnya, mungkin yang terbaik selepas Requiem For A Dream. hampir semua aspek teknik mahupun non teknik berjaya digarap dengan sempurnya oleh beliau, ianya ternyata menyajikan sebuah pengalaman dan sensasi sinematik unik yang tidak boleh dilupakan, mengerikan, menakutkan dan emosional. inilah filem yang sangat cantik dan bolehlah kiranya saya labelkan sebagai Nightmarish Masterpiece.

Akhirnya,

Akhirnya,


Setelah beberapa malam panjang yang melelahkan,
Setelah siang-siang yang penuh,


Kita akan kembali pada udara yang terisi aroma sarapan dan pakaian yang baru dijemur,
Pada kesibukan humanis yang sederhana,
Pada sebuah pagi yang damai dan sementara,


Akhirnya, besok.

Saturday, December 25, 2010

Eksistensi

Malam yang dingin itu, Gabril termenung panjang. apakah ini penting untuknya. atau boleh dijadikan hobi. huh! Gabril percaya akan eksistensi tuhan. tetapi ruang untuk meletakkan eksistensi itu dimana? kenyataan bertulis dalam diari hakikat tidak cukup!

"Apakah mempercayai tuhan, tanpa menemuinya adalah iman? atau takut masuk neraka yang tak pernah dilihat itu juga iman? apakah takut itu iman?. sedang berani pula dikata tiada iman?. apakah beriman itu beragama. sedang atau lihat, ia sekadar teori diatas kertas yang tercetak dibuku-buku dan kitab. terbatalkah aqidahku mempersoal tentang iman, tentang tuhan, sedang maksud maksud iman itu sendiri masih ku longgar?. kenapa manusia lebih takut pada agama sebab agama bukanlah tuhan?. apakah agama itu? kenapa ada agama? kenapa perlu dipaksa-paksa dalam beragama? bolehkah melaksanakan agama tanpa ada ikhlas? apakah ikhlas itu? agama?"... arrrrgh....sial tolong, tolong. "tuhan tolonglah aku".

'Diari Hakikat' itu menjadi tempatnya bersoal tanya. tercatat segala persoalan. ada rintih yang dalam, ada celaru yang kuat. semakin dia bersoal pada dirinya, semakin banyak lagi persoalan yang timbul. persoalan yang berputar pusing pada paksi yang sama amat memenatkan.

- dipetik dari zine Gudang Garam 2 -

Sunday, December 19, 2010

Rubaiyat 38 حافظ

آن جام طرب شکار بر دسـتـم نـه
وان ساغر چون نگار بر دسـتـم نـه
آن می‌کـه چو زنـجیر بـپیچد بر خود
دیوانـه شدم بیار بر دسـتـم نـه

Bring me the cup that preys on joy;
Bring me a lover who is shy and coy.
The wine that twists and turns like a chain
Bring me to enslave and destroy.

Saturday, December 11, 2010

Seksualiti Kemewahan

Pada tanggal 11 julai 1986 aku telah dikerahkan oleh 'tuhan' untuk keluar 'berkerja' setelah selama hampir 8, 9 bulan duduk melangut tanpa 'kerja'. aku telah diutuskan untuk berkerja di dalam profisi alam, hidup dan kematian. jawatan yang telah diberikan kepada aku adalah jawatan sebagai "manusia". dimana aku telah diletakkan di bawah pengawasan 'majikan' aku iaitu ibu dan bapa. apa yang aku tahu 'majikan' aku inilah yang telah berhempas pulas supaya aku dibenarkan untuk keluar 'berkerja' dan dengan izin 'tuhan' maka permohonan kedua-dua majikan aku ini telah diluluskan oleh 'tuhan'. dan sehingga hari ini aku masih berkerja di bawah kedua-dua 'majikan' aku ini dan juga masih berhubung secara ritual dengan 'tuhan', 'tuhan' ini bolehlah aku katakan orang yang paling berkuasa di dalam syarikat aku berkerja ini. di mana 'tuhan' adalah pengarah segala pengarah dalam 'syarikat alam kehidupan sdn bhd' ini.

Sesungguhnya tiada kerja yang maha suci dari berkerja dan terus berkerja untuk 'tuhan'.

Aku tak peduli jika orang kata bidang ataupun 'dunia' yang sedang aku teroka ini tidak menjanjikan kemewahan dan keuntungan. aku cuma mahu makan dan hidup saja. aku tak peduli jika orang bermegah dengan rumah banglo, kereta mewah, tanah berekar-ekar, duit berjuta-juta. kesenangan dan keselesaan hidup itu pada aku bukannya bergantung dari kemewahan, kereta mewah dan duit berjuta-juta yang kau ada. segala material-material songsang ini hanyalah bentuk picisan 'dunia'. bila kau mati bukannya kau boleh heret kemewahan kau ni masuk kubur dan bawa dia bersama kau dalam syurga. duit kau berjuta-juta tu tak mampu untuk kau merasuah malaikat supaya memberi pahala pada kau. ianya juga tidak mampu untuk menggelapkan mata tuhan.

p/s : untuk sang pengutuk-pengutuk, mamat cakap belakang, dan mereka yang memiliki nilai seksual yang tinggi terhadap kemewahan.

Friday, December 10, 2010

Selamat Hari H.A.M


this is the duty of our generation as we enter the twenty-first century -- solidarity with the weak, the persecuted, the lonely, the sick, and those in despair. It is expressed by the desire to give a noble and humanizing meaning to a community in which all members will define themselves not by their own identity but by that of others.

Selamat Hari Hak Asasi Manusia 2010 disember 10.

Monday, December 6, 2010

Pembelajaran Skala 2


Malaikat : ya aliff fikri, semasa kau hidup dulu kau ada diploma dan degree ke tidak?

Aku : ada, kenapa?


Malaikat : kalau ada kau boleh masuk syurga!

Aku : yes!



diploma dan degree itu tidak menjanjikan apa-apa. ianya hanya sebentuk material yang dipandang 'kononnya' menandakan orang itu berjaya di dunia. diploma dan degree bentuk fizik yang mendogma pemikiran manusia-manusia ke jalan 'kejayaan' duniawi. makna kejayaan itu telah diselewengkan ke atas diploma dan degree. disini bolehlah kiranya aku mentafsirkan bahawa 'tuhan' baru untuk kejayaan adalah 'diploma dan degree'. kepada penganut agama 'kejayaan' ini teruskanlah bersembahyang untuk tuhan anda ini. kerana dengan diploma dan degree ini saja akan menentukan tempat anda dikemudian hari, sama ada di neraka atau syurga.



p/s : ditujukan untuk mereka-mereka, orang-orang, makcik-makcik & pakcik-pakcik yang berfikiran sempit dan hanya memandang bahawa diploma dan degree saja yang menentukan orang itu berjaya atau tidak. kahkahkah. tipikal!

Sunday, November 28, 2010

Pembelajaran


Buku Latihan Sekolah

NAMA : Aliff Fikri

TINGKATAN : 2 Han

PERKARA : Han 2

SEKOLAH : Hidup & Mati

Saturday, November 27, 2010

'Meshes of The Afternoon ' Movie Yang Perlu Kau Tengok Sebelum Kau Mati.





What I really like about Deren is the way she makes unashamedly symbolic films. she turns things like keys and cats into tokens of subconscious patterns. she broke loose from the typical pattern of expressing interior states through mise-en-scene, dramaturgy, storytelling convention, etc... she completely ignored the way cinema always tries to comprehend the exterior and interior in the same frame. what we get in Meshes of the Afternoon is a blast of pure subjective cinema that without a shred of irony accepts a woman's dream as a legitimate form of expression. we live in a post-resnais, post lynch world in which we find these kinds of subjective expressions and cyclical, psychological narratives all over the place. but Meshes is from 1943. this is a whole fifteen years before Hiroshima, Mon Amour and Marienbad, which register as key films in the next wave of cinema that dealt with memory, gender, and violence with the same uncritically post-modern verve that motivated Deren. of course it is a throwback to Cocteau and Dali, but there is something very distinctly post-war about it as well.

Thursday, November 25, 2010

Hari Tanpa Belanja

Hari Tanpa Belanja K.Lumpur 27 November 2010 ini di Map, Solaris Dutamas.


Apa benda hari tanpa belanja ni?
sebuah idea sederhana untuk bersikap lebih kritis pada budaya konsumer dengan jalan mengajak kita untuk tidak berbelanja selama satu hari. ini dilakukan untuk melawan budaya konsumer.

Dari mana hari tanpa belanja berasal?
bermula dari 1993 www.adbusters.org sebuah organisasi yang berpusat di kanada yang bertujuan meningkatkan kesedaran kritis konsumer (idea asal adalah dari seorang makhluk tuhan bernama Ted Dave. kini hari tanpa belanja telah dirayakan secara internasional di lebih 30 negara.

Apa tujuannya?
ideanya adalah untuk membuatkan orang ataupun pengguna untuk berhenti dan tidak berbelanja untuk barangan yang bukan merupakan keperluan mereka. dan berfikir tentang apa dan seberapa banyak barang yang mereka beli telah mempengaruhi lingkungan.

Siapa yang merayakannya?
anda!!! ini adalah perayaan anda!! bagi tahu rakan-rakan, teman-teman, pasanglah poster dan jangan belanja pada 27 november.

Mengapa ada perbezaan tarikh perayaan?
di amerika syarikat dan kanada, hari tanpa belanja tahun ini dirayakan pada 26 november, sehari selepas perayaan thanksgiving. di kuala lumpur, hari tanpa belanja akan dirayakan pada 27 november 2010 iaitu pada hari minggu, dimana hari minggu adalah hari masyarakat metropolitan kota dan para hipster-hipster berbelanja dan berhibur menghabiskan wang ringgit mereka.

Apa yang akan saya dapat?
selama 24 jam anda akan menjarakkan diri dari konsumerisme dan akhirnya mulai sedar bahawa berbelanja itu tidaklah terlalu penting. tanpa belanja hidup anda sebagai manusia akan lebih cermat dan lebih normal.

Apakah itu bererti saya dilarang berbelanja?
percayalah sehari tanpa belanja tidak akan membuatkan hidup anda menderita.
Belanja, apa salahnya?
sebenarnya bukan hanya berbelanja saja yang merbahaya, tetapi apa yang kita beli itu juga bahaya. ada 2 wilayah yang perlu kita perhatikan iaitu lingkungan dan kemiskinan. negara-negara kaya di barat (hanya 20% dari populasi dunia) mengkonsumsi lebih dari 80% sumber alam dunia, dan meyebabkan ketidakseimbangan dan kerosakkan lingkungan. kita patut bimbang pada cara barang-barang kita dibuat.

Bagaimana dengan lingkungan?
bahan-bahan baku dan cara pembuatan yang digunakan untuk membuat barang-barang yang kita miliki itu tanpa kita sedar dibuat dari bahan-bahan yang beracun, bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerosakkan persekitaran, dan ini sekaligus menyebabkan pemborosan energi.

Apakah tidak berbelanja satu hari akan menyebabkan berlakunya perubahan?
hari tanpa belanja tidak akan mengubah gaya hidup kita hanya dalam satu hari, ianya lebih kepada pengalaman kita untuk melakukan perubahan. tujuan utama hari tanpa belanja adalah untuk menyusup masuk dalam ingatan, dan merayakannya setiap tahun seperti mana kita merayakan hari natal, hari raya aidil fitri, chinese new year, thaipusam dan lain-lain. tapi ianya agak unik dari hari perayaan yang lain kerana ianya menyebabkan kita berfikir tentang fungsi dan nilai ekonomi serta sedikit sebanyak menjadi pengguna yang berbelanja hanya untuk barang keperluan sahaja dan tidak terpengaruh dengan naluri jahat 'kehendak'.
Apa yang harus saya lakukan?
tidak melakukan sesuatu bererti melakukan sesuatu.

fikir dulu sebelum berbelanja!

jawaplah pertanyaan ini sebelum berbelanja!

- apakah saya benar-benar memerlukannya?
- berapa banyakkah barang ini telah saya miliki?
- berapa kali saya akan menggunakannya?
- berapa lamakah barang ini akan tahan?
- bolehkan saya meminjamnya dari teman atau keluarga?
- bolehkah saya buat sesuatu tanpa membeli barang ini?
- kalau rosak bolehkah saya memperbaikinya?
- apakah barang ini berkualiti baik?
- bagaimana dengan harga?
- apakah barang ini hanya untuk dipakai sekali saja?
- apakah barang ini boleh dipakai lagi selepas sekali menggunakannya?

marilah kita merayakannya. tak mati pun kalau tak berbelanja satu hari.

Tuesday, November 16, 2010

Jerat Konsumerisme

"atas bujukan setan, hasrat yang dijebak jaman - kita belanja terus sampai mati"
(efek rumah kaca - belanja terus sampai mati)

Keseharian hidup kita, terutamanya yang tinggal di daerah kota seperti di kuala lumpur. setiap detiknya tidak akan pernah lepas dari jeratan "shock therapy" billboard-billboard, pamplet-pamplet dan iklan konsumerisme. slogan-slogan licik dengan wajah dan kata-kata yang manis, persuasive dan penuh ghairah ditayangkan, khususnya melalui media. untuk itu, siapapun tidak akan menyedari bahawa dirinya sedang cuba dipengaruhi oleh tanda dan citra yang menawarkan kebebasan, kenikmatan dan kebahagian hidup.

Itulah tanda-tanda post-modernisme, suatu tanda zaman yang mengagungkan budaya massa. indikasinya, konsumsi mengalahkan produksi, nilai tanda mengalahkan nilai guna dan nilai tukar. contohnya, jika kita membeli produk import (apapun brand), bukan dilihat melalui fungsinya tapi dari prestigenya (kecenderungan seperti ini banyak melanda kaum muda ibu-kota). mereka cenderung memilih produk import berbanding buatan lokal. lebih memilih mcdonalds berbanding burger tepi jalan depan 7 eleven. padahal sajiannya hampir sama saja.

Semua ini mesti diakui adanya gempuran pelbagai media yang semata-mata mengaut keuntungan tanpa peduli sama sekali impaknya. inilah kurun sejarah yang memuja bentuk dan penampakan berbanding kekhususan, serta mengejar keuntungan berbanding kemanfaatan dan fungsi. televisyen, iklan, shopping mall, video game, kursus kecantikkan, cat rambut, plastic surgery, adalah sederet ikon gaya hidup dan kosa kata budaya massa.

Budaya massa difahami sebagai budaya popular yang diproduksi melalui teknik prdoksi massa dan diproduksi melalui keuntungan. budaya massa adalah budaya komersial. budaya massa ditumbuhkan dari atas, ia diproduksi oleh tenaga-tenaga teknik yang diperkerjakan oleh produser. sasarannya adalah konsumer-konsumer pasif dimana partisipasi mereka terbatas pada pilihan membeli atau tidak membeli. oleh sebab itu dalam realiti kebudayaan dewasa ini, tidak ada lagi budaya tinggi, agung dan luhur. sebagaimana tidak ada lagi budaya rendah atau pinggiran. budaya tinggi kini telah berubah menjadi komoditi produk budaya yang dikomersialkan. dalam bidang muzik, dari situasi seperti ini boleh jadi sudah tidak ada lagi yang namanya genre muzik tertentu lebih hebat dari genre muzik yang lain. kenapa demikian? kerana semuanya sudah jadi komoditi dan semuanya sudah harus dijual. seperti yang terjadi dalam industri muzik arus besar selama ini.

Semuanya sudah sama saja, sebab semua sudah jadi industri dan automatis dijual secara massa@murah-meriah. menurut AC Nielsen, 93 peratus konsumen malaysia termasuk recreational shoppers(pembelanja rekreasi), mereka berbelanja bukan kerana keperluan, tetapi lebih untuk kesenangan. ini lebih parah dibandingkan dengan amerika syarikat yang masyarakatnya terkenal konsumtif, hanya 68 peratus saja konsumennya yang recreational shoppers.

Inilah fahaman konsumtivisme merangkap fahaman yang mahu mengkonsumsi sahaja. fenomena anak muda yang cuba meng-up-kan diri. yang suka berbelanja di shopping-shopping mall atau minum kopi di starbucks. hanya ingin menggunakan brand-brand seperti louis vuitton, armani, prada, dunhill, ralph lauren dan macam-macam lagi, merupakan tanda nyata budaya konsumtif sudah meyerang. dan yang menjadi masalah adalah fenomena seperti ini tidak diimbangi pola hidup yang produktif dari masyaraktnya.

Arus konsumerisme atau kecanduan belanja yang sifatnya emosional, bukan lagi rasional. melalui iklan, kempen, talk show dan gempuran pelbagai informasi melalui media massa, konsumen dirayu untuk mengkonsumsi lebih dan lebih banyak lagi. dalam mekanisme komunikasi seperti ini, tak ada lagi pesan, tak ada lagi makna kecuali semata-mata dorongan memikat untuk mengkonsumsi apa yang ditawarkan.

Menurut Jean Baudrillard, konsumen adalah "majoriti yang diam", yang pasif menerima segala apa pun yang masuk ke dalam tubuh dan fikirannya, menelannya mentah-mentah tanpa pernah mampu merefleksikannya kembali dalam kehidupan yang sebenar. dan inilah tanda-tanda masyarakat yang perlu dikhuatiri. apakah kita akan termasuk ke dalam majoriti yang demikian??.!!


Saturday, November 13, 2010

Interview Luar Biasa???????

Ini adalah sebuah sesi interview yang di "adakan" oleh saya dengan seorang manusia. terima kasih manusia. selamat membaca dan menganalisa (kalau rasa rajin).

si + = hai, selamat tengah malam. saya dapat memastikan tengah malam ini kamu sedang dalam tidak sihat badan dan yang pasti lagi kamu masih mengalami apa yang disebut insomnia. iaitu penyakit "fashion" yang tidaklah begitu penting. sebenarnya kamu boleh medeskripsikan seorang kamu, siapa kamu dan nama kamu bila itu memang perlu diungkapkan.

si # = hai, selamat tengah malam juga. wah apabila kamu menghendaki keadaan itu adalah yang saat ini tengah saya alami. kamu boleh membayangkan saya dalam keadaan tersebut. dan saya fikir kerana kamu sangat mengenali saya dan saat ini sedang dalam proses mendalami mahupun menganalisa tentang seorang saya, jadi mungkin apa yang kamu ungkapkan mungkin adalah sebuah fakta. seorang saya??? umm..sebut saja manusia, ahhh, kata manusia ini terlalu menjadikan saya misterius, tidak spesifik, umm..jika begitu sebut saja saya manusia bernyawa dengan sejuta kehendak dan sejuta pemikiran atas kebenaran yang saya kehendaki. saya adalah seorang penipu dalam kehidupan milik saya sendiri, menipu bukanlah tentang yang nyata dan yang tidak nyata, kerana sekarang ini manusia hampir tidak mampu membezakan mana yang nyata dan mana yang tidak, dunia ini terlalu dipenuhi kebohongan dan imaginasi, sebuah khayalan tingkat tinggi. saya adalah seorang yang telah menipu diri saya sekian lama, sampai saat ini, membohongi seluruh keyakinan saya atas sebuah kata yang saya biarkan tertera sekian lama dalam data formal diri saya.

si + = hmm..seorang manusia???

si # = ya seorang manusia, apa lagi yang kamu mahu dari saya?? saya suka orang, setan, iblis, malaikat memanggil saya dengan kata manusia. nama yang indah buat saya, dan lagi pula yang terpenting dari sebuah nama adalah "subjek tersebut mempunyai nama". bukankah nama manusia sangat istimewa?? saya menyukai hal-hal yang sedikit mengandungi dwimakna. manusia...tanpa pelabelan jenis kelamin. atau kamu mahu menamai diri saya binatang? ahh..saya amat menyukai menjadi manusia, kerana apa?? bukan kerana binatang selalu dianggap makhluk yang lebih rendah dari manusia. tapi kerana manusia mempunyai pilihan to do or no!!

si + = umm.. dari mana kamu yakin bahawa kita manusia hampir tidak mampu membezakan antara yang nyata dan yang tidak nyata?

si # = kamu sendiri mampu menilai apa yang saya katakan adalah sebuah hal yang nyata. tidak mengandungi unsur pembohongan? ya mudah saja, bagi kebanyakkan orang, sesuatu yang tidak boleh dibuktikan itu hal yang tidak nyata atau mungkin lebih tepat itu cuma bahagian dari gosip yang belum tentu kebenarannya. sedangkan yang dapat dibuktikan itu nyata dan fakta. tapi benarkah itu keadaannya?? hal yang tidak dibuktikan itu tidak nyata. ambil contoh konsep ketuhanan, apakah benar mereka-mereka memandangnya sebagai sesuatu yang tidak nyata?? dan yang paling mudah adalah drama-drama yang sekarang ini sedang riuh berputar di televisyen dengan segala ketololan yang diperlihatkannya, banyak orang yang menganggap apa yang terjadi dalam drama itu adalah sesuatu yang nyata.

si + = okey, okey saya setuju dengan jawapan kamu. mengutip dari jawapan yang kamu berikan tadi "sebuah kata yang saya biarkan tertera sekian lama dalam data formal diri saya", hmm..maksud kamu dengan hal itu?

si # = maksud saya?? apakah kamu masih belum memahami apa yang saya maksudkan dari kalimat saya tersebut. dan lagi kamu main kutip sesuka hati saja. kutiplah sebuah kalimat dari kalimat awalnya. yang saya maksudkan dalam kalimat itu adalah tentang saya yang masih belum tahu hal itu sampai saya mengetahuinya saya terus-terusan menjadi bahagian dari hal tersebut yang sebenarnya setelah saya tahu dan mempunyai pilihan sendiri, saya memiliki pilihan untuk tidak berpihak mahupun menyakini hal tersebut, namun sayangnya hal itu masih saja tercantum dalam data formal diri saya. kamu tahukan apa yang saya maksudkan dengan data formal?? soal apa kata yang saya maksudkan, ketika saya membicarakannya bererti saya membicarakan privacy saya juga. dan kamu perkara macam itu pun kamu nak tahu?? dasar tukang tanya.

si + = kitakan tengah interview, mestilah saya perlu tahu.

si # = iaitu sebuah agama, satu kata yang saya pelajari sekian lama tapi tidak juga saya temukan hal yang istimewa bagi saya, tidak juga saya bertemu hal yang baik pada saya dalam praktik dan dogma-dogmanya.

si + = ohh agama..hmm..apakah itu berhubungan dengan kepercayaan terhadap tuhan juga??

si # = ini bukan tentang antara saya dan tuhan, tapi tentang saya dan sebuah agama. ketika kita membicarakan tuhan janganlah selalu dikaitkan dengan sebuah agama. hubungan kita dengan tuhan tidaklah sama dengan hubungan kita dengan agama.

si + = tapi tetap berhubungankan?? setiap agama pasti ada tuhan. apakah adanya sebuah pembenaran yang disajikan kepada umat beragama oleh agama itu sendiri sebagai suatu kebenaran yang mutlak??

si # = kalau berbicara tentang agama pastilah berhubungan dengan tuhan. tapi kalimat saya kan ketika kita membicarakan tuhan, dan itu tidak selalu berhubungan dengan menganut sebuah agama. itu hal yang akan saya huraikan disini, tentang setiap agama mempunyai tuhannya masing-masing. dan masalah pembenaran agama sebagai kebenaran mutlak. tepat sekali apa yang kamu katakan. sebuah pembenaran agama. saya analisa bahawa pembenaran agama atas "tuhan itu satu" membuat tuhan tidak lagi menjadi sebuah misteri suci yang bersemayam di hati setiap makhluknya. padahal tuhan itu ada berapapun kan menjadi bahagian dari misteri ilahi. seperti yang kita tahu, ada juga agama yang mempersepsikan tuhan sesuai dengan pemikiran mereka (manusia) dengan memberikan dalil bahawa "tiada tuhan selain aku", yang menjadikan tuhan terlihat tidak mahu tersaingi oleh tuhan-tuhan yang lainnya.

*INTERVIEW BERSAMA SEORANG MANUSIA TERPAKSA DIBERHENTIKAN SAMPAI DISINI SAJA. KERANA DIHALANG OLEH PIHAK CENSORSHIP. BAHAGIAN SETERUSNYA INTERVIEW INI BIARLAH SAYA SEORANG MENGETAHUINYA*


Friday, November 12, 2010

Catatan Luka Robot-Robot Pekerja

Matahari tak begitu hangat pagi ini, langit nampak memucat, tanah menjadi basah akibat di gomoli hujan semalam dan udara segar yang sudah tercampur aroma kilang telah menjadi bahagian dari pagi yang tidak menyenangkan. pagi memang tak seharus selalu indah, baik atau buruk semuanya ditentukan tuhan. ini adalah hari yang membosankan, tidak ada kata-kata lain yang dapat mengisi kepala kecuali catatan dari tafsir mimpi semalam.

Saya adalah seorang yang terlahir dan ditakdirkan menjadi seorang yang dianggap gila dengan impian-impian yang dianggap berdosa oleh masyarakat. saya adalah lelaki bebas, idealis dan tidak berbeza dengan para pemuda sejenisnya. alam dan lingkungan telah memberikan banyak pelajaran tentang kebebasan, kebebasan menuangkan aspirasi, kebebasan berekspresi dan kebebasan memunculkan identiti. tuhan memberikan banyak pilihan dalam menentukan apa yang membawa kita kepada kebahagian. telah menjadi kudrat manusia untuk menetapkan pilihan-pilihan dalam kehidupannya. pilihan-pilihan itu wujud dari kehendak bebas.

Diri saya yang lain telah membawa saya kepada imaginasi-imaginasi gila yang menyesatkan tapi menyenangkan, dia selalu mengatakan kamu adalah diri kamu, bukan orang lain, tak perlu buktikan siapa dirimu, sebab dirimu sudah ada sejak mula. bersiap dan terimalah dirimu.

Menjadi bahagian dari siksaan-siksaan duniawi yang sudah tidak lagi mampu dikendalikan kebusukannya. saya, kamu dan robot-robot pekerja yang lainnya, hidup di atas tanah yang begitu pahit. tanah yang sudah dikuasai oleh pemerintahan yang membuat kekuasaan sesuka hati dimana hukum hanya berlaku untuk orang-orang bawahan.

Selalu ada upaya memberontak dari batas-batas pemikiran yang membawa impian menuju kepada makam-makam dimana harapan akan terkubur hidup-hidup. sudah cukup mereka menguasai saya! saya benci dikuasai! membayangkan betapa bahagianya hidup jika tanpa seseorang yang lainnya, atau tidak ada penguasaan individu terhadap individu lain. kita semua manusia bebas! tuhan memberikan kebebasan! bebas adalah keinginan lepas dari jeratan tali yang mengikat kaki yang berhenti melangkah dari jalan-jalan yang semakin terpinggir dari peradapan. saya tetap berjalan, perlahan tapi pasti! tetapi disini saya tidak mampu berjuang sendiri, saya perlukan orang-orang yang sejenis dengan saya itu untuk bersama-sama melangkah dan berbicara. kami akan membuktikan bahawa kami bukanlah kerbau suruhan yang di cucuk hidungnya. katakan bahawa harga diri kami tak semurah harga keringat yang mampu mereka bayar!

Wednesday, November 10, 2010

Perjalanan Menuju Puncak Erotik Dalam "Henry & June"

Henry & June (1990)

Bagi mereka yang asing dengan nama pengarah Philip Kaufman, beliau adalah salah seorang pengarah hollywood yang berani mengambil risiko dengan meloncat dari satu genre filem ke genre filem yang lain, bermula dengan drama realisme hingga fantasi dan komedi.

Henry & June boleh dikatakan semacam novel autobiografi dari Anais Nin. filem ini mengisahkan tentang hubungan triangle amoureux antara Anais Nin dengan pasangan suami isteri iaitu Henri Miller dan June Miller. berlatar sekitar 1930-an, filem ini dibuka dengan potret rumah tangga Anais Nin dan suaminya Hugo, seorang pegawai bank yang tinggal di paris. hubungan suami isteri borjuis ini pada mulanya aman saja. sebagai pengarang, Anais mempunyai imaginasi-imaginasi nakal tentang seks, perkara ini tidak diketahui oleh Hugo, Anais bukan sekadar berimaginasi tapi beliau berhasrat untuk menikmati imaginasi-imaginasi nakalnya itu.

Pasangan Miller pun datang sebagai media bagi Anais untuk mewujudkan semua impian-impian liarnya. gilanya, Anais tidak hanya tertarik pada Henry Miller, iaitu seorang penulis yang berasal dari new york yang kasar dan agak sombong, tapi beliau juga tertarik pada isteri Henry iaitu June Miller, iaitu seorang tipikal wanita bebas, liar, misteri dan mengghairahkan. Anais terjebak pada dilema antara Henry dan June. Henry tidak hanya dijadikan sumber pengalaman sastera bagi Anais, tapi sumber pengalaman ghairah. sementara bagi June pula, Anais bertemu dengan kesesuaian dan kebebasan, June berposisi sebagai "lelaki" dalam hubungan mereka.

Philip Kaufman, sebelum filem ini, mengekplorasi tone erotik dalam filem The Unbearable Lightness of Being. kalau dalam The Unbearable Lightness of Being beliau memanfaatkan erotisme untuk membahas perbezaan filosofis mendasar dari cinta dan nafsu. Henry & June pula adalah lebih kepada tentang sensualisme, liberalisasi dan transformasi. tone erotisme dalam Henry & June dibuat dengan lebih berani berbanding dalam The Unbearable Lightness of Being. berbanding sekadar menjadi sebuah filem tentang orang yang tidur seranjang dengan orang lain untuk kenikmatan peribadi, Philip Kaufman berjaya membawa Henry & June ke arah pembelajaran. bukan pendidikan seks (sex-education), tapi pembelajaran bagi watak Anais Nin. perjumpaannya dengan pasangan Miller ditampilkan bukan hanya sebagai pengalaman sensual semata-mata, tapi juga sebagai media transformasi watak Anais.

Tidak ada satupun di antara watak utama (Anais, Henry dan June) yang ditunjukkan untuk memancing simpati. ketiga-tiga watak dalam filem ini adalah anti-simpati. siapa yang bakal simpati dengan gaya hidup orang-orang hedonis seperti ini?. satu-satunya watak yang boleh mendapat simpati penonton hanyalah Hugo, suami Anais. watak paling anti-simpati adalah June, dan Uma Thurman berjaya membawa watak ini dengan begitu baik. pada kenyataannya ini memang bukan filem yang boleh membawa semangat dan bukan juga filem inspiratif, ini memang filem tentang kehidupan hedonistik.

Philip Kaufman cukup berhasil menggambarkan explicit seksualisme. seperti novelnya, filem Henry & June bakal dianggap sebagai sebuah bentuk kebebasan berekpresi dalam berkarya bagi sesetengah orang, tapi bakal juga dianggap filem kotor oleh orang-orang yang berfikiran sempit dan tipikal.

Tuesday, November 9, 2010

"Ten" Potret Hypnotic Seorang Wanita Moden

Ten (2002)

Abbas Kiarostami sememangnya adalah salah seorang pengarah yang sering bereksperimen dengan filem-filemnya, bukan hanya dari segi kontekstual, tapi juga secara teknik dan filosofis, tidak hanya pada bentuk, tapi juga merangkumi isi. Ten tidak seperti filem-filem pada umumnya yang sering ditayangkan di panggung-panggung, filem ini dengan berani melepaskan diri dari bentuk-bentuk konvensional sebuah filem pada umumnya. itulah yang membuat abbas kiarostami berbeza dengan pengarah konvensional.

Setelah bermain-main dengan tema eksistensialis dan batasan antara fiksi dan realiti dalam Taste of Cherry dan trilogi Koker, kali ini abbas kiarostami bermain dengan gaya minimalis yang lebih inovatif. Ten tidak pengusung pendekatan poetic (puisi) seperti dalam Taste of Cherry, tapi lebih ke arah realis.


Seperti tajuknya, Ten terbahagi kepada sepuluh bahagian, setiap bahagian merupakan percakapan antara seorang wanita yang sedang memandu kereta dengan berbagai orang yang duduk di dalam keretanya ketika dia memandu menyusuri sekitar tehran. penumpangnya antara lain : amin-anaknya, temannya, seorang pelacur, kakaknya dan seorang wanita tua. percakapan di antara mereka menyentuh pelbagai macam hal, umumnya persoalan wanita : masalah peribadi beliau, konflik ibu-bapa, masalah pernikahan dan perceraian, takdir dan keyakinan spiritual, status dan posisi wanita, prostitusi hingga permasalahan politik gender di iran.


Sekalipun hadir dengan gaya minimalis, Ten mempunyai muatan universal. Ten membahas bagaimana sudut pandang para wanita terhadap dunia, dimana persepsi mereka umumnya berkait kepada keterikatan terhadap lelaki.

Ten juga boleh dikatakan sebagai sebuah filem yang membahas masalah polemik gender di iran. saya tidak akan mengkategorikan filem ini sebagai propaganda, lagi pun pada dasarnya Ten hanya menunjukkan potret berbanding sebuah propaganda sosial.


Abbas menggunakan method yang tidak umum dalam pembuatan filem ini. beliau menggunakan cara "dashboard camera" yang sebelumnya juga digunakannya pada filem Taste of Cherry dan The Wind Will Carry Us. tapi method yang digunakan oleh abbas kali ini benar-benar inovatif, bahkan di New York's Film Forum ianya membingungkan pemahaman konvensional tentang cara pembuatan sebuah filem. gaya minimalis pada Ten sangat berbeza dengan gaya maksimalis di dalam filem Russian Ark.


Ten sememangnya bukan filem tontonan ringan, bukan tipikal filem-filem popcorn, malah pasti dinilai menjemukan bagi penonton yang sudah terkontaminasi kekonvesionalan hollywood. ini adalah filem untuk mereka yang mencari sesuatu yang baru, sesuatu yang lebih dan deep, dan sesuatu yang bukan sekadar karya komersial. pada saya inilah apa yang di namakan filem.


p/s : Penumpang (2010) arahan Al-Hafiz Burhanuddin juga menggunakan method "dashboard camera", mungkin terinspirasi dari Abbas Kiarostami, mungkin!.

Monday, November 8, 2010

P Ramlee : A Tragedy That No Talent Corp Could Have Saved

Question: Di Mana Kan Ku Cari Ganti?
Answer: Not in Malaysia

Those who watched the heart wrenching P Ramlee documentary on the History Channel on Oct 31, 2010 must have gone to bed with a heavy heart.

It transpired that Malaysia's one and only film icon had died penniless and shunned by the public, including his own colleagues.

And the way it was done appears to have uncanny resemblances to what's happening today in Malaysia, almost 45 years after Ramlee returned to Malaysia.

The documentary, narrated by British actor, Timothy Watson and was 12 years in the making included precious interviews by some of his friends, actors and actresses who had passed on. The underlying tone was one of profound melancholy.

Ramlee, borne out of poverty along Caunter Hall Road at an Achenese community in Penang , had to endure the brutal Japanese occupation whose schools incidentally inculcated a certain discipline in him.

In his formative years then, this discipline proved crucial as a founding platform for his eventual brilliance, creativity and innovation in film and music.

He subsequently gained phenomenal success at Shaw brother's Jalan Ampas studios in Singapore. His success at Jalan Ampas was the apparent result of the studio's incredible milieu of experienced film crew, choreographers and directors which the Shaw brothers had assembled from India, Hong Kong and Indonesia.

With the load of management and finance off his shoulders, Ramlee was able to thrive and focus on his talent of creating music, acting and eventually direction, screenplay and editing.

The Shaw brothers invested and created such a conducive environment at Ampas that Singapore became the Mecca for the Malay film industry for an entire genre of actors and actresses from the whole of the Malay Archipelago from Pontianak to Penang to Medan.

Apart from Ramlee, Ampas provided careers for other actors and actresses like Nordin Ahmad, S Kadarisman, Ahmad Daud, Normadiah, Saloma and Saadiah.

But this talent could not have been developed without the expertise of directors such as BS Rajan, L Krishnan and Phani Majumdar. Directors such as Majumdar already had something like 15 years experience in directing films in various languages in Calcutta and Bombay before they came to Singapore.

It was on this wealth of experience that the Malay film industry flourished.

Majumdar directed Ramlee in 'Anakku Sazali' which won Ramlee Best Actor in 1956. And when Majumdar returned to India, he discovered another great Indian actor, Feroz Khan and directed Khan in his first big hit 'Oonche Log' in 1965. Yes, it was happy times then at No 8 Jalan Ampas and Boon Kheng Road. But it had to end. Or so it seems.

Things appear to have taken a turn for the worse during the confusion of the Malaysia-Singapore separation of 1963 when Lee Kuan Yew had trouble reigning a tight leash on trade unions involving Lim Chin Siong, and his own PAP leaders led by Che' Awang and Devan Nair.

Ramlee appears to have been an inadvertent victim of the unions' unreasonable demands leading Shaw brothers to call it a day at Jalan Ampas when they couldn't keep up with unions' demands for higher pay.

Other views suggest that Ramlee was poached and enticed to return to Malaysia which he did in 1964. Wrong step it seems. All promises in Malaysia were not kept by his new masters. Sounds very, very familiar here.

Merdeka studios was poorly equipped and its rookie staffing meant the legend had to multitask which ended up eventually in him churning out shoddy movies. All 18 movies he directed in Malaysia flopped. Sounds like the same stories we hear from some of our Malaysians "trying" to return home from overseas.

Ramlee lost his glitter, his money and his fame. His partner and colleague, HM Shah, tried to form a company called Perfima to enable Ramlee to relaunch his career and produce his dream of colour films.

But Perfima apparently ended up in the hands of inexperienced and connected cronies leaving the talented Ramlee then, as in now, even as a Malay, blatantly unrecognised, ignored and out in the cold.

The documentary brutally exposes how Ramlee tried in vain to set up P Ramlee productions, but was again shut out by this country's media and entertainment industry including RTM.

He had to sit in the canteen at Ankasapuri while Saloma had her own show in RTM! He could not secure any government aid, grants or 'Private Financial Initiatives' despite his passion for Malay music and culture.

He tried to reinvent himself and sought a bank loan - but was rejected! With his wealth of experience and in his early 40s then, he should have easily qualified.

Poor Ramlee didn't know that in Malaysia it is the "know who" that counts than the "know how". If he had known George Tan from the Carrian Group then, Ramlee may have received a few million from BMF without even having to pay back. Or he should have "nurtured" some connections like how some luminaries have.

Ramlee by now, tragically stressed out, overweight, disheveled, completely down and out with passion and spirit broken, had to now do almost any job he could including running mahjong tables and singing at weddings and other functions to put food on the table for his family. He had to live on rice and eggs.

It was truly 'Air Mata di Kuala Lumpur' for Ramlee. A court summons a day prior to his death for being a guarantor finally tipped the balance and did him in when he suffered a massive heart attack and he died on May 29, 1973 at the age of 44.

On the day he died, there was no rice in his house. And Saloma had no money for his funeral. The man and legend, P Ramlee paid a very heavy price for returning to Malaysia. The country just did not have the infrastructure, manpower and expertise to accommodate his enormous talent.

He would have been better off in Singapore even with the unions there. He would not have gone broke in the club and wedding scene there and perhaps Singapore TV could have given him a break as compared to our own RTM.

All the belated accolades and titles were meaningless as far as the man himself was concerned. He died hopelessly broke and broken.

The documentary is not only an eye opener but a very good case study for anyone contemplating returning home to Malaysia.

Whether you are a scientist, engineer, accountant, doctor, etc, beware of the conditions enticing you to return.

If your kid is an aerospace engineer, a naval architect or a transplant surgeon, it's a no brainer that he/she should not return at all unless you are absolutely sure the country has the infrastructure and skilled manpower to support these fields.

Don't believe in these stories that you should come home to "help" and "develop" your areas of expertise. That's not going to happen. That sort of thing will only go to the chaps who have the connections.

Assess any offer carefully and do not trust anyone including this government. Make certain all agreements are enforceable in Singapore and the UK.

In retrospect P Ramlee, with no formal education but was able to compose more than 360 songs and 66 movies, probably returned to a society that was not developed nor had the brainpower and skills to match up to his vision.

In short he was just surrounded with a whole lot of officials and journalists with serious hangups who were not interested in the industry itself. There was no driving force like the Shaw brothers.

And the prevailing attitude at that time and probably even now was and still is a third class mentality. In an environment such as this, no one with creativity, innovation, skills and brains can ever hope to survive let alone thrive.

It's better they stay back where they can develop and nurture their talent. If a star as bright as Ramlee could be extinguished with such impunity, the rest are nothing.

Ramlee and his entire family were wiped out financially despite his immense talent. But he remains still till this day, the Malay Archipelago's cinematic legend. With apologies...

Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga
Biar alam hancur dan musnah
Jasa mu tetap dikenang juga


by : The Ampas Man

Friday, November 5, 2010

Apakah Sebenarnya Yang Terjadi Kepada Manusia Yang Terbang Terapung-Apung Di Angkasaraya Itu?


Aku merayau-rayau bersama teman aku entah dimana. aku ternampak sebuah poster. aku mengoyaknya. aku membacanya..

REWARD : SEORANG PENGANGGUR, PELAMUN MARIJUANA, DAN PEROMPAK. DIKEHENDAKI POLIS. SILA TELEFON. GANJARANNYA LUMAYAN.


Aku pening, aku mabuk, aku sasau, aku nanar, aku linglung, aku kacau bilau, aku berontakan.


"...apabila telinga manusia tidak dapat mendengar/menikmati/tuli pada suara yang merdu, apabila pandangan kita tidak dapat melihat/menilai/buta keindahan, apabila hati kita tidak dapat merasai/menerima, apabila penciuman kitahanya terbau kebusukan, apabila benda yang kita sentuh semuanya kesat dan gerigis, inilah yang akan terjadi...."

barangkali pengaruh kuasa asing itu yang telah merasuk jiwa aku. kuasa magik kemiskinan, ditambah pula kelaparan, penghinaan, penderitaan, pemberontakan, dan segala macam lagi telah membius seluruh otak aku.

sekarang ke mana aku akan bersembunyi?

ke dalam lubang gelap?


aku telah diangkat terbang ke angkasaraya...terapung-apung...


..aku terbang sebebas-bebasnya di angkasaraya..


kini aku takjub melihat ribuan manusia sedang terbang terapung-apungan. mereka yang sedang merana putus asa itu berterbangan disana-sini. mereka yang tidak diperlukan di bumi. mereka juga telah dirasuk kuasa-kuasa asing. mereka hanya berterbangan. mereka bergerak merawak-rawak tanpa arah tuju di angkasa raya, persis jutaan kelkatu malam. mereka hidup di dalam pembuangan diri di angkasa raya.
mereka telah berlanggar-langgaran sesama sendiri, lalu ada yang jatuh terhempas ke gaung yang dalam lagi gelap zulmat.

adakah laungan mereka yang malang, yang bergema di angkasa raya itu membangunkan gerombolan politikus, agamawan, cendekiawan, intelektual, sasterawan atau aktivis sosial yang kekenyangan dan sedang tidur dengan puas di atas tilam empuk dibawah kolong langit?. mereka yang baru pulang berceramah dan berpidato tentang masyarakat madani, masyarakat u-topia, masyarakat yang diredhai kerajaan dari langit atau entah apa-apa lagi.


mereka semua sudah tuli!!

dan mereka semua sudah buta!!!
.

Thursday, October 21, 2010

Manusia Beradab Berkata

Manusia beradab berkata: Aku adalah diri, Aku adalah tuan, segala sesuatu diluar dari Aku adalah yang lain—berada di luar, di bawah, tak terlihat, bawahan. Aku memiliki, Aku menggunakan, Aku mengeksplorasi, Aku mengeksploitasi, Aku mengontrol. Apa yang kulakukan adalah penting. Apa yang Aku inginkan adalah alasan mengapa semua ini ada. Aku adalah Aku, dan selain dari itu adalah keperempuanan dan keliaran yang harus digunakan sesuai dengan kemahuanku.

Tuesday, October 19, 2010

Aturan Hukum

Perlindungan yang diberikan oleh institusi-institusi legal yang kita miliki sekarang sama sekali tidak cukup. aturan dan hukum yang adil dewasa ini diberhalakan oleh mereka yang memang memerlukan perlindungan atas kepentingan sendiri. ianya sama sekali tidak dapat melindungi setiap orang dari kekacauan dan ketidakadilan, hal ini hanya mencipta spesialisasi baru, dimana potensi dan kekuatan yang sebenarnya dimiliki oleh komuniti akan direduksi ke dalam sebuah arena jual beli yang mahal untuk membayar hakim atau peguam. masyarakat yang miskin, lemah dan tidak berdaya adalah kelompok yang paling akhir diperhatikan oleh aturan hukum yang ada. di bawah kondisi demikian, potensi diri dan kekuatan yang dimiliki oleh kelompok masyarakat akan disibukkan pada persoalan pemenuhan kemampuan kewangan untuk membiayai institusi pengadilan, bukan digunakan untuk merebut kembali hidup yang telah dirampas. mempertahankan keadilan dalam masyarakat melalui kekuatan dan pemaksaan kawalan oleh hukum tidak akan pernah berhasil. beberapa hukum hanya dapat menginstitusionalkan apa yang telah menjadi aturan dalam masyarakat. apa yang kita mahukan adalah meninggalkan demokrasi representatif untuk sebuah demokrasi partisipatif sepenuhnya.

Kapitalisasi Pendidikan


Kapitalisme tidak segan–segan melebarkan sayap di dunia pendidikan, tentu dengan idealismenya bahwa kepemilikan modal adalah segalanya.

ia berhasil mendisfungsikan esensi pendidikan, mensubstitusi ruang kelas menjadi sebuah perusahaan.

bagaimana tidak ? kawan-kawan dapat melihat kondisi pada saat ini, yang bersekolah hanya mereka yang mampu membayar, bagaimana dengan yang ingin sekolah tetapi tidak mampu membayar ? kenyataan di lapangan, mereka tidak dapat menikmati bahkan sekedar untuk mencicipi suasana ruang kelas.

ya, itu tadi sekelumit tentang pra-ruang kelas. sekarang bagaimana dengan yang sedang menikmati ruang kelas ?

aura intelektualisme pun didistorsi menjadi sebuah rutin formaliti kemalasan. memang hal tersebut merupakan pilihan masing-masing individu. tetapi penting diingat ! jikalau ruang kelas masih dipenuhi perasaan dan aktiviti yang “salah”, adalah mimpi di siang hari melahirkan individu-individu berkualiti unggul. akhirnya, para pelajar hanya mencari nilai tetapi tidak lagi memikirkan, memanifestasikan apalagi mensyukuri erti sebuah proses.

tidak mustahil, lulusan ruang kelas ini akan berpenyakit mental bahkan cenderung ke arah penyakit moral. di kemudian hari mereka enggan berberfikir dan berusaha. pragmatisme sempit akan melekat pada setiap individu dengan menidak adakan nilai-nilai murni yang dianugerahi di dalam diri. korupsi adalah salah satu contoh sederhana.

hal-hal beginilah yang dimahukan oleh penganut agama kapitalisme ini. agenda busuk mereka ini akan menjahanam dan menjadikan sebuah masyarakat robot.

Monday, October 18, 2010

Volcanology? Volcanologist?

jawapan dari lebai wiki :

a person who studies the formation of volcanoes, and their current and historic eruptions.

jawapan dari aku :

konspirasihartawanuntukmenyusahkanorang.negarainimemangsangatdikenalitapimasihbanyakyangperlu diblablabladanblakeranablablabladanblamasihadayangmasihbelumdirungkaikandandihalanguntukmerungkaikannya.

-sumber dari mimpi seksual aku dengan ahli volcanology semalam-

Sunday, October 17, 2010

Sebuah Filem Dokumentari "Indonesia Bukan Negara Islam"




Filem dokumentari pendek karya jason iskandar ini telah memenangi beberapa award antaranya Official Selection '3 Cities Film Festival 2010', Official Selection 'Purbalingga Film Festival 2009, Film Dokumenter Terbaik Kategori Pelajar 'Festival Film Dokumenter 2009', Film Dokumenter Terbaik 'Tawuran! Festival Film Pendek Pelajar 2009.

Filem dokumentari ini adalah tentang 2 orang siswa muslim yang bersekolah di sebuah sekolah katholik. mereka mengemukakan dan menghuraikan tentang indonesia dan islam sebagai agama majoriti. dimana ianya divisualisasikan dalam bentuk foto hitam putih.

Filem ini telah menerima pelbagai tentangan dan kritikan dari pelbagai pihak, dimana mereka-mereka yang mengkritik ini berfikiran sempit dan terlalu ektremis terhadap agama.

Friday, October 15, 2010

Bukan Ramalan


Bila hambatan-hambatan teknikal, pengurusan dan mental sudah terkikis merata di seluruh muka bumi, maka komunikasi idea di antara tiap-tiap sudut dunia ini akan berjalan lancar. setiap perkembangan idea yang dicetuskan di suatu sudut dunia akan diketahui waktu itu juga, di sudut-sudut lain yang jauh. pada waktu itulah aliran-aliran akan terancam kewujudannya, kerana serangan dan kritikan yang tidak pernah berhenti akan menggoncangkan seluruh sendi-sendinya. pada waktunya aliran-aliran dalam faham kemanusiaan akan terhapus sebagaimana terjadi beratus tahun sebelumnya pada faham kealaman yang paling pertama sekali menjadi ilmu kealaman. komunikasi yang ketat membuat orang-orang genius tidak sempat membuat aliran, kelompok, mazhab atau madrasah. ulama-ulama tidak sempat mengumpulkan santri-santrinya, idealis-idealis dan politikus besar tidak sempat menyusun pengikut-pengikutnya dan para nabi tidak sempat lagi membangun sebuah umat. komunikasi idea menghancurkan bangunan-bangunan kelompok yang telah ada dan meniup habis benih-benih madrasah yang mahu dikembangkan. orang tidak merasa aman lagi hidup dalam suatu faham kemanusiaan. satu-satunya pegangan orang hanyalah ilmu pengetahuan dimana "gangguan keamanan" tidak perlu lagi dikhuatiri kerana "ketidak-amanan" adalah ilmu pengetahuan itu sendiri, dimana perubahan sikap atau pendapat bukanlah kekafiran, tetapi kemajuan. akan terjadikah ini? entahlah, saya bukan peramal.

-Ahmad Wahib-

Aku Bukan ALIF

Aku bukan karl marx, aku bukan friedrich engels, aku bukan benito mussolini, aku bukan mao zedong, aku bukan vladimir lenin, aku bukan soekarno, aku bukan hishamuddin rais, aku bukan friedrich august hayek, aku bukan lai te, aku bukan al tantuya, aku bukan john lennon dan bukan pula yang lain-lain.

Bahkan, aku bukan alif, aku adalah me-alif. aku mencari dan terus menerus mencari. menuju dan menjadi alif. ya, aku bukan aku, aku adalah yang terus menerus berproses menjadi aku. aku adalah aku.

pada saat sakratul maut!!.

Thursday, October 14, 2010

Tuhan Bukanlah Daerah Terlarang Bagi Pemikiran


Sebahagian orang meminta saya berfikir mengikut batas-batas tauhid, sebagai rumusan kesejagatan ajaran islam. pelik, mengapa berfikir perlu dibatasi. apakah tuhan itu takut terhadap akal yang diciptakan oleh tuhan itu sendiri?. saya percaya kepada tuhan, tapi tuhan bukanlah daerah terlarang bagi pemikiran. tuhan ada bukan untuk difikirkan "adanya". tuhan bersifat wujud bukan untuk kebal dari sorotan kritik. sesungguhnya orang yang mengakui bertuhan, tapi menolak berfikir secara bebas bererti menghina rasional kewujudan tuhan. dia menghina tuhan kerana kepercayaannya hanya sekadar kepura-puraan yang tersembunyi.

Saturday, October 9, 2010

Kalimat-Kalimat Dalam Al-Quran Berasal Dari Siapa?

Apakah kalimat-kalimat dalam al-quran itu memang asli dari tuhan atau berasal dari nabi muhammad sendiri(dengan berdasarkan wahyu berupa "inspirasi sedar") yang diterima dari tuhan?.

Kalau yang pertama terjadi, maka proses "ideation" akan sukar untuk dibenarkan, kata-kata tuhan itu mesti tertuju pada seluruh ruang dan waktu, baik harfiyah mahupun maknawi!!

-sekadar menulis, di atas nama kebebasan berfikir-

Sunday, October 3, 2010

Si Penjahat


Seorang pemuda bertubuh kekar, namun lemah oleh rasa lapar, duduk terkulai di pinggir jalan, berwajah lesu dan menadahkan tangan kepada semua orang yang lalu lalang, minta sedekah sambil mengulang lagu duka cerita hidupnya yang kalah, kisah derita kelaparan dan kehinaan.

kala malam tiba, bibir dan lidahnya pedih kekeringan, sedangkan tangan masih sehampa perut yang melilit keroncongan.

dibenahinya diri, lalu pergi ke luar kota, kemudian duduk di bawah pohon, tak kuasa menahan lelehnya air mata, lalu dibukakan mata yang penuh tanya ke arah syurga, sementara perut mendera, sambil berkata "oh tuhan, aku telah pergi kepada orang kaya meminta kerja, tetapi dia memalingkan muka, melihat penampilanku yang papa, aku telah mengetuk pintu sebuah rumah sekolah, namun tiada mendapatkan berkah, kerana tiba dengan hampa tangan, segala macam pencarian nafkah telah kuupayakan, namun tiada satu pun yang aku dapat. dalam kebingungan aku telah memaksa diri aku untuk meminta sedekah, tetapi ditolak oleh umat-mu para penyembah, malah mereka memandang diriku sambil menista." "sebenarnya dia kuat, tapi pemalas, tak sepatutnya merengekkan belas dengan meminta sedekah."

"oh tuhan, sudahkah menjadi kehendak-mu, menyebabkan ibu ku melahirkan aku dan kini bumi sendiri menyerahkanku kembali kepada-mu, sebelum sampai waktu?."

lalu wajahnya berubah tiba-tiba. dia bangkit berdiri dengan mata berbinar berapi-api. dibuatnya tongkat berat dari dahan pohon besar, diacungkannya ke arah kota sambil berteriak kasar, "sekuat tenaga aku telah menjerit meminta roti, tetap kau menolakku dengan berlagak buta tuli, kini aku tidak meminta lagi, akan kuambil sendiri dengan kekuatan tangan besi! telah kumohon sekeping roti, dengan himbauan pada kasih hati, tetapi rasa kemanusiaanmu telah mati. baiklah, kini akan ku ambil sendiri, atas nama kejahatan!!"

berjalanlah tahun-tahun, yang mengenal pemuda-pemuda itu sebagai penyamun, pembunuh, penjahat keselamatan jiwa, dibinasakannya siapa pun yang menentangnya, dikumpulkannya harta benda dan kekayaan untuk dibuat merebut pengaruh dari pemegang kekuasaan. sekarang dia memperoleh kekuasaan dari rakan sepencarian, membangkitkan iri pada sesama pencuri, menimbulkan gentar dan ngeri pada seluruh penduduk negeri.

kekayaan dan kedudukan rampasan itu mendesak rakyat mengangkat dia sebagai wakil kota itu - cara yang menyedihkan yang dianut para kerajaan dungu. maka pencurian memperoleh pengesahan. pemerasan didukung alat kekuasaan. penindasan kaum lemah menjadi kebiasaan, dalam pada itu penonton khalayak ramai bersorak-sorai.

demikianlah sentuhan pertama ketamakan mengubah si lembut menjadi pelaku tindak kejahatan dan melahirkan pembunuh dari pecinta kedamaian, demikianlah benih awal keserakahan insan, bertumbuh menjadi raksasa dan menghemtam remuk seribu kaki pada nama kemanusiaan.

Monday, September 27, 2010

Five Malaysian Women Filmmaker On Love Sex & Desire.

Seksualiti Merdeka 2010 presents
HERSTORY FILMS PROJECT: LOVE, SEX & DESIRE
Film Screening
Presented by HerStory Films Project

Thu 14 Oct, 8pm, The Annexe Gallery
Admission Free

Presenting five stories about love, sex and desire, as told by Malaysian women, and transformed into short films by writer-poet-photographer Bernice Chauly, filmmaker Crystal Woo, HerStory co-founder and filmmaker Mien.Ly, thespian Mislina Mustaffa, and film star Sharifah Amani in her directorial debut. The screening will be emceed by TV host Sarimah Ibrahim.




Tuesday, September 21, 2010

King Kong Punya Budaya & Filem King Kong

Untuk dikongsi. nak baca ke tidak. itu terpulang.

Kehidupan dunia moden semakin mengasak kita. Mata kita akan terus dikelilingi oleh imej, gambar, ikon, logo atau papan-papan tanda. Kota-kota kita berselirat dengan papan tanda dan papan iklan. Ada pelbagai imej yang terpaksa kita hadapi. Ada papan iklan yang didirikan sehinggakan anak mata kita tidak dapat mengelak melainkan memandang atau membaca iklan tersebut. Semua imej-imej ini membawa semiotik - tanda dan makna.


hari ini imej iklan yang bergerak telah juga dipasang di persimpangan jalan. Telah wujud papan iklan seperti layar putih yang luas terpampang di persimpangan jalan. Papan sebegini ditujukan untuk pemandu yang akan berhenti semasa lampu isyarat menjadi merah. Para pemandu tidak dapat tidak akan “dipaksa” memandang iklan-iklan ini. Mungkin untuk para pengiklan mereka menganggap diri mereka bijak tetapi untuk saya memasang iklan di persimpangan jalan ini samalah seperti seorang peniaga Bumiputera menerima “pink form” – hanya menunggu untuk mendapat untung tanpa berfikir banyak.

papan-papan iklan yang terpampang semakin bertambah besar dan kelihatan bersepah-sepah terutama di pusat kota. Kini iklan bukan hanya dipasang di persimpangan jalan malah di dinding-dinding kedai papan iklan terpampang sehinggakan kedai-kedai ini hilang ditutupi oleh papan iklan. Hasilnya kota kita Kuala Lumpur yang telah tidak teratur semakin kelihatan berserabut.

ada satu perkara yang saya perhatikan tentang iklan-iklan ini. Saya ingin berkongsi sama tentang apa yang saya perhatikan ini. Perkara yang ingin saya timbulkan ialah tanda dan makna yang dibawa oleh wajah atau imej-imej dalam iklan-iklan yang semakin berselerak ini. Contoh yang paling jelas ialah di persimpangan jalan di hadapan Dewan Bahasa Pustaka dan di pinggir padang Victoria Institution.

papan iklan ini cukup besar. Gambar wajah dalam iklan cukup jelas tetapi apa benda produk yang ingin dijual kelihatan tidak tentu hala. Mungkin ini iklan untuk satu jenama sabun atau jenama alat pencuci tandas. Yang luas terbentang ialah wajah anak-anak muda Mat Salleh – lelaki dan perempuan. Wajah-wajah Mat Salleh yang memberahikan ini terpampang besar. Lalu saya timbulkan persoalan kenapa menggunakan wajah Mat Salleh untuk alat pencuci tandas?

bila persoalan ini timbul maka kita wajib memahami ideologi - tanda dan makna - yang sedang disebarkan oleh si pembuat iklan ini. Iklan ini dibuat hasil kerja individu atau syarikat iklan tempatan yang pemikiran mereka masih lagi dijajah. Mereka ini adalah hasil pengalaman pembudayaan pasca kolonial. Ketika Tanah Melayu di jajah dahulu, Mat Salleh telah menjadi tuan kepada kita. Bila keadaan politik berubah, Mat Salleh penjajah ini akhirnya meninggalkan Tanah Melayu dan Malaya menjadi merdeka. Tetapi kuasa penjajah ini telah berjaya membentuk satu ruang pemikiran di mana apa sahaja yang berkaitan dengan Mat Salleh akan dianggap baik. Iklan-iklan ini bergerak dalam sejarah budaya ini.

justeru, wajah-wajah Mat Salleh yang digunakan untuk menjual serbuk pencuci tandas memberi makna bahawa jenama pencuci tandas ini adalah baik. Wajah Mat Salleh yang diletakkan berhampiran dengan alat pencuci tandas menjadi tanda bukti bahawa produk ini cukup unggul. Kalau produk ini “cekai” pasti si Mat Salleh yang memberahikan ini tidak akan duduk di sebelahnya.

saya memberikan nama baru untuk budaya ini - budaya King Kong. Untuk memahami apakah itu budaya King Kong maka kita wajib membuat rujukan kepada naratif filem King Kong yang pernah ditayangkan dulu. King Kong dalam filem ini berasal usul dari Pulau Borneo – ertinya King Kong datang dari wilayah kita. King Kong ini berbadan tegap, besar dan tinggi. King Kong yang berkulit hitam ini juga memiliki tenaga yang amat luar biasa. Sayangnya hidung King Kong ini kemek dan tidak mancung.

dalam filem ini si King Kong selalu mengharu-birukan dan mengacau penduduk tempatan. Untuk memenangi hati King Kong ,orang-orang kampung telah memberikan anak dara sebagai upahan agar dia tidak mengganas. Tetapi King Kong terus juga mengganas dan mengganggu kehidupan orang kampung.

keadaan berubah apabila satu kumpulan Mat Salleh dari Amerika datang ke Borneo untuk membuat penggambaran sebuah filem. Kumpulan Mat Salleh ini telah sampai ke kampung King Kong. Orang-orang kampung telah menangkap seorang perempuan Mat Salleh dan dihadiahkan kepada King Kong. Si Perempuan ini ialah pelakon utama dalam filem yang sedang dibuat ini. Bila King Kong menerima perempuan Mat Salleh semuanya berubah.

secara tiba-tiba King Kong yang berkulit hitam, berhidung kemek dan gagah perkasa telah dapat dipermain-mainkan oleh seorang perempuan Mat Salleh berambut “blonde”. Dengan hanya meloncat dan menari-nari si “blonde” ini telah dapat menawan berahi si King Kong. Maka filem King Kong ini beralih untuk menjadi naratif cinta tiga segi. Tiga segi kerana si Minah Mat Salleh ini juga sedang dicintai oleh seorang penulis Mat Salleh yang datang bersama dari Amerika.

cuba bayangkan berapa ramai gadis-gadis tempatan yang telah dihadiahkan oleh orang kampung kepada King Kong. Gadis-gadis tempatan berkulit hitam ini bukan sahaja telah dibunuh tetapi mereka telah juga dijadikan bahan makanan oleh King Kong. Apabila King Kong berhadapan dengan gadis Mat Salleh berambut “blonde” tiba-tiba King Kong menjadi lemah dan bodoh.

persoalan timbul, kenapa King Kong tidak jatuh cinta dengan gadis tempatan? Kenapa gadis tempatan dibunuh? Inilah yang saya dipanggil budaya King Kong – budaya yang senang dipengaruhi oleh apa sahaja yang berbentuk Mat Salleh. Budaya King Kong akan melihat produk tempatan – jam, radio, kereta, termasuk gadisnya atau apa sahaja – tidak cantik dan tidak menarik seperti produk Mat Salleh.

pemilik budaya King Kong ini tidak memiliki budaya jati diri yang kukuh. Mereka akan merasa kecil diri jika mereka tidak berasosiasi rapat atau dikelilingi oleh dengan benda-benda produk Mat Salleh. Barang-barang buatan tempatan dilihat tidak bermutu, kokak dan dipandang rendah.

untuk saya King Kong juga adalah “sarong party boy”. “Sarong party boy” ini adalah konsep di mana lelaki Asia yang berkulit hitam akan menolak gadis tempatan kerana mereka gilakan gadis-gadis Mat Salleh. Di Kuala Lumpur sarong party boy atau sarong party girl selalu dilihat berpeleseran di kalangan komuniti “ex-pat Eropah” yang bekerja di negara kita. Mereka ini samalah seperti King Kong di mana berahi sekualiti mereka telah dijajah oleh Minah atau Mamat Mat Salleh.

dari segi ilmiah budaya King Kong adalah salah satu bentuk budaya pasca kolonial. Dalam budaya pasca kolonial fikrah warga negara bekas tanah jajahan masih lagi terjajah. Mereka belum dapat membebaskan diri mereka dari dipagari oleh rupa bentuk Mat Salleh. Penjajahan ini dapat diteruskan melalui berahi seksualiti. Jika berahi seksualiti mereka telah dijajah maka fikrah mereka akan turut sama terjajah.

teknik berahi seksualiti inilah yang telah dapat menundukkan King Kong yang gagah perkasa. King Kong ditundukkan oleh “dumb blonde” dari Amerika. Justeru jika hari ini kita melihat gambar wajah Mat Salleh terpampang sebagai tanda iklan maka sedarilah bahawa pengiklan ini sedang cuba menjadikan kita “sarong party boy/girl”. Iklan-iklan dipaparkan untuk menjajah berahi seksualiti kita. Iklan-iklan ini ingin menjadikan kita hilang jati diri. Iklan ini mahukan kita sangsi terhadap budaya dan produk tempatan. Akhirnya kita menjadi lemah mandul dan dipermain-mainkan untuk menjadi sekor beruk seperti King Kong.

Thursday, September 16, 2010

Singapore Rebel



Singapore Rebel - Documentary on an opposition politician in Singapore: This is the film Singapores censorship board doesnt want people to see. Its the story of opposition politician Chee Soon Juan, who has been imprisoned twice for championing democratic change in the city state. The censors declared it a party political film and it was pulled from last months Singapore International Film Festival line-up after the director was warned he could face two years in jail if the screening went ahead.

Friday, September 10, 2010

Hishamuddin Rais : Hari Raya & Tuhan Baru Di Hari Raya


Aku sekadar mahu berkongsi tulisan isham rais sempena hari raya. kau nak baca tak nak baca aku tak kisah.

kita selalu mendengar cakap-cakap yang mengatakan bahawa hari raya adalah untuk anak-anak. memang ada benarnya cakap-cakap ini. perhatikanlah di hari-hari perayaan sama ada tahun baru cina, deepavali atau hari krismas - anak-anaklah yang paling sibuk berpesta. hari raya ni pun sama, anak-anak walaupun tidak melakukan ibadah puasa, tetapi merekalah yang paling sibuk bergembira ke hulu ke hilir.

untuk orang dewasa yang berkeluarga pastilah persediaan untuk menyambut hari-hari perayaan ini cukup menyibukkan. wajib membeli kasut, pakaian dan persalinan baru untuk anak-anak. rumah wajib dihiasi. mungkin langsir yang telah luntur warna dimakan cahaya matahari perlu ditukar. perabot-perabot lama perlu diganti. kuih muih perlu dibuat atau dibeli. sibuk seribu macam sibuk.

saya selalu memikirkan apa yang menjadikan kita semua menjadi sibuk tak tentu hala seminggu atau 2 minggu sebelum hari raya. atau sebenarnya kesibukan itu adalah sebahagian usaha-usaha orang dewasa untuk membawa kembali suasana berhari raya. kita sengaja turun membeli belah di hari-hari akhir sebelum perayaan agar kita dapat meneruskan magik hari perayaan ini.

saya telah memilih untuk hidup membujang maka saya tidaklah berhadapan dengan kesibukan di saat-saat akhir untuk berhari raya. walaupun saya tidak sibuk membeli belah untuk keluarga tetapi saya masih lagi ingin menjadi salah seorang yang menyibuk di pusat bandar. tahun ini 2 hari sebelum berhari raya saya telah turun ke jalan masjid india dan batu road. saya tidak bertujuan membeli apa-apa. tujuan saya hanya untuk meramaikan dan membuat sibuk dalam usaha saya mencari suasana magik hari raya.

saya seronok melihat orang ramai yang mundar-mandir tercari-cari dan tertanya-tanya. ibu membimbit tangan anak-anak yang ingin mengambil apa saja yang ada di dalam kedai. anak-anak muda memikul kotak-kotak kasut yang baru dibeli. anak-anak gadis mengepit bungkusan selendang baru. dan yang paling seronok ialah melihat si bapa yang cukup keletihan mengikut kerenah isteri dan anak-anak yang berpindah-pindah dari satu kedai ke satu kedai mencari sesuatu yang belum mereka temui.

seperti perayaan dan hari kebesaran agama lain juga, hari raya orang melayu telah memasuki zaman modeniti. atau lebih tepat semua hari perayaan kita telah masuk ke dalam jaringan budaya konsumer. modeniti yang menjanjikan kecerahan pemikiran manusia kini saya lihat semakin membawa kegelapan. mungkin kerana inilah maka jean paul satre, ahli falsafah perancis telah menyindir modeniti yang sedang menyelubungi eropah. rasa saya modeniti dan budaya konsumer telah berperanan memudarkan magik kekudusan hari raya.

dalam kemodenan yang dihadapi, saya masih lagi ingin mencari, melihat dan mengalami magik kekudusan hari raya. mungkin ada orang bandar yang beranggapan bahawa magik hari raya ini masih tersimpan di kampung-kampung. lebih jauh kampung itu dari bandar mungkin lebih besar magik hari raya itu. saya juga pernah menyimpan anggapan yang sama. sebenarnya anggapan saya ini telah lama hancur. di kota atau di kampung magik hari raya ini semakin pudar.

setiap tahun, saya adalah di antara ribuan warga kota yang akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung. saya akan meninggalkan kesibukan kota dalam usaha mencari ambiance spiritual hari raya. tahun ini juga saya telah pulang ke kampung. dan tahun ini juga semakin saya rasakan perubahan yang telah memudarkan magik hari raya.

budaya konsumer telah begitu mengampuh dan berjaya menjaringi kesemua pelosok tanah air kita. tidak ada lagi kawasan, daerah, wilayah atau kampung yang bebas dari pengaruh budaya ini. budaya konsumer ini telah dan sedang membawa tanda-tanda baru. dan yang paling menyedihkan hati saya apabila melihat bagaimana budaya konsumer ini telah berjaya membawa roh dan agama yang baru pula.

budaya agama konsumer ini sedang bertuhankan peti tv. saya berani berkata demikian kerana di setiap rumah yang saya lawati 'tuhan baru' dari budaya konsumer ini terus mengekori saya. ke mana-mana saja saya bergerak tuhan baru ini terus bersuara dan berbunyi. di setiap rumah yang saya masuki saya lihat tuhan baru ini sedang terpasang dan dikerumuni oleh pengikut-pengikut yang sujud setia.

saya menaikkan taraf tv ini kepada taraf 'tuhan baru' bukan kerana saya ingin mempermain-mainkan agama. ini bukan niat saya. saya memiliki niat suci pulang ke kampung untuk mencari kekudusan dan magik berhari raya. sayang sekali saya hanya terserempak dengan peti tv yang saya anggap telah menjadi 'tuhan baru' orang melayu.

kalau tidak percaya cubalah pergi berhari raya tahun hadapan. perhatikan bagaimana kaca tv diruang tamu di rumah-rumah orang melayu tidak pernah dipadamkan. peti tv - 'tuhan baru - ini terus menerus hidup terpasang. dan perhatikan di hadapan 'tuhan baru' ini pasti akan kelihatan tiga empat orang pengikutnya sedang khusyuk menonton. jangan terperanjat, mungkin ada pula tuan rumah yang merasa kesampaian tetamu pada hari raya akan dianggap satu gangguan kerana 'tuhan baru' mereka sedang berkhutbah dengan satu rancangan yang menarik.

pernah saya duduk di ruang tamu yang dipenuhi oleh sanak-saudara yang berhari raya tetapi tidak ramai yang turut sama berlabun. ketika saya bersuara kuat, ada pula jelingan mata yang meminta agar suhu suara perbualan saya dikurangkan. suara manusia yang hidup dianggap menganggu bunyi suara digital dari 'tuhan baru' yang sedang berkhutbah.

saya tidak tahu bagaimana pula kedudukan peti tv dalam budaya bangsa-bangsa lain di malaysia ini. tetapi di england tempat asal-usul kelahiran 'tuhan baru' ini sambutan masyarakat di sana amat berlainan. di hari perayaan, 'tuhan baru' ini telah diharamkan untuk mendirikan kuil, masjid atau gereja di ruang tamu. peti tv akan di alih dan dimasukkan ke dalam stor. 'tuhan baru' ciptaan modeniti ini diketepikan. manusia lebih dihormati dari peti tv. malah, masih ramai yang tidak memiliki atau mahu melihat atau mendengar suara dari 'tuhan baru' ini - terutama dari golongan ilmuwan dan para intelektual kota london.

bagaimana agaknya peti tv ini telah disambut baik menjadi 'tuhan baru' orang melayu tidak dapat saya fahami secara mendalam dan ilmiah. saya bukan ahli sosiologis. budaya melawat rumah ke rumah ini untuk saya adalah satu yang kudus dalam budaya berhari raya. tetapi kemunculan 'tuhan baru' ini telah mengganggu dan memudarkan suasana kudus hari raya.

saya masih ingin mencari magik hari raya kerana itu saya sering berangan-angan untuk mencadangkan kepada semua orang melayu agar pada tahun hadapan semasa berhari raya, 'tuhan baru' ini akan dikuburkan selama 3 hari. bila 'tuhan baru' telah dikuburkan barulah kita berpeluang mendengari suara kita sesama kita sendiri. suara manusia yang sedang berlabun dan bergelak ketawa menyambut magik hari raya. mari kita membuka mata dan telinga sambil berbual-bual mesra melihat kembali ibadah kebaikan yang telah kita lakukan selama satu tahun ini.

untuk saya, magik hari raya masih wujud dalam diri kita walaupun kita telah mendewasa. jiwa anak-anak yang hidup bebas ini tidak pernah luntur-luntur dalam diri kita. modeniti dan budaya konsumer akan cuba menimbus jiwa itu. 'tuhan baru' yang hanya pandai bermonolog itu akan terus berkhutbah untuk memudarkan magik dan semangat kemanusiaan yang ingin kita rayakan di pagi hari raya.

humbankan saja 'tuhan baru' itu ke dalam stor!!.

Tuesday, September 7, 2010

Rusuhan Kaum Di Batu Kikir


Ketika menghadiri Say Sorry Day Campaign di Annexe pada 4 september yang lepas isham rais ada menyentuh sedikit mengenai rusuhan kaum yang berlaku di batu kikir, dimana tragedi ini tidak semua masyarakat malaysia tahu, ini kerana tragedi ini telah dihapuskan dalam buku teks dan telah disembunyikan oleh pihak kerajaan pemerintah iaitu united malays national organisation. disini aku nak berkongsi sedikit tentang tragedi rusuhan batu kikir yang aku jumpa dalam buku memoir abdullah c.d. (bahagian pertama, zaman pergerakan sehingga 1948)

Satu peristiwa pembunuhan yang bersifat perkauman telah berlaku di Batu Kikir, Negeri Sembilan pada bulan Jun 1945. Peristiwa itu berlaku ketika saya bertugas di bahagian propaganda parti Negeri Perak di Ipoh. Peristiwa itu dimaklumkan secara rasmi oleh organisasi PKM kepada saya dan kawan-kawan lain.

Kemudian pada tahun 1946, ketika saya diberi tugas sebagai wakil PKM bahagian Melayu untuk kawasan Selatan dan juga memimpin organisasi JKM kawasan itu, saya secara khusus pergi ke Negeri Sembilan termasuk ke Batu Kikir.

Satu soal penting yang saya titik beratkan dan ingin mencari jawapannya ialah mengapakah timbulnya peristiwa pembunuhan di Batu Kikir yang seolah-olah merupakan satu gerakan orang Melayu menentang PKM dan TAJRM, sedangkan mereka aktif menyokong Perang Anti-Jepun bahkan menjadi sandaran penting Perang Anti-Jepun. Untuk mendapatkan jawapan yang pasti berkenaan masalah ini, saya pergi mencari organisasi PKM dan menemui orang ramai di kawasan berkenaan. Zahid dan beberapa orang kader Melayu di situ memberi bantuan besar dalam usaha ini. Zahid sendiri pernah ambil bahagian dalam gerakan mendamaikan hubungan antara orang Melayu dan orang Tionghua di situ dan memulihkan perasaan muhibah mereka.

Ketika peristiwa pembunuhan itu berlaku, penanggungjawab bahagian stet PKM Negeri Sembilan ialah seorang kawan seperjuangan saya, Ah Chen namanya atau di kalangan kawan-kawan Rejimen Ke-10 dikenali dengan nama Kawan Jasa. Kemudiannya saya bersama-sama beliau bertugas dalam JKP PKM. Selain daripada Zahid, Jasa juga banyak menceritakan berkenaan peristiwa pembunuhan kaum tersebut. Beliau pernah menulis kenang-kenangannya dalam buku Siri Perjuangan Anti-Jepun dan diterbitkan oleh Pejabat Suara Demokrasi pada 1 Februari 1982.

Daripada penyiasatan itu, saya membuat kesimpulan bahawa peristiwa itu berlaku kerana hasutan penjajah British yang mahu bertapak semula di Malaya dan mahu melemahkan kekuatan progresif yang diwakili PKM; manakala peristiwa itu pula dilakukan oleh segelintir orang Melayu yang terpedaya oleh hasutan penjajah. Menghasut sentimen permusuhan antara kaum adalah strategi penting dan senjata paling berkesan penjajah British untuk melemahkan kekuatan rakyat.

Kerana perkembangan perjuangan anti-Jepun yang menggelora baik di hutan, di kampung-kampung dan di bandar-bandar yang telah disebutkan di atas, kaum penjajah iaitu Jepun dan British amat tidak senang hati. Mengikut maklumat yang diberikan orang ramai, pada bulan Mac 1942 fasis Jepun telah mencetuskan tragedi Jeludung. Dalam tragedi tersebut, Jepun membuat dalih meminta orang ramai pergi mengambil kad pendaftaran di Titi kemudian askar Jepun telah mengatur kepungan dari empat jurusan. Mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka jumpai. Kira-kira seribu orang massa rakyat telah dibunuh dan seratus orang lebih cedera. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa fasis Jepun cuba menundukkan orang ramai daripada menyokong gerakan anti-Jepun dengan cara pembunuhan beramai-ramai. Akan tetapi, di sebalik tindakannya itu orang ramai lebih teguh lagi menyokong gerakan anti-Jepun.

Sehingga penghujung tahun 1945, gerakan anti-Jepun berkembang di Negeri Sembilan. Ketika itu penjajah British pula yang ingin berkuasa semula di Malaya telah menimbulkan pembunuhan kaum di Batu Kikir. Kawasan Batu Kikir adalah basis anti-Jepun yang kukuh. Rakyat berbagai-bagai kaum di situ saling bekerja sama menyokong Perang Anti-Jepun. Di kampung-kampung di kawasan tersebut didirikan berbagai-bagai organisasi anti-Jepun seperti Liga Anti-Jepun, lasykar rakyat dan lain-lain.

Mengikut maklumat dari organisasi anti-Jepun dan orang ramai, pada akhir bulan Jun 1945, pegawai-pegawai penghubung tentera berikat iaitu Pasukan Gerila 136 British telah menggugurkan sejumlah senjata kepada pasukan-pasukan TAJRM. Seorang pegawai penghubung British untuk kawasan Negeri Sembilan bernama Lt. Kol. C.H. Fenner telah dihantar ke dalam pasukan TAJRM untuk bekerjasama menentang fasis Jepun.

Akan tetapi, penjajah British mempunyai niat yang terselindung. Selain cuba mengontrol pasukan gerila TAJRM, C.H. Fenner didapati selalu pergi ke Jempul, Tanjung Ipoh dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk menemui anasir-anasir yang boleh dipengaruhinya untuk menjalankan propaganda anti-komunis dan mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan rakyat berbagai-bagai kaum khasnya antara Melayu dengan Tionghua.

Apabila Jepun menyerah kalah, pasukan-pasukan TAJRM segera beredar ke pekan-pekan dan bandar-bandar untuk mengawal keselamatan orang ramai. Pada masa ini jugalah penjajah British menghantar pegawai-pegawai perisik dan tenteranya serta satu pasukan India Muslim dari India ke Negeri Sembilan. Mereka masuk ke kampung-kampung Melayu untuk menjalankan hasutan anti-komunis dan anti-Tionghua.

Untuk meruncingkan lagi keadaan, pihak British secara sembunyi mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar. Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir. Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Ketika kejadian tersebut berlaku, di situ hanya terdapat enam orang perajurit TAJRM mengawal keselamatan orang ramai. Melihat keadaan itu, mereka cuba menasihati dan menghalang anggota parang panjang supaya berhenti melakukan pembunuhan. Akan tetapi dua di antara enam orang perajurit tadi telah tercedera ditetak oleh anggota parang panjang. Kerana keadaan yang amat kemelut ini, mereka terpaksa melepaskan tembakan dan mengundurkan kumpulan parang panjang tersebut.

Peristiwa itu tidak selesai setakat itu sahaja, penjajah British masih berusaha memanjangkan peristiwa tersebut. Pegawai tentera British pura-pura bersimpati dengan perajurit-perajurit dan massa yang cedera dengan menghantar kereta konon untuk membantu membawa mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Setiba kereta tersebut di pekan Batu Kikir, pihak British sengaja memberhentikan kereta di hadapan sekumpulan anggota parang panjang dan membiarkan kumpulan itu mengheret orang-orang yang tercedera di dalam kereta itu keluar dan di cincang di situ juga.

Setelah peristiwa itu, berbagai-bagai organisasi politik seperti pejabat PKM Wilayah Negeri Sembilan, kesatuan buruh, kesatuan tani, liga pemuda, persatuan wanita dan lain-lain pertubuhan kebudayaan telah mengadakan sidang tergempar bersama mengutuk komplot penjajah British yang sengaja melaga-lagakan antara kaum itu dan membiarkan dua orang perajurit TAJRM dan orang ramai yang tercedera itu di cincang hidup-hidup.

Pak Sutan Djenain dan Zahid segera datang ke pejabat PKM menemui penanggungjawab Jawatankuasa Parti Wilayah Negeri Sembilan menuntut pihak PKM supaya segera membuat bantahan ke atas tindakan British itu. Kemudian berbagai-bagai pertubuhan yang disebut di atas mengadakan sidang secara berasingan, mengadakan perhimpunan massa mendedahkan tipu muslihat British dan menyeru orang ramai berbilang kaum supaya jangan termakan tipu helah penjajah dan mesti terus mempereratkan perpaduan antara kaum.

Dalam satu rapat umum di Kuala Pilah, veteran revolusi Indonesia Pak Sutan Djenain telah membuat ucapan berapi-api dan mendedahkan komplot keji penjajah British tersebut. Beliau menyeru orang ramai bersatu padu melawan polisi pemecah-belahan kaum oleh penjajah British. Selain daripada itu, wakil Melayu dari Liga Anti-Jepun juga membuat ucapan menyeru orang ramai bersatu dan sekali-kali jangan termakan hasutan penjajah. Pidato para wakil itu mendapat sambutan hangat daripada rakyat pelbagai kaum khasnya orang Melayu dan Tionghua.

Selain daripada itu, pihak TAJRM juga menyatakan sikapnya yang tegas kepada penjajah British bahawa kalau peristiwa sedemikian berlaku lagi, maka pihak British haruslah memikul segala akibat dan tanggungjawabnya.

Terdorong oleh suasana muhibah sama-sama menentang komplot melaga-lagakan antara kaum itu, banyak kampung Tionghua dan Melayu yang berjiran menandatangani perjanjian kerukunan bersama. Komplotan jahat penjajah British itu berjaya dihentikan berkat usaha bersama pertubuhan dan rakyat pelbagai kaum.